10 February 2011

Jiran Tetangga

Memandangkan diri ini tiada jiran di kawasan rumah jadinya i suka nak menjalinkan persaudaraan eceh di kawasan kejiranan di ofis sinun. Biasalah orang takde jiran nak pas-pas kuih di petang hari eh macamlah buat kuih pun. I dapat jiran jenis moto suka nak perabih duit orang pun jadilah. Cuba bagitau macam mana nak ada jiran kalau pandang belakang nampak tadika, pandang kiri nampak jalan, pandang kanan nampak rumah ayahbonda. Lepas tu nak pas kuih kat sana?? haku pow kuih, aiskrim, lauk, sayur, air batu, pasu, pokok bunga eh kenapa macam banyak sangat hahaha

 

Photo0081 - Copy

Senang pulak rasanya dapat jiran yang sediakan perlbagai servis, tak payah nak merata pergi tempat lain. en.somi buat kerja kat atas, mak anak beranak pi buat aktiviti ziarah jiran tetangga. I dah ngam ho dengan tokey kedai saloon bawah dan beliau selalu tauu kepochi siapa naik atas masuk office . Bagus.. bagus.. boleh jadi spy i. eh hahaha 

 

Photo0059

Photo0058

2 kepala kecik rm13. Harga adik-beradik Smile

 

Berjanggut kalau tunggu 2 budak kecil ini habis gunting rambut. ya Rabbi.. lama gile. Balqis siap cakap sakit belakang lagi. Telitinya mengalahkan gunting rambut orang tua dewasa.

Minggu lepas I dapat jiran baru, sebelah kedai saloon. Amboi warna tak nak kalah dengan kedai Tupperware sebelah, warna pink saja. Siap ada langsir pink bagai tutup cermin depan kedai. I agak ini kalau tak kedai buat spa, facial bagai mesti ada kaitan dengan MLM. Ini semua agenda nak mengempiskan poket I lah ni. Leceh betul. Cuba buka kedai  yang lain sikit macam buat pagar rumah, jual sport rim kereta, jual baju sari, takdelah I teringin nak masuk.

Oleh kerana semangat kejiranan yang tinggi, I telah dengan beriya-iya masuk ke kedai pink baru itu. Kiranya I ni orang pertama yang merasmikan sebarang pembelian. Pekerja pun takde lagi, baru hari ke-2 katanyerr. Takpe, yang penting semangat harus ada.

Rupanya kedai pink baru adalah kedai spa dan yang paling tak boleh tahan alamak ada servis urut tradisional –lah. I ni memang alergik dengar orang boleh mengurut. Memang nak try saja. Kakak ni siap test picit bahu I lagi. ya Tuhan.. dia punya tekan sakitnya tak tahulah nak kata. Bahu ni pun memang mengada-ngada sejak 2 menjak ni, lenguh memanjang. Maknanya haku ni memang jadi mangsa serah duit  badan gamaknya.

Sembang punyalah lama, maklumlah takde customer lain. Cerita pasal angin dalam badan la, kita ni orang perempuan kena jaga diri elok-elok, makan jamu, jaga muka,jaga stamina, jaga badan, jaga ‘bawah’ eh hahahaha tapi kak non memanglah kalau orang cerita pasal macam mana nak pikat dan jaga suami mesti tetiba macam kau nak jaga jugak secara bersungguh-sungguhkan. Padahal kalau kau tak masuk kedai ni tadi, kau macam tak ambik kisah langsung pun. Dia macam ada orang tepuk dahi kau dan kata, hoi boleh tak diri tu elok sikit untuk tatapan suami lagi 100 tahun – ibarat kata.

Kalau nak pikir-pikir memang ada betulnya pun. yelah haku ni kalau nak menghabiskan duit semua jadi betul hahaha. Setelah menyembang dengan penuh semangat dengan panggilan manja kakakbagai I macam setuju nak try mengurut dulu. Bolehlah nak try sebab 1 jam dia charge rm40. Rasa tak ralat sangat kalau cara mengurut tak berapa nak menjadi.

Bila ‘kakak’ tokey kedai bagi business card untuk buat appointment mengurut.. sekali hambek kauuu haallamakk Datin ler pulak. I pun selamba ngong sambil senyum2   kelat cakap kat ‘kakak’ tu,

“errrr saya kena panggil Datin la ni”

 

 

EM_1

 

Ok jangan sengalprejudis kat orang title Datin tu tauu. Tak baik. Yang penting mesti respek kat orang, mana tahu dapat diskon pulak ke hahaha. Datin pun Datin lah, so sekarang ni siapa tanya I pi Spa mana? I cakaplah I pi Spa Datin. hahahaha hampeh.

Baik, nanti bila I dah buat segala urutan bagai nanti I bagitau best sangat ke Spa Datin ni ok. Ingat bukan Datin yang kita cari tapi servis 1st.. servis beb.

daaa.

 

p/s : suka-suka nak panggil orang ‘kakak’ tak bertempat, tak boleh panggil ‘puan’ ke?. macam indah sikit kan Smile

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting