02 February 2011

Pulau Pangkor (2)

 

DSC04829

 

Pagi hari kedua breakfast di tepi pantai macam ini memang indah weh. Siapa kata makan kat Pangkor tak sedap sebab kalau ikut tekak ai yang tak berapa cerewet ini bolehlah masuk makanan kat sini. Tapi kalau tekak selalu kena food 4-5 bintang pi la duduk kat Pangkor Island Resort, duduk sini nanti boleh kurus. eh sebab tu ai gemuk kan? ces.

 

DSC04830

Mamang ada penyakit suka berkerut, jangan tanya hahahaha

 

Mak tensi betul masa tengah makan la en.somi sebuk nak snap gambor la apa la. Tahulah ai kuat mentekedarah makan. Tip istimewa bagi diri sendiri yang pemalas nak bawak tudung segala warna, maka hitam adalah terbaekk. Pakailah baju warna apa kak non, mak belasah je tudung warna hitam. Siapa ada nak bagi award ‘perasan backpacker fashion letak tepi’ bolehlah bagi ai hahaha – tak habis-habis berangan jadi backpacker round satu dunia malaya.

 

DSC04836

Dua orang ni memang suka sangat. Bila dah suka sangat lupa semua makan ke apa.

 

DSC04838

 

Lepas perut semua orang senang hati, maka berangkatlah kami menuju ke Dutch Fort & Batu Bersurat. ohh ini memang seswai dengan jiwa en.somi. Memang penggemor no. 1 tempat-tempat macam ini. Sampai sini dah panas terik betul. Tak sanggup rasanya. Tapi takpe demi suami tercinta ai jelajahi jua hahaha

Dekat dengan Dutch Fort, ada satu rumah buat kedai makan - kecik je untuk orang-orang kampung area situ. Biasalah ai memang suka spot tempat-tempat makan. ai telah tapau teh o ais di situ dan makcik itu rupanya jual laksa. Tolonglah sesiapa lepas ini pi pekena sikit laksa beliau. Lepas tu habaq kat ai sebab laksa beliau nampak sungguh menyelerakan ok hahaha 

 

DSC04843

 

Bila sebut Batu Bersurat ai membayangkan Batu Bersurat yang ada di Terengganu. Rupanya silap, mak oi besor betul batunya. Takdelah ada surat sangat pun, macam harimau adalah hahaha Memang nampak macam orang conteng2 sebab depa pi spray untuk nampak lagi clear. Nampak tak natural tapi bagus untuk photography eceh.

 

DSC04851

Bukti pembelian teh o beng Winking smile

Selepas berpeluh ketiak di kawasan sejarah, pencarian ikan talang dan sejenis dengannya pun bermula – elok sangatlah tu, masam lawan masin eeuwww. Kedai Pak Su ni ai jugak yang spot sebelum naik bukit ke tempat sejarah sambil2 meng-adjust diri memandu kancil ibarat tukun. Hebat tak.. hebat tak?

Satu-satunya orang melayu yang buat jeruk ikan + ikan masin + ikan pekasam bagai katanyerr. ai sedikit keciwa sebab punyalah bersungguh beli jeruk ikan kat sini, balik Rawang dah busuk. hampes. Konfiden je Pak Su tokey kedai kata boleh tahan tak payah masuk peti ais. keciwa..keciwa.

 

DSC04862

 

Selepas tapau teh o ais tadi, singgah lagi minum kat depan kedai Pak Su. Teh o ais tadi ai tapau khas untuk diri sendiri sekarang ai dipaksa minum lagi demi tekak semua orang. Padan muka haku. Sarcastic smile

 

DSC04859

Kerana diri rasa bersalah telah membeli sesisir pisang di kedai runcit depan berharga rm4 untuk santapan ringan. Tip cuti-cuti bajet.

 

DSC04863

Kesian en.somi berpeluh ketiak membawa pulang hasil laut tangkapan orang Laughing out loud

 

Lepas hilang dahaga pencarian diteruskan untuk membeli benda-benda merapu sotong ikan bilis bagai dekat kilang. Mak tak berapa beriya sangat nak beli sebab bukan orang ‘kita’ yang buat. Tetapi Setelah di’lulus’kan oleh makcik kedai minum tadi yang kita boleh beli jadi mak redah jugaklah. Tak sempat nak snap rupa kilang sebab kelam kelibut sangat nak pi ke jeti untuk jemput my SIL yang baru join cuti-cuti malaysia ini.

 

DSC04864

 

Lepas menjemput di jeti, apa lagi dalam agenda? ya Tuhan.. makan lagi. Perut kembung minum air tadi belum surut, ai minum lagi. eh apa pun sedap ah nasi ayam kedai kakak ni.

Petangnya lepas rehat-rehat sekejap kalau ikut mata memang macam rasa nak terlelap tapi ku tahan jua untuk snorkeling kali kedua. Apa kelasss pi bercuti tapi dok berjemaah tidur dalam bilik, bukannya pi honeymoon pun. eh? hahahaha

Malam di Teluk Nipah sangat happening. Meriah weh. We all ordered seafood bakar + tiga rasa untuk dinner and not bad jugaklah rasa dia. Harga pun tak mahal sangat.

Kerana malam masih muda lepas makan apa lagi kalau tak mencuci mata poket di gerai-gerai sepanjang Teluk Nipah. Beli baju untuk budak-budak dan sedikit fridge magnet.

 

DSC04866

Haku ni tak tahulah, dah tua macam ni pun sebuk nak ber-peaceambil gambar.

 

DSC04865

Bukan Ikan Buntal

 

Photo0068

 

Jumpa orang jual jagung bakar – oh sungguh sedap, manis dia macam terasa sampai sekarang hahaha melampau.

 

DSC04867

Siapalah mak budak gemok yang happy sangat dapat 7 ketul jagung bakar ini?

 

All in all hari kedua memang best. Hari ketiga dah takda apa nak buat, sebuk pack baju nak balik. Sebelum masuk ke jeti kami lajak dulu ke kilang sotong lagi sebab my SIL nak memborong. Dia kan baru sampai semalammnya memang tak ke mana lah selain dapat snorkelling sekali dan ke kilang sotong saje.

Gambar-gambar atas feri on the way ke Lumut ai belum dapat lagi from my SIL. Nantilah ai upload later. Itu sahajalah cuti-cuti malaysia kali ni, daaa.

 

Template by Best Web Hosting