giler keji
ai tak suka drama, ai emo je. *tetiba nak ambik feel azwan ali eh ker raja azmi eh ke sama je muahahaha
sangap.
p.s : kalau teringat nak bawak camera hari ini mungkin akan ada post lebih bermakna.
semalam kenangan : hari ini kenyataan : esok mari berangan
giler keji
ai tak suka drama, ai emo je. *tetiba nak ambik feel azwan ali eh ker raja azmi eh ke sama je muahahaha
sangap.
p.s : kalau teringat nak bawak camera hari ini mungkin akan ada post lebih bermakna.
picture from google
Caramel Macchiato Latte
How Do You Pronounce Macchiato
ahhh berbelit lidah haku. dik makiato bungkus satuuu..
Migrain + sakit badan + meeting @ 8pm
Esok pagi nak pergi kerja lagi.. pehh!!
Ada mana-mana yang berkenan? :)
Baik, baru-baru ini kami telah membeli gadget baru penambah perisa kepada keceriaan hidup. hamboii macamlah kalau takde camera hidup tak ceria. Ini adalah camera pertama setelah dua tahun merajukkan diri akibat camera yang baru dibeli sehari telah dirampok pencuri. menyampah ai.
nikon 1 J1
Masih kecewa dengan mutu gambar akibat ketidakpandaian diri sendiri. Letih weh kalau dah compact sangat. Sangat gigih memandaikan diri sendiri tapi kalau namanya memandai-mandai memang sampai bila tak pandai. Rugilah kalau sampai Ahad ni aku still tak pandai jugak nak guna especially untuk capture fast moving. adoi sila la bantu.
This sunday, gue anak beranak mahu pi ke Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary Malaysia. For more info please click here.
Can’t wait for this trip. See you on Monday!! :)
Lama tak post gambar anak-anak. Being me, aku kadang-kadang rasa 4 kids in this house still a small number. Tapi cepat-cepat rasa syukur bila memikirkan a few cousins yang susah dapat anak atau lepas dapat sorang susah betul nak tambah lagi. Biasalah kan mak kan dulu bercita-cita nak anak ramai. Tapi rezeki sampai sini sahaja and i redha. Kita pun tak tahu apa hikmah disebaliknya.
Biasa, kadang-kadang memang suka ter-emo hahaha
Well, here is a short updates of the kids.
Precious
Ya, aku tahu entry semalam lambat betul di post memandangkan ramai yang suka terjah blog orang pagi-pagi. Sambil-sambil melahap breakfast, memang kusyuk baca blog orang. Memandangkan semalam kan ada cerita pasal tinja tinja jadi rasa macam tak seronok di gembar gemburkan di waktu pagi. Mati nafsu.
Awal pagi tadi, contractor rumah call bagitau nak datang rumah nak letak barang-barang construction. oohh lupa nak bagitau yang rasanya kami dah dapat bertemu jodoh dengan contractor yang bersesuaian dengan jiwa raga kami. aiseh. ya, faktor jiwa raga juga harus dipertimbangkan dan harus mempunyai persamaan memandangkan muka dia lah yang akan aku hadap berbulan-bulan selagi rumah tak siap. Contractor kami ni walaupun sedikit garang tapi hati sangat comel =p
Dia ni kalau boleh hari-hari nak melobi dangan mr.hubs belanja minum petang kat kedai mamak. Nampak sangat nak projek kannn but so far takdelah sampai menjengkelkan. Kami jelah buat bahan gelak-gelak di waktu senggang hahahaha
Sebenarnya kami jumpa contractor ni kebetulan masa tengah round-round naik motor pusing-pusing kampung ushar-ushar bungalow orang tengah naik. Tiba-tiba dia ni elok ja intai-intai tengok kitaorang tengah sekodeng projek dia. Kami buat tak tahu sambil salin no telefon kat signboard project sebab ingatkan pekerja biasa. Serius ok kalau tengok orangnya sejibik macam buruh binaan. Takde style tokey contractor langsung. Selama ni kalau kitaorang cari contractor mesti ala-ala bos tak kuasa nak pegang simen bagai. Tapi dia ni otai, dengan dia-dia sekali buat kerja dengan pekerja dia 4/5 orang. yaaa…. itulah yang kita cari sebenarnya. Aku cukup tak berkenan pesen dapat contractor pandai duduk kat opis ja main-main arah kat orang bawah. Sikit apa tak tahu apa yang jadi kat site tapi bila kita dapat bill, dia punya mark up harga sikit punya tinggi macam kaulah yang buat kerja sorang selama ni. letih…letih..
u’olls kalau ada nak buat rumah aku suggest carilah contractor yang jenis turun padang. Aku dah ada pengalaman dapat contractor sekali kau turun masa nak dapat projek, sekali lagi kau turun bila projek dah siap nak hantar bill. Jenis macam ni memang layak kena tepuk dahi. Itu belum lagi kalau kau compare harga every item yang kalau dibeli sendiri dengan harga yang dia mintak. Memang mongok la. Jenis nak duit ja. Benda ni jadi masa rumah mak buat renovation masa aku berpantang hari tu. Bayangkanlah total dalam bill almost 25k tapi bila kau check market price project value adalah 10k je. Kami mula-mula tak tahu pun dan tak sangka pun ada jenis contractor macam ni lebih-lebih lagi kau sama-sama Bumi. Semua benda-benda ni pekerja dia sendiri yang pecah rahsia sebab yelah selama ni yang mahir buat kerja pun semua pekerja dia kan. Bos dapat untung banyak tapi member dapat upah sikit. Memang tunggu masa je la orang macam ni. We all terus terminate service dan bayar setakat yang dibuat dan projek still disambung oleh pekerja yang sama. Makna kata direct terus dengan pekerja.
Benda-benda macam ni kalau nak tahu details value project yang kena gigih buat comparison kalau barang beli sendiri harga macam mana, kalau barang contractor beli harga macam mana, which implicate to cost upah pula memang meletihkan. Arkitek pun dah ingatkan siap-siap supaya aku dah cari semua material yang aku nak. Comparison cost arkitek akan tolong buatkan untuk dimasukkan dalam agreement and you should ask too kalau fees for arkitek termasuk buatkan agreement dengan contractor. Macam tu sekali kauu. adoi… migrain la aku hari-hari macam ni. Takde maknanya laki mak tu nak tolong sekali cari material. Dia tahu nak cantik je.
So, balik pada cerita pagi tadi yang contractor call nak hantar barang construction park kat rumah aku tu… tak lama lepas tu ayah call aku nak bagitau contractor bukannya hantar barang construction je tapi hantar sekali dengan…
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
DUA BAKUL BESAR DURIAN!!
-google-
Comel tak contractor mak ? =p
Setelah kelebet-kelebet blog-blog orang selama berbulan-bulan dan dua hari stress kat ofis tak habis-habis, maka hari ini barulah tergerak jiwa raga nak up satu entry.
Latest news berkenaan rumah kami setelah berjaman adalah akhirnya dihantar juga ke majlis perbandaran selayang ( MPS ) untuk kelulusan. Berzaman hoii aku nak tunggu saat ini. Bayangkan dari bulan 10/11 tahun lepas 2011, sekarang dah bulan enam 2012. Dari aku belum beranak sampai anak dara kecik aku tu dah nak meniarap. Memang bertuah arkitek aku tu dapat client baik hati penuh kesabaran macam aku ni. Kalau ikut meroyan zaman muda dulu dah lama aku sumpah jadi batu. Gaya-gaya tenggang gitueww.. eh apa kaitan ntah.
Entahlah akhirnya aku tak boleh nak imagine apa bentuk rupa rumah aku tu akhirnya kang. Tiba-tiba kat dalam plan kat tingkat atas ada balkoni depan dan belakang rumah. Padahal tak pernah pulak la aku bagi arahan suruh tambah balkoni. Kemain lagi present kat kami minggu lepas yang design rumah tu dah siap-siap dia buatkan jenis expandable. So, next time katanya kalau nak buat renovation besarkan lagi rumah tak payah nak pening-pening cuma naikkan kan dinding je. hamboiii kemain lagi kannn.. hover betul dia ni. Rumah sebijik seketol ni pun tak nampak sebijik tiang pun lagi, dia dah siap berangan-angan aku nak buat renovation pulak. hover dari aku ni =p
Katanya kelulusan mps kurang daripada sebulan. Harap-harap la betul. Kalau mps pun meroyan jugak nak kena tunggu lagi setahun, tak tahulah aku nak kata apa dah.
Isu piling. Ingat tak entry yang soil inspection kata tanah rumah aku lembut giler. Engineer dah bagi report and depa kata tak payah buat piling hanya buat footing je. ya ampunnn.. sujud syukur non. Jimat kos aku kat piling. Tapi katanya footing pun banyak jugak. So, dari segi kos betul-betul tak tahulah jimat macam mana or sama saja bila dah footing banyak sangat.
-google-
Contoh piling rumah
-google-
Contoh footing rumah
Aku tak tahu sangatlah benda-benda ni tapi aku tanya jugaklah apa rupannya footing-footing ni. Kang sedap tekak aku je main cakap footing-footing tapi tah tahu apa rupanya. Yang aku tahu sangat kalau kos piling memang mahal.
Dan baru-baru ini tangki septik rumah aku ni dah penuh. Bukan setakat penuh tapi air kumbahan tu sampai naik balik ikut salur tandas dan mengalir dalam bilik air. Bau dia tak payah bayang la sedara sekalian, boleh pengsan 24 kali masa mandi. Lama tak lama ada la jugak sebulan kitaorang anak beranak merana dalam rumah tu. Memang satu itu jelah bilik air yang ada dalam rumah tu. Pengsan ke tak pengsan ke memang kepit hidung la dalam tu. Aku rasa inilah dugaan paling hazab sepanjang aku mengabdikan diri dalam rumah aku ini.
Apa yang nak aku sampaikan adalah entah siapalah yang bagi ajaran sesat kat kami yang upah IWK untuk sedut tangki septik adalah RM500.
Ulangan : RM500 hoii
Memang aku nak sumpah dia jadi taik. eh
Sebab bila satu hari aku dah tak tahan sangat, aku call IWK tanya charges untuk sedut tangki septik. Tahu dia kata berapa?
RM48 hengget.
Ulangan : RM48 henggettt!!
Sia-sia aku sedut bau taik sebulan.
Template by Best Web Hosting