Ingatkan ai sorang je yang layan benda-benda 'karat', aiseh . . ropa-ropanya bonda tercinta pun nak tumpang sekaki dengan kecomelan cawan kopitiam yang dapat dari Lenggong tempohari. Satu set dijual dengan harga rm19.00. Sebenarnya tak tahulah itu harga murah ke mahal, tapi sebab dah lama sangat cari nak buat hidang orang datang rumah makanya ai beli jugak. Mak ai dah buat order siap-siap kalau balik kampung lagi, nak 2 set katanya. amboi. . ada potensi memperkukuhkan hubungan 1 Malaysia macam ni. Kecewanya ai dengan set cawan kopitiam ini adalah takde teko. Frust betul. Memang satu kerja lain nak cari teko bersesuaian. Mungkin warna hijau lumut atau kuning air boleh match dengan cawan.
Lampu ayam hanya di jual dalam dua warna sahaja, biru dan kelabu dengan harga rm8. Masa beli memang tak kisah warna apa sebab ai plan untuk spray paint dengan warna hitam.
Mangkuk bubur Bunga Kangkung rm1.50 sebijik adalah sangat comel dan telah diguna semalam letak ulam timun masa dinner ;-) dan bekas kuih lompat tikam / jelly dijual 0.50 sen sebijik, saja ai beli untuk tambah collection atas display rack.
ok, pasu inilah yang kami beli di Lembah (Kuala Kangsar) dengan harga rm25. Harga asal tuan kedai letak rm38. en.somi planned letak lampu mentol dalam dia tapi biasalah daripada ai menunggu zaman bila mentol tu akan ada dalam pasu baik ai letak terus small candle yang jenis bulat-bulat (you can get it from ikea) dalam dia. Sangat suka dengan kesan cahaya yang keluar dari pasu dan semalam ai perati lilin tu boleh tahan dalam 2 jam setengah.
Tapi seperti biasalah kak non, safety first. Hanya nyalakan masa kami ada di rumah. Almaklumlah mana nak tahu budak-budak baling barang dalam pasu tu especially benda yang senang terbakar. . haih nangis tak berlagu la gamaknya.
Akhir kata, blogpost ini ditulis istimewa untuk peminat setia saya (you know who you are lah) yang nak tahu sangat apakah ghopernyerr Bunga Kangkung. ekekeke
29 April 2011
Bunga Kangkung
Poster : Keep Calm and Carry On
I'am surfing on internet looking for a nice beautiful poster for my future wall gallery dan akhirnya terjumpa yang sangat menarik di hati. Asalnya poster ini dikeluarkan untuk public from British Government during War World II.
Siapa mahu poster ini???? haaa ai dah dapat cari poster saiz A4 ( 8X10) for FREE DOWNLOAD!! Cuma print atas kertas A4. No edit. No setting. Easy peasy. You all boleh click di bawah and please leave a comment for this post, mana tahu boleh share nice poster lain kali dannn yang penting its freeee :)
* credit to simplyfreshdesign.com
KEEP CALM AND CARRY ON - 8 X 10 FREEBIE
26 April 2011
house of fifty
Get inspired from this new e-zine House of Fifty. It is full of gorgeous photos, great ideas and inspiration.
You can read the magazine {here}
The Founder Editor is the author of Isabella & Max Rooms.
Hasil dari me-Lenggong
Tak sangka pulak balik kampung kali ini dapat mencari barang-barang antik idaman. Plan asal nak beli lampu lama minyak tanah / lampu ayam 2 buah (buah?). Cina tokey kedai dengan gembira nak bagi ai title penternak ayam berjaya, 'manyak mela ayam ah amoi', terharu ai. Dia tak tahu aku nak gantung depan pintu masuk rumah, kalau idok mau nya dia kata aku mereng. Ini design baru la tokey. . design baruu. :-P
Tapi biasalah niat di hati hanya tinggal niat saja. I can be a very option person bila ternampak segala benda lama / antik. Tak kiralah pinggan mangkuk ke, perabot ke, lampu ke, sudu lama cina pun aku tanya ada jual ke tidak. Baru 1st time masuk kedai cina ni, jadi perlakuan agak sedikit berhemah. Takut aku kena sound dengan apek tua ni kang. Tengoklah nanti bila aku datang lagi lain kali, tahulah aku nak geledah kedai apek ni macam mana. Sumpah weh kedai apek ni kalau bajet kedai bersih barang cantik tersusun rapi memang takdelah. Tengok dari luar pun dah konpius, eh ni kedai ke stor.
Jadinya selepas tabah berpeluh ketiak mencari pinggan Bunga Kangkung dan seangkatan dengannya ai hanya dapat benda-benda ini sahaja. Malu ah nak over-over geledah kedai orang. Aku tanya teko Bunga Kangkung atas tokong apek ni pun dah kira mencabar habis. Barang-barang yang berjaya menambat hati :) :-
1. 6 bijik mangkuk bubur antik Bunga Kangkung
2. 6 bijik bekas jeli/kuih antik Bunga Kangkung ( super mini )
3. 2 teko Bunga Kangkung ( bukan atas tokong )
4. 2 set (12 bijik ) cawan & piring Kopitiam
5. 2 lampu ayam / minyak tanah.
Manyak murahlah ini tokey kedai juai sama saya. Bolehlah pi menggeledah lagi lain kali. Macam tak percaya mangkuk bubur Bunga Kangkung tu ai dapat dengan harga rm1.50 sebijik!! Nasib memang ada 6 bijik je. Cerita teko atas tokong itu, apek tak nak jual. Puas aku pujuk nak beli. Teko tu barang hantaran bini dia dolu-dolu katanyerrr. Siap bagitau, 'mati la saya itu nyonya mala sama saya'. amboiii. . . sentimental value tinggi tauu. . kedai je takde rupa. Kecewa ai.
Sebelum balik, sempat lagi singgah ke Lembah (Kuala Kangsar), kami nak beli labu sayung. Sampai pun dah maghrib, ada satu kedai je yang masih bukak. Baguslah, sebab ingatkan labu sayung je yang dapat, boleh pulak tersuka satu pasu. alaih, inilah kelemahannya kalau shopping dengan orang sama minat. ai takdelah beria-ia sangat nak beli pasu tu. . . kan Bie kan. . kan. .
All in all, balik kampung kali ni memang best. Walaupun agak sangat sangap pada hari pertama sebab en. somi pi memancing sampai tak ingat balik rumah - sekor ikan pun takdak! tapi ai tahu, dia tahu apa ai nak. .ecece. . antik pun antik laaa
daaa. .
22 April 2011
Bas oh Bas
Kadang-kadang je ai boleh naik bas rapid ni kalau en.somi sanggup ambik ai setakat jalan ipoh. kalau buatnya ai kena naik bas sampai rawang memang agak tertekan duduk dalam metro bas selama hampir 1 jam setengah. Seronoknya naik rapid adalah (amboi ayattt hahaha) kebarangkalian untuk berlaga boobs dan bums bersesama manusia sejagat 1 Asia yang lain adalah sangat rendah apatah lagi dapat melihat amukan seorang konduktor bas. Itu belum lagi kau tengok drama carutan antara konduktor dan orang cek tiket. Seram weh macam nak terjun bas.
Semalam ntah macam mana ai ternaik bas rapid untuk perempuan sahaja. Tak tahulah, ai yang ketinggalan zaman ke apa tapi sungguh rasa sesuatu di situ. Tapi yang hairannya tiket semalam dengan hari ini beza 9 kupang. Bas semalam mahal lagi tapi bukan ke harga tiket bas rapid ikut zon. Takpelah kot at least kurang sikit sexual harrassment dalam bas. eceh.
daa. . .
20 April 2011
19 April 2011
Tunggu Komuter Memang Menyeksakan
Hari ni ai decide naik komuter. Tapi macam biasa juga, servis komuter pun bukannya bagus sangat. Silap hari bulan tunggu komuter pun dah 1 jam. Bezanya ai sanggup tunggu coach kosong sikit jadi boleh bernafas dengan aman.
Sekarang dah jam 7:04 malam... dah satu jam weh kat sini. Kalau masak dah dapat 2-3 lauk okeh. elleh macam lah masak pon.
Hari-hari macam ni rasa macam nak bersara awal hohoho
She is 5! ( Hazzim is 3! & Delisya is 1! )
Hari ini Balqis genap 5 tahun!!
Semalam dia cerita bersungguh-sungguh -
Balqis : Ayah, hari ni cikgu tanya siapa nak jadi ketua baca doa belajar. Balqis terus angkat tangan. Lepas tu kan yah.. Balqis bacalah doa.
Lepas tu kan yaahh… <---- gaya nak suruh tanya balik
Ayah : Lepas tu apa?
Balqis : Lepas tu Balqis baca .. “Allahumma bismika ahya wa amutu” …… Balqis tersalah bacalah yah.
hahahahahaha
Keluar air mata ai gelak.
Birthday bash anak-anak, ai buat masa tarikh birthday Hazzim. Tiga-tiga orang tarikh dekat-dekat. Bagus, ini namanya family planning :P
Tidor jam 230 pagi for the birthday garland. Gembira.
Pose wajib bersama cousins. Gembira.
omg!! this photo is true enough to show that she was the happiest birthday girl in this world. <--- ai sungguh emo setiap kali tengok gambar ini.
Cutting cake session. Tiga kali nyanyi.. fuh!!
Hazzim demam. Kesian dia.
Kek yang buat ai pening kepala macam mana nak order bagi letak 3 orang / benda sekali harung kat atas tu.
The Little Birthday Girl
Demam…
tapi peluang jangan disia-siakan.
The Polka Dot Girls
Syukur di atas rezeki yang diberikan oleh-Nya <---- memang sedikit ‘emo’.
Happy Birthday Balqis 19 April
Happy Birthday Hazzim 25 Mac
Happy Birthday Delisya 29 Mac
WE LOVE YOU ALL!
15 April 2011
Sketching
eh i tengah cuba blogging from my Galaxy Tab! ;-) Jadi ke tak jadi neh. .
14 April 2011
Bravo! Bravo!
ai tanya kenapa tak dak muka? Boleh pulak jawab, ‘ai low profile’ katenyerrr. Tensi ahkak. eh apsal aku pulak yang nak tensi..tensi hahaha.
Dulu masa kerja dengan orang, suka benor nak masuk surat khabar hindu. Apa ke namanya ada perkataan Namban rasanya. ai pulak memang tak segan silu pergi membeli surat khabar Namban seolah-olah pandai membaca tamil kekdahnya. Hindu yang jual surat khabar tu pun konpius-konpius tengak ai begitu yakin membeli surat khabar beliau.
Hari ini bila dah masuk hampir semua surat khabar yang boleh difahami eh tiba-tiba ada status low profile pulak. adoi sungguh komplikated di sini. Biasalahkan walaupun ai takde kena mengena dengan agenda ini semua tetapi disebabkan telah melantik diri sendiri sebagai Personal Assistant Kehormat, turut berasa diri tertekan.
Boleh klik perkataan ‘The Group’ untuk mengetahui apakah agenda mereka sebenarnya.
Apa pun tahniah kepada The Group kerana berjaya melangkah selangkah ke hadapan demi menabur bakti kepada masyarakat. aiseh.. gelimat pulak.
daa..
13 April 2011
Trad Home : Buat Sakit Jantung.
adoi..adoi..adoi.. lama gila ahkak tak update blog kannn. Entoh ler nak kata buat-buat busy memang la macam busy sikit. Nak kata busy sangat nampak benor mengada-ngadanya mengalah Tun M. Beliau pun sungguh rajin update blog. Menyampah kann.
ok, sebelum apa-apa sebelum ai terlupa, nak bagitau sesiapa yang singgah sini yang claim pencinta traditional design, country girl la konon-konon macam ahkak kan, sila bukak magazine ni ok.
http://www.lonnymag.com/issues/19-trad-home/pages/1
yang ini dah issues yang ke –19. Pandai-pandailah mengkome cari isu-isu yang lain.
ya ampunnnn… benci tauuuu macam ni. Berangan sampai langit ke tujuh (eh?) pun tak habis. Berdebar-debar jantung ai setiap kali selak new page macam 1st date dolu-dolu dengan laki mak. eh memang over, tahu.
ok, sila tekun. Dah sampai langit ke ke-7, bagitau.
daaa