30 December 2010

Makan { Free } Memang Seronok

 

images

 

Esok nak pi makan kat sini.. weeeee Khairul A.&co Rawang mahu belanja staf makan. Walaupun ai bukan staf dia tapi ai bab makan memang suka menyebok tumpang semangkuk.. weee

ehem..ehem.. tq Bie sebab tiba-tiba masukkan ai { dan anak-anak } dalam senarai aktiviti makan-makan yu. eh ai pun memang yu kena belanja okk sebab temankan yu sampai 5-6 pagi buat kerja kat ofis { walaupun sebenarnya membuta dalam bilik  huhu }

 

Happy New Year !!!!

(1st visit) Makan Gula-Gula Mesti Gosok Gigi

Sebenarnya ‘rumah’ ai ni tak habis kemas lagi. Baru selesai tukar ‘cat’ lepas tu sampai ke sudah tak menyempat nak kemas isi rumah. Dalam kepala macam-macam benda nak buat sempena nak masuk tahun baru ecewah.. tapi itulah katanya blogging kat ofis kannn.. kalau rasa macam banyak sangat keje ( konon ) terabailah rumah kesayangan hamba ini.

Takpe-takpe jiwa mesti besor, ai mesti buat jugak projek baru ni untuk tahun depan.

***

Malam tadi ai gigih text bos mintak izin ambik time sleep dek nonnss untuk pagi ni untuk jumpa dentist. Entah apa pe’el tiba-tiba nak jugak guna peruntukan medical ai tu. Mustahil lah kan boleh habis rm400 dalam masa 1 hari yang kelam kelibut ni.

Bila bos kata ok je, ai pantas dan tuntas mengambil langkah yang sewajarnya. Terima kasih lah bos ye.

 

Photo0023

Pagi-pagi dah sampai klinik gigi hahahaha takdelah pagi sangat kalau sampai pun dah jam 10 pagi.

 

Photo0021

Ai anak beranak dah mati kutu dalam tu sebab ya rabbi lama la pulak tunggu turn nak masuk dalam. Orangnya takdelah ramai sangat 3 orang je tapi biasalah kalau dah sorang-sorang buat scaling memang kematu vontot mak. Nasib baik budak-budak ni tak buat perangai. Main entah apa-apa asalkan jangan meraung sudah.

Gabra seh bawak anak bujang ai ni. Entah boleh ke idak duduk mengadap dentist tu nanti. Balqis tu pun ai gabra jugak tapi masih boleh diharap sebab senang dipujuk. Hazzim ni sebab ada title hero bergendong, mak memang dup dap dup dap uols.

 

Photo0024

Cuak betul muka Balqis masa ni hahahaha tapi uols ai bagitauuu doktor ni superb ah layan budak. ai bagi full marks sebab kepandaian dia ambik hati budak. uols ingat senang nak bagi budak duduk atas kerusi tu. Mula-mula Balqis macam tak nak, dah tarik muka bila tengok doktor siap-siap pakai face mask tapi sebab dia punya sembang dengan budak kalah cikgu tadika belakang rumah ai terus Balqis menyembang tak berhenti.

 

Photo0025

Ini 1st visit jumpa dentist.. tetiba maca haru je diri sendiri dah tua kena bawak anak jumpa dentist anak dah besor macam ni. Gigi Balqis so far ok takde masalah sangat. Cuma ada satu lubang nak kena tampal. Next month lah ai pi lagi buat tampal.

 

Photo0026

Mata sebuk tengok lampu.

 

Photo0022

Apa jadi dengan hero mak ini? hahahaha keciwa..keciwa.. ai cuba tahun depan jelah. Memang dah agak dah. Anak bujang mak memang hero kesayangan selalu. :p

21 December 2010

Mari Bergendong

163195_179021918792441_100000539013185_552425_842457_n[1]

Kalau anak dara kecil yang seorang ini bergendong ai tak kisah sangat tapi masalahnya budak kecik ni pun jarang sangat kena gendong sebab kena bagi peluang kat seorang ini..

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 

162946_179021935459106_100000539013185_552426_5313722_n[1]

Tak tahulah apa nak jadi dengan anak bujang aku yang seorang ini. Satu hari kalau tak dapat masuk dalam kain tu memang tak sah. Dia punya mengamuk ya Tuhan macam orang kena dera. Aku boleh sujud syukur kalau bujang ni tak mintak dokong satu hari. Walaupun bukan aku yang nak melayan bab dokong-dokong ni tapi letih aku nak tengok kaki dah panjang mintak dokong macam ini.

Ok fine, aku rasa gambar ni konon macam dah besar sangat. Tapi gambor bawah ni lagi haru..

 

 

 

163831_179022022125764_100000539013185_552427_4474268_n[1]

ya Rabbi..

 

Ini aku rasa gambor paling baru. Mak aku gigih upload dalam fesbuk dia. Tengok kepanjangan kaki anak bujang aku. Muka pun macam dah boleh kena sunat.

Inilah padahnya tuan puan ye kalau maid manjakan sangat anak anda. Kalau maid aku balik kampung memang jangan harap anak bujang aku ni merasa duduk dalam kain. Berguling atas lantai memang aku tengok je. Penat dia meraung dia diam sendiri, habis cerita.

Apalah ubat penyakit suka berdokong ni? Letih jugak aku tengok.

20 December 2010

Nokia Pink C3

 

dek-dek nons sekalians.. uols sendiri la letak tahap kepuashatian pixel phone nokia C3 ni hokeh.. haku dah separuh hazab gamaknya macam mana nak transfer  gambor ( secara pantas dan tak memeningkan kepala aku ) dari hp ke blog hahaha nasib baik opis ai boleh curi wifi tauu.. dengan berbekalkan ilmu ‘gadget’ tahap semut ni haku pun gigihlah masuk ke dalam fesbuk lepas tu transfer pulak dalam blog semata-mata untuk tatapan uols… hahaha gigih kan? kan? kan?

nasib baik C3 ada application terus ke Fesbuk, kalau tidak sila belanja aku makan. :P

alaaa setakat 2mega pixel.. ini jelah yang mampu. kalau nak cun ya ampunnn mintak maap la ye. Walaupun camera dia boleh setting lampu or segala effects yang ada, ai tak kuasa lagi nak mencuba sebab biasalahkan kata pengguna basic phone tegar. Tahun depan jelah ai cuba. Jadi siapa pandai guna maybe kualiti gambar boleh dipertingkatkan, selamat mencuba.

Tapikan siapa rajin nak download movie, gambar dia memang puashati ok. Warna smooth gila, setakat aku nak layan dalam bas 1 jam lebih balik Rawang, memang tidak was-was lagi. Jangan risau ai masih memegang title pengguna basic phone tegar. Ini semua ekperimen konon-konon en.somi.

Baik, sekarang C3 nak bergambar gedik-gedik bersama tuan empunya.

 

Si Gedik.

DSCN4119

 

Si Gedik yang Ramping

DSCN4118

also got pink at the back Smile memang gedik

DSCN4128

Rasa Pink yang Hebat

hai hai hai selamat pagi isnin malaysia. Sudah breakfast? Bagus..bagus.. perut yang kenyang di pagi hari akan memberikan tenaga sepanjang hari.

Walaupun pagi ini setting mode dalam keadaan stabil dan ceria tapi ia adalah hari yang biasa-biasa sahaja. Bak kata dato’ fadilah kamsah kita mesti bermula dengan hebat untuk menjadi orang yang hebat. ya kah?

Hebat sangatkah kalau berjaya datang ke ofis pada pagi hari ISNIN tepat pada masa badan tak letih dan lesu rasa nak pengsan bangun pagi siap boleh pergi breakfast awal pagi bos pula pi outstation dan boleh buat kerja ikut jadual sendiri. oh ai rasa hebat uols!!

Baik, untuk meneruskan momentum ini, ai nak ‘mengemas’ meja sikit.

eh susah ok nak dapat perasaan macam ni. ohh ai tahu kenapa..

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 

 

‘TQ Bie.. sangat cantik dan comel’

 

Siapa yang nak cari basic phone, tak suka application mengarut dan pening, nak buat and receive call penting2 je dan ambik gambor sikit2.. selain itu jangan harap nak pegang hp especially on weeekend oh hp ini sangat shumel ok.

17 December 2010

Kambing Hitam Dapat PC Baru.

wah wah wah pagi tadi walaupun sedikit kecewa sebab ada orang-yang-konon-kononnya-adalah-seorang-manager-dan-sedang gigih-melobi-diri-sendiri-untuk-jawatan-timbalan-ceo *ada jugak orang tak tahu malu macam ni* telah mencampakkan taik di muka ai, tiba-tiba telah berasa sedikit gumbira kerana pc baru berkeluasan 19 inci sayup mata memandang ini telah berjaya memujuk hati ai dengan jayanya.

hohoho sungguh bersemangat kata-kata aluan ini dan jangan lupa baca seperti tiada noktah untuk lebih bertenaga Smile with tongue out

 

ai pun segera dengan gigihnya mendownload segala mak nenek windows live version 2011 bagi menjayakan arena blogging semput-semput ini dengan tekun. oh bangga dengan keefisinan diri.

Kalau ikut kata hati aku kala ini memang membara-bara kalah bara gunung merapi kak nonnn.. Pagi-pagi dah buat aku angin satu badan. Ada ke patut kau yang punya projek bila tak jalan sebut nama aku pulak. ohh mentang-mentanglah konon-konon ceo suruh buat satu agreement dalam projek kau, aku lah yang jadi kambing hitam kan. Kalau aku pun yang nak buat agreement tu takkan nak buat buta-buta je, bukan kau ke yang kena bagi info.

Lepas tu datang gelabah-gelabah masuk bilik aku bagi contoh surat entah apa-apa yang lansung takde kaitan pulak tu.  Tak tahulah sejak akhir-akhir ni makin mengarut betul aku rasa. Ini belum sakit hati lagi dengan perangai bos tua yang selalu nak cari pasal dengan aku. Sampaikan staf aku buat apa pun kau nak skodeng tanya macam-macam. Pegawai lain yang dapat gaji beribu-ribu dengan goyang telorr kaki tak nak pulak kau tanya buat apa kan. Inilah doniawi kawan-kawan… eceh. Sakit hati aku.

Dah..dah.. sudah..sudah. Lagi lama aku menekan keyboard ni lagi lama aku merepek. eh sedap weh keyboard baru ni. Benda baru  memang sedap kan. eh. oh rupanya selain merepek boleh juga mengundang unsur kelucahan. Baik, kau berhenti sekarang.

Sebenarnya mula-mula taip tadi nak bagitau akhirnya aku dapat jugak mengadap pc baru. Ingatkan lagi satu abad baru boleh dapat. Hari ni saja lah nak test benda baru dengan berblogging. Semangat gitu Smile

15 December 2010

Hari Ini Baru Masuk Kerja

Apa motif ntah bagitau orang hari ni baru masuk kerja hahaha padahal aku tak tahu nak letak tajuk apa. Asyik merapu tak habis. oh ok, tajuk hari ni

Merapu Tak Habis.

Padanlah dengan muka aku sendiri kan.. cabul sangat mulut bila dapat tahu duhet peruntukan untuk medical aku masih berbaki rm670, terus bagitau staf HR, ‘ok takpe daripada duit ni burn macam tu je saya akan pulun bulan 12 ni.’

Sekarang hambek kauu.. tuhan nak tunjuk kau nak pulun sangat kan? habis aku anak beranak demam tak sudah-sudah dari hari ahad lepas. Mula-mula aku lepas tu Hazzim berjangkit pulak kat Delisya.  Last sekali Balqis baru pagi tadi aku pi klinik ambik beli ubat.

Dan dan jugak laki mak membebel malam tadi sebab aku kepoh sangat nak perabih duit medical. Aku cakap bukannya mintak macam ni, aku ingatkan alang-alang Delisya pun tak sunat lagi bolehlah pi bulan ni, sambil tu bolehlah jugak ambik jab yang beratus-ratus tu dan kalau ada baki lagi nak buat dental. *sighhh

Itulah kan cakap bukan-bukan. Memang ‘cash & carry’ sungguh Allah bagi.

***

 

DSCN4090

 

Jumaat lepas aku gigihlah pi kursus kat sini. Orang lain masa nak krismas ni rasa macam tak nak masuk hotel ni, aku pulak pasrah je kalau kena bom kena bomlah aku hari tu. eh eh cabul lagi.

Sangap weh.. nasib sebab makan free je hahaha nak kata sedap sangat food dia tak jugak, macam kureng pulak makanan dia hari tu. rugi duit.. rugi duit.. eceh macamlah duit aku pun.

 

DSCN4095

Demam demam aku pun dan sebelum diorang demam, sempat jugaklah bawak budak-budak ni main sekejap kat Taman Tasik Perdana.

 

DSCN4102

 

Inilah gambor paling baru budak yang belum sunat lagi tu - macam mana aku boleh terlupa nak sunatkan masa kecik sangat lagi hari tu. Hujung bulan ni 9 bulan, dah sukahati nak duduk macam, dah meniti, paling tak tahan semua benda nak masuk mulut. Tunggulah nanti dah ada gigi aku nak bagi makan petai.. hahahaha biar rasa sikit.   

06 December 2010

Kaki Kipas

Kenapa dah lama tak update blog? sebab tiada cerita menarik dalam hidup aku sejak akhir-akhir ni hahahaha mereng ah bajet selebriti yang menarik saja padahal memang aku malas kannn.. ditambah pula dengan ketiadaan kamera di tangan, memanglah menambah kepada ketidakrajinan. 

Hari ni dalam ofis sunyi betul. Depa pakat cuti secara berjemaah hari ni, almaklumlah esok kan public holiday. eh apa kaitannya esok dan semalam adalah cuti oleh itu hari ini adalah lebih baik anda cuti agak kurang pasti. ok, abaikan. ai hari ini dalam mode pekerja berdedikasi dan seperti biasalah memang ‘dengki’ orang yang ambil cuti :P hahaha

Tapi ada bagusnya kalau orang sebuk ambil cuti, aku pulak gigih pi kerja sebabnya traffic di jalan raya adalah sangat tip top. Keluar dari Rawang jam 830 pagi, aku punch card betul-betul 8.55 pagi. fuh!!! Bahagia betul hidup.     

Baiklah, memandangkan mode pekerja berdedikasi is on today ai nak sambung sikit lagi cerita pasal aktiviti-aktiviti politik ofis dan sikap Bos Harmoni aku tu. Kalau ikutkan memang rasa dah taknak bukak cerita yang boring lagi lemau ini tapi for somehow tiba-tiba ada orang mengeluarkan idea yang bernas dan terasa rugi untuk tidak dikongsi bersama.. ewwwah!!

Last 2 weeks BS company telah mengadakan 1 day course bertujuan untuk membasuh otak ( brain wash ) pekerja-pekerja bagi menghadapi sistem baru yang akan diaplikasikan pada tahun hadapan 2011. eh tiba-tiba sungguh skema.

Kalau sebelum ini kita memang benci dengan kewujudan kaki kipas, kaki ampu, penjilat bontot bos dan seangkatan dengannya dan perasaannya seperti mahu melempang selaju mungkin tetapi sebenarnya no such thing as kaki kipas ini dalam hidup kita.

Kaki Kipas adalah gelaran yang diberikan DARIPADA orang-orang yang KECEWA, iri hati dan dengki kerana kenapa orang lain dapat, aku tak dapat.

Sampai sekarang, aku masih menggali dan menggali dan menggali maksud ini. Kalaulah aku pelajar AF, dah lama kena usung beg sebab tak habis menggali.

ok, ia mungkin satu idea yang positive.

Bagi seorang ketua, siapa yang dia akan pilih untuk buat kerja dia. Samada dia akan pilih kroni sejati dia ataupun at least orang yang dia SELESA untuk berkerja bersama-sama. Siapa dia orang yang selesa? Mestilah orang yang selalu bersama dengan dia or at least orang yang sentiasa menyokong dia. Ini secara general semua orang tahu. Kalau akulah, of course aku akan cari pekerja yang boleh bantu aku tak takut bagi pendapat tapi bukan kaki bangkang.

In other sense orang lain yang tak terpilih di dalam golongan orang selesa itu akan kata mereka adalah kaki ampu. Padahal aku rasa ada betulnya jugak, kalau bos baik dengan kau, kau dapatlah apa yang sepatutnya. Tapi kalau dengan bos pun kau rasa nak lempang, agak-agak bos tu nak lempang kau balik tak?

Ok, politik ofis memang pening.

Aku kata positif sebab benda-benda mengarut macam ini sebenarnya boleh desak kau buat kerja dengan lebih agresif. yelah kalau akulah kan takkan nak mengadap bos dengan status kerja tak bergerak.

eh ada jugak weh yang rajin mengadap mengipas bos konon-konon macam kau rajin sangat padahal satu apa pun takde. Lepas tu boleh pulak salahkan orang lain kalau kau stuck tengah jalan. Mak pernah terkena kak non. Tensi. Ini biasanya golongan hard core dan memerlukan skil yang tinggi hahaha. Tak kuasa aku.

So, sekarang aku tak tahulah samada aku akan join the kaki kipas group which is pleasing the boss every 24/7 or aku memerap dalam bilik buat kerja aku lantaklah uol nak mengipas macam mana pun.

Walaupun sebenarnya aku tak berapa suka nak memerap sangat dalam bilik aku ni sebab walaupun kau rasa kau dah gigih gila tapi biasalah orang tak nampak kau buat kerja kan.. so orang tetap akan kata kau tak buat kerja.

Letih ok nak belajar memasarkan diri sendiri ni hahaha gila ah macam ni bukannya ada dalam buku.  Jangan kau kata pengaruh, politic skills or whatever u name it itu tak penting. Siapa yang ada duduk dalam sistem AK itu sahaja yang memahaminya.

ohhhh gelimat betul aku baca entry aku hari ni hahaha

Tiba-tiba pagi ini..

 

“Bos, CEO tanya bila nak masukkan ASTRO dalam bilik dia? I boleh tolong u bos”

 

Apakejadahnya kaitan aku ( law ) dengan hal-hal admin ini hahaha ini namanya kerja lebih membawa berkat.

16 November 2010

watashiwa Rubuna des

 

Ohayo Gozaimasu! :)

 

Irasshaimase. :))

 

Sebenarnya nak bagitau petang semalam ( 7.15 malam baru balik, gigih okk ) ai masuk kelas bahasa Jepung hahaha

Best.. best..

Gila hodoh nama ai jadi Rubuna. Lantaklah deme nak panggei apa pun asalkan ai tak bayor apa-apa. 

 

Pesanan Penaja:

Beb, lepas u habis maternity leave, u join sekali ok? syok weh. Tapi tak tahulah sampai bila kelas ni. Biasalah kan bos ofis kita kan hangat-hangat tahi ayam hahaha

Suka Hati Bos-lah

MENANGANI KEPUASAN KERJA, POLITIK DAN KONFLIK DI TEMPAT KERJA.

Rasa-rasa lepas baca tajuk atas u’oll nampak tak berapa degree tahap kestressan (eh??) aku kat tempat kerja hahaha gila ah drama. Soalan pertama penceramah tanya aku masa 2 hari kursus last week, ‘stress ke kat tempat kerja?’

Apa dia orang ingat orang stress je ke nak ambik course ni? Mak ok apa? kan?? kan?? kan?? Meroyan sekejap-sekejap jer tak kan tak boleh hahahaha

Alah.. aku sendiri yang pilih course ni, sajalah dengan harapan balik nanti dapatlah sebulu balik dengan bos dan aku nak test diri sendiri sama ada kebengangan aku kat BS company ini adalah kerana aku yang terlebih wawasan ke atau aku sememangnya lemau.

1st time woh pergi course ada 7 orang je. Aman je rasa, nak luah perasaan pun rasa bersungguh-sungguh gitu tanpa rasa bersalah pada BS company hahaha kiranya membuka pekung di dada la ni. Tapi mak fedulik apa kan.. janji hilang stress gitu hahaha

Antara konflik ai yang dikenal pasti.. :P

Aku ada bos yang sangat harmoni gayanya. Kiranya setiap keputusan dia tu kononnya tak nak cari gaduh sesama sendiri. Kalau boleh, selagi boleh mendatangkan keharmonian selagi itulah akan mempertahankan kerusi.

Aku ingatlah dia ni ada masalah takut orang benci kat dia lah. eh siapa pulak yang suka kan. Tapi mak tensi noks.. AK peraturan pun main belasah je asalkan semua tak masam muka semua harmoni. Kau tak buat kerja atau buat-buat macam banyak kerja pun takpa asalkan semua berbaik-baik satu bumbung, prinsip ini memang tak boleh blah lansung. Memang prinsip pengurusan paling unggul. Tapi penakut-penakut harmoni-harmoni dia ni, main politik banyak kuat woh.. semua benda yes bos, semua boleh jadi, semua beres. Menyampah betul ai.

Mula-mula aku ingat aku yang mental tak boleh menerima suasana ini eceh tapi bila staf aku yang ikut sekali join course luahkan benda yang sama. oh ok, aku waras lagi. sila tenangkan diri.

Itu belum cerita tahap keefisenan - belasah je lah - kau kerja bersungguh-sungguh menepati tahap ISO pun, belum tentu kerja kau akan berakhir seperti yang di angan-angankan. Ibarat kata kalau berangan nak makan spageti silap hari bulan dapat makan megi.

Setelah 2 hari suntuk membincangkan masalah-masalah ini - hahaha gila ah serius -  maka ai telah dapat simpulkan bahawa kalau ai memang betul-betul tak suka keadaan kerja macam ni, ada 2 opsyen ai boleh buat;

1. Berhenti kerja dan kerja di tempat yang bukan lagi bersifat government orientation; atau

2. Redho je kak nonn.. apa nak buat. nasib badaannn. Kira ok lah tu daripada dapat bos mulut longkang, lagi terseksa uolls. Sila syukur sekarang.

Oleh itu, sekarang sedikit tenang sebab dah luah perasaan habis-habisan. Terima kasihlah kepada penceramah kerana mengibaratkan politik di BS company seperti tahi lalat di baju, samada kau klorok atau buang terus. Keji tau.. terasa ai.

Kata-kata paling bersemangat untuk ai adalah;

LOWER YOUR EXPECTATION

*

oh ini memang tepat!!

Bulan depan ada 5 hari kursus tapi takde kena mengena dengan stress. Entah apa ke namanya.

Ok, nak sambung draft agreement. ai kan pekerja berwawasan. hahaha

15 November 2010

Penyedap Rasa

Last week ai pi kursus kat In*tekma Shah Alam. Tahu tak ai jumpa apa dalam lunch buffet dia.. ?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

eeeeuuuuuwwwwwwwww!!!!!!

09 November 2010

Manja-manja dengan CEO pun nak speku

Petang semalam ai dapat tahu ada orang tak senang bila nampak ai menyembang berbincang dengan tuan CEO lama-lama. Tengok.. ai dah kata dah, ai duduk memerap dalam bilik pun payah, ai nak jadi pekerja berwibawa pun payah hahahaha

Agaknya deme ni takut gamaknya kalau ai ni cerita orang ni macam ni orang tu macam tu. Apa ingat aku takde kerja lain ke daripada buruk orang sana tikam orang sini. haish.. mak tak koser la nak buat benda-benda macam ni. Kerja aku ni pun tak berusik-usik lagi sebuk nak tikam-tikam orang. ai paling dahsat pun ai akan berdoa bilalah BS company ni nak lingkup tutup. Bila tutup dapatlah jugak aku merasa duit  pampasan, bila dapat duit pampasan bolehlah jugak aku meroyan miahahahaha keji betul

Bila cakap pasal tikam-tikam belakang ni, ai rasa macam meluat nak termuntah pun ada. Dia macam kau letih tak habis-habis benda yang sama tapi tak ke mana jugak.

Aku rasa macam dah biasa dengan pe’el orang suka tikam belakang. Sakit memang sakit. Kalau nak berdendam memang boleh sampai mati. Tapi tak guna berdendam dengan orang yang ada jiwa macam ni sebab jiwa macam ni tak berbaloi untuk dikenang.

Itu sebab bila aku dapat tahu setelah sekian lama selepas aku dah beranak dua yang kawan-kawan aku dulu yang kononnya adalah pendengar setia adalah suka cakap belakang, tak senang dengan cita-cita dan angan-angan aku, aku lebih suka diam. Tak guna dan tidak berbaloi untuk bertindak apa-apa. Buang masa dan buang tenaga. Masa untuk berfikir kenapa dan tenaga untuk berkata-kata.

Bagi aku orang-orang macam ni adalah penakut. Penakut sebab kau tak boleh terima hakikat dan lebih memalukan sebab kau tak boleh lari jauh. Ini adalah manusia lemah, biarkan mereka.

Sakit tikam memang hilang tapi parut nak buang mana? dem.

 

 

 

*

eh ai ada beli mederma, rasa-rasa boleh hilang tak?.. hahahaha BS

08 November 2010

AK Meeting Sampai 12 Hari??

Masa ada hati nak update blog, masa tulah tiba-tiba kena draft agreement la, meeting tak berhenti-henti sampai Disember la itulah inilah. haiyaaa

Inilah jadinya kalau tiba-tiba ada hati nak keluar daripada kepompong dan memberi sedikit idea-idea tak berapa memberansangkan asalkan kelihatan seperti sungguh prihatin dengan nasib BS company, sekarang siapa yang banyak kerja? Ahkak jugaakkk.  

‘Senang’ kerja macam ni, kalau kau tak hebat mana pun tapi kalau cakap sedikit putar maka kemungkinan untuk menjadi pekerja kesayangan adalah sangat tinggi. Dan kalau kau buat kerja macam nak mati tapi duduk dalam bilik tak tunjuk kebolehan diri alamat kirim salam lah bos nak memuji.

Bulan lepas aku ada bagitau kawan lama aku yang aku sekarang kerja malas nak campur orang. Aku senang terperap dalam bilik buat kerja aku. Apa nak jadi kat luar jadilah. Deme bergaduh tunggang terbalik semata-mata nak ampu bos supaya bilik jadi cantik, lantak demelah.

Bilik cantik-cantik mengalahkan bilik CEO pun tapi kalau kau tak buat kerja tak guna jugak. kan?..kan?..

ewwah.. aku ni kalau membebel meroyan pasal kerja, memang tak habis. Baik diam.

*****

Cuti 3 hari tak pergi mana-mana pun kak nonnn. Setakat pi TW pun nak cerita, gelimat pulak nak bagitau. eh hari sabtu ni ada sesiapa pi KLCC untuk recognition Director? siapa pergi kita pergi together-gether ok :P

Seronok join TW ni ececeh ada lah yang  nak muntah darah ni nanti. Ai join TW ni bukannya beria-ia sangat berangan nak komisen ribu-riban tu ( eh kalau dapat syok jugak :p ) tapi ai syok kumpul TW free u’oll.

Sejak niaga kecil-kecilan macam projek IKS ni, dah banyak jugak TW FREE kat rumah ai. Itu belum kira yang daripada lucky draw sebab datang setiap Sabtu. Rasanya baru sekali yang ai betul-betul kata beli sejak berkecimpung daripada bulan Mei lepas - tempat simpan roti katanya. Barang-barang lain semua FREE hohoho syok weh dapat barang free. Tipu la ada orang nak berlagak tak syok dapat barang free kan kan kan

 

blogTempat Roti : 18 henggettt je weh!!

 

Keluar berapa hari je masa promo weh.. lepas tu sold out!! Itu pun tokei kedai siap roger mak tanyakan nak tak benda alah ni diaorang nak tolong simpankan, kalau tidak ahkak melepaslah jawabnya. Tahniah siapa yang dah ada.

Barang-barang Level tu tak perlu cerita la kan.. kalau suka-suka memang ai tak beli la tapi sebab 11 / 15 hengget memang la mak kaut jugak.

 

Page 56 and 57

Level 1 ni ai dah ada 3 set.. dalam kepala ai memang dah ligat nak buat projek apa untuk birthday bash balqis, hazzim & delisya tahun depan hahahaha hambek.. 3 orang sekali mak buat. Takpe-takpe ini namanya dasar Jimat Belanja Cepat Kaya hahahaha

AK buat asing-asing kalau tiga-tiga  orang ( termasuk mak dia sekali neh ) birthday selang 10/15 hari je. Ini pula namanya Family Planning.

Tahun ni birthday buat makan anak beranak sebab mak dah nak terberanak masa tu. Jadi tahun depan 2011 kalau ada masa  insyaallah panjang umur murah rezeki buat meriah sikit. eceh

Baiklah dari mengelak u’oll muntah dengar cerita TW ni ( macam haku sorang je jual TW ), jumpa esok je woh!! eh

Akhir kata, jual TW jual jugak.. tak siap agreement siapa nak jawab??

Letihkan nak jawab.

02 November 2010

Hanyir + Mengantuk = Value Pack

Adoyai.. rasa macam bubuh gam bijik kelopak mata aku ni. Silap hari bulan aku rasa macam nak telentang je bawah meja. eh hahahaha nasib baik ada perasaan lagi untuk jadi pekerja contoh.

Aku agak-agak ini semua penangan cod liver oil lah. Maklumlah dah lama tak menelan pil-pil kesihatan eceh.

 

 

Akhirnya aku beli jugak kannn ubat tonik eh silap vitamin-vitamin ni bagai. Itupun sebab terjumpa value pack 130 bijik RM11.00 plus ada logo halal woh harus beli jugaklah.

Aku ni memang, dulu 1st time makan cod liver oil, seminggu asyik tidor je. Lepas seminggu baru badan cergas tanpa lesu eceh.. So kali ni lepas bertahun tak makan aku anggap ini first time jugakla body aku nak terima benda alah ni. Ngantuk woh..

Ini belum sendawa lagi, rasa hanyir NM.

29 October 2010

Minggu yang Sama

ngeng…ngeng.. ngeng.. kalau aku sedih memang aku serius. eh apekehe sedih-sedih nak kena senyum pulak hahaha mak kan suka drama-drama ni :P

Apa aku nak buat weekend ni eh? sebenarnya kau kena habiskan ayat lagi yang berbunyi ‘dengan tidak mengeluarkan duit?’  hahaha sebab kalau orang duit berlebih orang tak tanya pun nak buat apa. Main belasah je nak buat apa pun kan, maklumlah poket tebal.

Macam soalan;

Apa kita nak makan ni eh?

atau

Kita nak makan kat mana ni eh?

Dua soalan ini besor beza maknanya tuan puan.

Macam mak remind laki mak, ‘bie, esok tengahari ada kenduri qiqah kat rumah pakcu tau’.

 

Ok, ini lagi tersirat maksudnya :P

Patut-patutlah Kalau nak Rotan Anak

Malam tadi aku dan en.somi tak makan malam di tempat biasa kami makan. Aku yang cadangkan cari kedai tom yam lain. Bukan sebab tak sedap atau boring tapi ada satu benda yang buat aku sedih sayu sampai tak lena tidur kalau aku makan kat situ lagi. Nasib en.somi tak tanya kenapa sebab kalau dia tanya mesti berpanjangan lagilah kesayuan aku.

Betul lah orang kata kalau tak dengar dari telinga sendiri, tak tengok dengan biji mata sendiri memang tak berkesan dalam hati. Kita baca dalam surat khabar orang tinggalkan anak, orang dera anak, orang pukul anak sampai separuh mati tapi sampai mana perasaan kau hari itu. Aku tak tahu orang lain tapi lepas aku makan tengahari hari itu aku boleh lupa apa yang aku sedihkan pagi tadi. Senang kan sebab kau sedih tapi kau boleh lupa apa yang kau sedihkan dan bila kau marah kau boleh lupa apa yang kau marahkan.

Dengan telinga aku sendiri, aku tak percaya manusia jenis apa yang sanggup pukul anak sampai macam tu sekali. Bayangkan aku tengah makan di tepi blok satu apartment tiba-tiba suara budak dari tingkat 4 betul-betul depan meja makan aku meraung menjerit sampai separuh mati menahan kesakitan kena pukul dengan mak dia.

Aku boleh sabar kalau jeritan tu sekadar sekelip mata tapi kalau kau dah dengar budak melolong kesakitan sampai 15 minit tanpa henti, apa kau rasa? Sumpah aku nak nangis.

Sampai aku tanya kat en.somi, boleh tak telefon sapa-sape? Maksud aku sebenarnya boleh tak kita telefon polis? Series ini memang gila. Aku rasa nak hampuk mak dia dengan meja. Gila ke apa dia ni. Kau ingat anak kucing ke nak pukul anak macam tu. Kalau anak kucing sekalipun aku tak tahu anak kucing boleh hidup ke atau tak. Paling tak tahan aku boleh bunyi pap! pap! pap! dia pukul anak dia. Tingkat 4 tahu.. tingkat 4 pun kau boleh dengar sampai bawah!!

Anak dia LARI. Ya, lari keluar rumah. Budak Cina. Umur masih di sekolah rendah. Berbaju tidur warna merah. Aku sedih.

Ramai budak umur sebaya dia turun ramai-ramai berkumpul tepi tangga nak tengok apa yang jadi. Aku agak mesti kawan satu sekolah.

Bila aku nak balik, dia duduk tepi longkang tepi kedai makan tempat aku makan tadi. Sekarang apa aku nak buat? Aku makin sedih.

Dah makan ke dia?

Balik rumah tak dia?

Kalau balik, kena rotan lagi ke dia?

Mana dia nak pergi sebenarnya?

Dah 2 malam aku tak senang duduk. Sudahlah blok rumah budak tu betul-betul mengadap pintu rumah aku. Macam terngiang-ngiang suara dia menjerit. Sumpah aku benci rasa macam ni. Benci sebab aku tak buat apa-apa untuk budak cina tu.

Aku pun rotan anak aku kalau dia buat pe’el tapi patut-patutlah nak rotan anak pun. Apalah salah budak tu sampai mak dia naik gila. Ke memang dia gila??

Aku tak sure apa hukum mendoakan kesejahteraan kepada orang bukan Islam tapi aku doakan budak itu selamat dan harapkan yang baik-baik untuk dia.*sigh

Tapi ini bukan isu orang melayu, cina atau India Islam atau bukan. Ini isu lebih besar untuk keselamatan budak itu kan? Hak dia sebagai kanak-kanak, hak untuk dia berada dalam keadaan selamat atau hak dia sebagai manusia sekalipun tidak boleh dibezakan oleh ugama. Aku memang doakan yang baik-baik untuk dia.

Siapa boleh bagi aku talian untuk report penderaan kanak-kanak ni? Siaplah kau kalau aku dengar lagi!!

28 October 2010

P.H.D

Situasi 1 ( di hari raya tahun ini )

Makcik A : Kenapa beli kereta besar-besar? (sambil kerut-kerut kening )

Aku : Kesian kat budak-budak, saja nak bagi selesa sikit kalau jalan jauh.

Makcik A : ( senyum-senyum kelat )

Aku : ( eh?? apakah??? )

 

Situasi 2 ( di hari raya tahun lepas )

Pakcik A : bawak kereta macam nilah senang. Barulah selesa kalau jalan jauh ( sambil muncung-muncung kat kereta citra anak dia dan sambil jeling-jeling kereta kami yang memang kecik gila )

Aku : ok

 

Situasi 3 ( hari raya tahun ini )

Pakcik A : buat apa beli kereta besar-besar ni. kalau balik kampung pun susah nak parking  ( sambil jeling-jeling kat kereta kami )

Aku : ( eh?? apakah ?? )

 

 

Pelik kan manusia ni?

Kita nak rasa senang sikit pun susah.

Kita susah lagi la susah.

27 October 2010

Nasiblah Dapat Bini Bos…

 

… poyo. :D

 

****

eh lama dah tak update blog kan setelah banyak hari jugak membuat entry baru secara konsisten tanpa gagal. Kalau ada penilaian prestasi mingguan harus dapat bonus dua bulan :P

ai dengki jeles tau dengan kerani en.somi. Ada ke keje tak sampai setahun tapi disebabkan attitude dia pun bagus dan sangat rajin sampai jamban opis pun dia sental maka sudah layak mendapat bonus setengah bulan. Mula-mula cadang dulu lagi la, nak bagi bonus gaji satu bulan. Bila ai kata ‘bie, ai rasa u kena mantapkan lagi duit dalam account you..’ eceh ini memang poyo. Barulah laki mak tu pikir 3/4 kali.

Patutlah kalau penasihat syarikat yang dilantik adalah isteri bos sendiri maka dia akan dibenci pekerja kihkihkih eh sejak bila aku gelak macam ni?? Takdelah uols ai bukanlah kejam sangat macam tu tapi ai rasa macam cepat sangat untuk bagi reward pada kakitangan untuk tempoh tak sampai satu tahun kerja. Tapi disebabkan justifikasi untuk bagi bonus itu sangat memberansangkan maka mak pun sebuk-sebuk sokong jugalah atas pemberian bonus itu.

Satu kelebihan yang ai dapat bila bekerja di tempat yang penuh dengan prosedur remeh dan menyusahkan ini ialah bagaimana prosedur remeh dan menyusahkan itu boleh menguntungkan banyak benda.

Kalau ada orang menyampah dengan sistem gomen kenapa lambat sangat. Please dont blame the system, u should blame who’s behind the system. Sistem tu ok sebenarnya tapi sebab kau ada pekerja yang buat kerja sampai 8 jam untuk kerja 5 minit maka ai memang lansung no comment. Apakehei simpan pekerja macam ni?

Susah tahu nak buang pekerja berstatus pekerja gomen. Silap hari bulan orang tu dah nak pencen pun kau belum boleh buang dia. Itu sebab majikan naik sama malas nak ikut prosedur panjang berjela. Alah lagipun buat apa susah-susah bukan keluar duit dia pun nak bayar gaji kan???? Semua orang akan terkejut kalau aku kata kat BS company ni ada orang yang macam tak wujud setengah tahun pun masih boleh kerja sampai sekarang dan bergaji.

Tapikan ai memang nak katalah, en.somi memang bos yang baik dan pemurah. Statement ‘takpe kita banyak memberi kita akan banyak menerima ( Insyaallah )’ memang statement unggul tak bley blah hingga kini kekekeke aku rasa nak gelak sampai sekarang. 

eh apa motif aku cerita ada unsur-unsur gelimat hari ni???

Bulan depan ai tak sabar nak pi kursus Etika & Penampilan Diri. Dah lama betul ai tak pi kursus. Bab Penampilan Diri itu amat mengujakan (?) ok.

Harap-harap dapatlah beli camera weekend ni sebagai pemangkin untuk blog pasal kursus itu dengan gembira nanti.

12 October 2010

Tuesday Blues

Siapa yang biasa singgah my blog mesti notis that recently im updating my blog with a rubbish contents. Cerita pasal jamban la, cerita jin melarat ke cerita anjing la. Then ai put ubat tonik as a title yang sebenarnya langsung takde kena mengena dengan cerita and so on.

2 philosophies  when you blog

  1. you write as good as che det and bila orang baca its like omaigod penuh berilmu orang ini; or
  2. you write random things like me dan kalau you tak baca pun takpe sebab tidak akan memberikan idea yang bernas.

Which one you like most?

Entahlah ai rasa bila ai tulis merapu merepek macam ni, ai rasa kurang stress sikit. Stress tidak boleh mematikan tujuan hidup jadi inilah penyelesaiannya. ecewah.

See..sekarang ai berusaha untuk update blog with a serious tone pun masih boleh tulis ecewah. sungguh mengecewakan.

 

image

                   Gaya nak panggil orang buat mesyuarat ppffftt

 

Ini terjadi selepas ai cuti bersalin. Agaknya urat semakin banyak terputus, jadi sedikit susah untuk berfikir secara kritis.

Alasan.

Series ai tak tahu kenapa?

Atau mungkinla keadaan sekitar ai ni yang tidak memberansangkan langsung sebagai pemangkin untuk berfikir secara kritis. Sumpah kalau ada orang tiba-tiba membuat perbincangan hal masalah dunia sekarang ini ai akan sorok bawah pinggan.   

atau lebih tipikal lagi enjoy saja dengan kehidupan anda as a wife, mummy and an ordinary employee to this BS company. Doa banyak-banyak sebab kalau suami anda berjaya dan kaya-raya anda juga yang bahagia ecewah (lagi?)

 

MODE : BLUES ( harap maklum )

11 October 2010

Mode Kerja : Kayangan

muahahahaha sumpah rasa terhina kalau kek ciptaan peribadi disamakan macam tuttt eh macam tak sanggup nak kata.

Malam tadi ai layan jugak perkahwinan kayangan astronot kebanggaan negara seminit dua. ai tengok muka en.somi, ya tuhan.. tak pernah aku tengok orang tengok acara perkahwinan se-series begini. macam sedang menonton tv pendidikan.

i know.. i know bie u nak cakap apa.

ai? No comment.

eceh.. macamlah ada orang nak tanya pendapat ai.

Kalau orang kerajaan nak sponsor perkahwinan kau macam tu, i tell u memang orang gila je tak nak ambik. so duduk diam-diam situ dan kalau kerajaan murah hati lagi nak hantar jadi ostronot, cepat-cepat isi borang.  

08 October 2010

Bukan Ubat Tonik

Rupa-rupanya terapi paling berkesan untuk menghilangkan kepenatan yang aku dok membebel semalam adalah bukan dengan mengambil ubat tonik mahupun vitamin tambahan or bla..bla..bla…

Tapi hanya dengan membeli sedikit barang kesukaan tanpa mengira duit hanya tinggal beberapa ketul keping je dalam purse lepas tu baru buat-buat tersedar eh apa aku dah buat ni.

Oleh itu balik kerja semalam dengan memakai sandal baru ia telah melenyapkan kepenatan secara tiba-tiba. Hari ni bangun tidor perasaan macam best seperti mahu pergi bekerja pada hari pertama untuk kerja pertama anda. gila ah macam ni.

Positif side : sila syok sendiri buat kejutan untuk diri anda sendiri  untuk menikmati hidup lebih bermakna.

Negatif side : pagi ni nak pi breakfast kau kenalah korek-korek duit dalam handbang untuk menikmati hidup lebih kenyang. demit!!

07 October 2010

Ubat Tonik Diperlukan Segera

Semalam kan ada hati nak buat latihan berperang tidur awal lagi untuk Balqis. Latihan sangatlah konon kalau jam 7.15 malam pun masih ada kat komuter Bank Negara lagi. hampes..

Itu takpe lagi sebab ingatkan dah sampai rumah bolehlah meneruskan misi. Rupanya kena terus lajak ke Selayang sebab en.somi nak jumpa client sekejap. Tak larat katanya nak singgah rumah dulu.

Rasa lenguh-lenguh badan bila sampai rumah 10 malam. Letihnya ya Tuhan. Tak reti nak kata dah. Masa dok rumah tak keje hari tu rasanya lagi ok daripada ulang alik pi kerja ni. Sakit-sakit badan aku apa hal ntah.

Pagi ni aku membebel sorang-sorang dalam kereta mesti kena beli apa-apa supplement tambahan. Kot-kot la kan lepas ni boleh jadi superwoman. Rasa nak pergi mengurut pun ada.

Rasa macam kena ambik ubat kuat vitamin ni.

Ke sebab mind set tak berapa betul sejak dua menjak ni. Aku adalah merayu menggoda menggatai cakap kat en.somi ambikla aku jadi staff dia. Jadi opis manager pun jadilah hahahaha mintak nak jadi manager je. gila kuasa betul :P

eh ok apa, selain aku boleh jaga hal remeh-temeh macam jaga fail apa nak pi court, buat payroll, bayor bil, buat hal-hal admin, mandor kerani opis, PA, aku pun boleh pi court setakat ‘ambik’ JID. Ok la tu jimat kos semua dalam satu. Gaji pun tak nak demand lebih-lebih.

Tapi jangan harap la. Aku rasuah lebih-lebih pun tak kan dapat. Buat letih je kak non.

Sekarang siapa nak jawab, mak dalam status betul-betul-letih-sakit-badan-balik-rumah-terus-tidur ni siapa yang akhirnya malam-malam merana. Cuba jawab sikit muahahahaha 

*Dah start la perangai mereng tu.

Lolongan di Kala Azan

ai adalah peminat setia buku cerita (cerita?) siri Bercakap Dengan Jin sambil membayangkan perkara-perkara ghaib itu di depan mata ai. Tahu, memang sedikit kronik.

Tapi ai tak tahu kenapa bila baca buku tu ai memang percaya benda-benda ghaib yang melibatkan makhluk-makhluk jin ni. Sorilah ai tahu ramai yang tak percaya benda-benda macam jin ni sebab diorang banyak masukkan isu saikologi.. ecewah pandai-pandai je.

Rupa-rupanya benda-benda yang ai percaya dari kecik ni banyak mempengaruhi hidup ai sampai sekarang. Paling best, ai  berkahwin pula dengan cucu kepada Pawang No. 1 Lenggong. Shhh.. jangan heboh-heboh ok :P ai tak sempat pun jumpa arwah tok tapi banyak dengar cerita kehebatan arwah tok dalam mengubat orang daripada en.somi sehinggakan ada seorang imam menasihatkan ada keluarga belajar ilmu tok sebelum tok meninggal. Tapi sayang takde seorang pun yang belajar dari arwah Tok termasuk ayah mertua saya sendiri.

kalau idak laki teman jadi pawang pulak ler..

eh kau jangan bayangkan pawang baju kuning ikat kepala tengkorak penuh dalam bilik macam cerita-cerita mengarut tu. Arwah tok gelaran saja Pawang tapi guna ilmu Quran bukan suka hati sembur-sembur air liur. Apa nak cari penyakit, khurafat tahu.   

Siapa pernah baca siri Bercakap dengan Jin mungkin tahu apa maksud ai sebenarnya.

ok..ok.. ai bukan nak cakap pasal jin. ai nak cakap pasal anJing. ya betul..betul.. A.N.J.I.N.G.

Entah apa punya musim tiba-tiba datang 5 /6 ekor anjing dok baring melepak-lepak kat bangunan-geng-umno-buat-mesyuarat tingkap depan rumah ai ni. Kalau jenis datang menyinggah sekejap bolehlah dimaafkan. Ini tidak, dah nak masuk sebulan dok merayau keliling kampung. Bila rasa-rasa nak tidor datang bangunan umno depan rumah aku ni berlonggok penuh.

Punggah tong sampah satu hal lepas tu boleh pulak syok-syok nak masuk laman rumah. Ini memang masalah. Rasa macam nak buat report pada MPS tapi mak ai kata MPS malas nak layan benda remeh-remeh macam ni jadi lansung membantutkan niat.

Itu satu hal.

Hal yang lain pula yang sedikit seram, bila waktu azan berkumandang anjing-anjing ni tiba-tiba macam melolong-lolong seram gitu. Panjaaaaaaaaaaanggggggg macam dalam cerita hantu. Gaya macam menahan sakit pun ada. Series mak tak tipu. Kalau melolong masa azan Zohor boleh tahan lagi sebab terang benderang tapi kalau dok melolong masa azan Subuh. ishk terdiam jugak mak.     

Ada satu malam ( banyak malam jugak sebenarnya ) boleh pulak sebuk menyalak-nyalak tak hengat jam 2 3 pagi. Memang sakit hati betul.

Ayah ai sanggup upah orang India yang memang kadang-kadang datang upah bersih kawasan rumah pi tangkap buang tapi sampai sekarang seperti tiada perubahan.

Oleh itu, soalan ai adalah =

  1. Tiada cetakan ulangan kah untuk cerita Siri Bercakap Dengan Jin?
  2. Apa kaitan Siri Bercakap Dengan Jin dengan lolongan anjing-anjing itu?
  3. Siapa nak bantu kalau rakyat ada soalan-soalan dan masalah-masalah sebegini rupa?
  4. eh mana pergi orang India yang ayah ai upah tu?

 

Mungkin Zainal Ariffin Ismail ada skema jawapan.

06 October 2010

Kiddos

I

Alhamdulillah, hari ni dapat settlekan buka akaun Tabung Haji Delisya. Sebelum duit raya diorang habis entah ke mana, baik ai pi buat cepat-cepat. Nasib baik Bank Islam kat bawah ofis ni sahaja kalau tidak memang menangis menapak 10 minit nak buka akaun semata.

29hb September lepas genap 6 bulan si mata bulat ini. Ingatkan weekend ni bolehlah masakkan sikit her 1st solid food. Cakap pasal makan-makan baby ni kan, ai memang telinga tebal sikit bila orang suka-suka nak sebuk suruh bagi makan. Kesian la apa la. Padahal si kecik tu bukannya tahu apa. Itu takpe lagi, yang pandai-pandai suka-suka suapkan nasi impit kat anak aku tu yang berbulu lebih sikit tu. Nasib baik hari tu bila nak bagi air sirap pandai nak tanya dulu, kalau tidak.. entahlah tak tahu nak buat apa. Tak kan nak tarik muka 14 kat rumah orang. Sabar jelah kak non kann.

II

Entahlah si Hazzim ni, sampai bila la nak habis perangai kememe plus manja terlebih plus berdokong selalu. Ini semua penangan maid ai la ni. Manjakan sangat Hazzim. Balqis masa kecik pun tak manja sangat macam ni. Ini asal menangis je terus dokong mana tak spoil.

Agaknya sindrom anak no. dua kot eh? ai tengok sepupu-sepupu dia yang no. 2 ni semua perangai lebih kurang. Tapi jangan tengok masa dia tengah galak, Balqis pun menangis kena kerja dengan dia. Hero sejati dia ni.

III

Malam tadi adalah cubaan pertama untuk Balqis tidur awal. Ini semua latihan nak sekolah tahun depan. Macam mana ai tak risau, selagi tak 12 malam selagi tu tak tidur. Silap hari bulan 1 pagi pun masih mintak macam-macam lagi. Esok paginya nanti bangun jam 10 pagi.

So, malam tadi paksa semua orang masuk bilik jam 10 malam tapi aktiviti melompat-lompat atas katil, baling-baling bantal dengan Hazzim gelak-gelak tak hengat masih berterusan tanpa gagal. Memang tak makan saman. Akhirnya diorang tidur jugak jam 11.30 malam. Lambat jugak tu sebenarnya. Macam mana pulak nak bagi masuk tidur 9 malam, ai sampai rumah pun paling awal sekarang 8 malam.

Fikir…fikir…fikir.. macam mana nak buat.

Malam ni harus cuba lagi.

05 October 2010

Misteri Rumah Tua

Masa sekolah rendah dulu bila lepas baca buku penyiasatan mesti lepas tu tiba-tiba rasa nak tubuhkan satu kumpulan penyiasatan untuk menyiasat perkara aneh di dalam toilet sekolah.

Ini memang benar. Mak kan suka berangan. Sehinggakan kejayaan ciptaan kumpulan penyiasatan ai akan terbawa-bawa di dalam mimpi. Rasa macam sungguh terdesak untuk jadi terkenal.

Baiklah, ai memang nak tulis cerita seram. Seram sangat subjektif. Jadi bila anda tidak seram membaca cerita saya, jangan salahkan hantu sebab saya memang penakut.

Rumah mak mertua ai di kampung  nak kata rumah lama sangat  takdelah tapi rumah ni jenis bahagian atas papan bahagian bawah batu. Alah, rumah kampung perak yang rumahnya dibuat tinggi-tinggi. Masa ai kahwin bahagian bawah rumah ni memang dah dibuat.

Tapi ai sempat lagi merasa guna jamban curah di luar rumah. uols tahu tak jamban curah? ishk! tak dapatlah mak nak tolong. Pandai-pandailah google eh.

Semasa jamban curah masih digunakan secara aktif, ai memang selalu mengawal pemakanan secara berhemah di malam hari. Tersilap langkah tengah malam buta jam 2 3 pagi kau sakit perut, cherry berry pula tu, kau memang rasa nak demam terus kalau menyangkung sorang-sorang dalam jamban yang belakangnya ada reban ayam belakangnya lagi kebun dan belakangnya semak samun dan  tasik dan belakang sekali adalah gunung. woh sungguh mencabar kewarasan tahu.  Silap hari bulan mak rasa tak nak keluar dari jamban sebab terbayang ada ‘benda’ tunggu depan pintu.

en.somi yang konon-kononnya hantar ai sampai depan jamban dan berjanji tunggu sampai ai keluar adalah dusta semata-mata kerana bila ai keluar tengok-tengok tengah sedap sambung tidur dalam bilik kekdahnya. Tapi perasaan masa tu lebih kepada lega sebab selamat sampai dalam rumah tanpa gangguan ngeri walaupun bengang sebab macam kena tipu.

Lepas ai bersalinkan Hazzim, abah dah buat jamban dalam rumah. Syukur tak terkira ai sebab takdelah ai terbayang bukan-bukan rasa macam nak menangis bila nak buang air. Isunya bukan jenis jamban ye tuan puan tapi kedudukan jamban itu. Tandasnya takdelah jauh sangat tapi diulang sekali lagi ai kan penakut.Ngeris!!

ok..ok.. sambung cerita rumah.

Rumah atas ada dua bilik dan ada juga kawasan anjung memanjang. Abang ipar ai ada bilik di atas dan bilik lagi satu memang kosong memanjang. Tapi kalau takde siapa balik kampung abang ipar ai akan tidur di bilik bawah. Maknanya bahagian rumah atas memanglah tak berusik langsung.

Cuba bayangkan kalau mak abah di kampung datang bertandang ke kl rumah anak-anak sampai sebulan lebih makanya lagi sunyilah rumah tu kan.

So nak di jadikan cerita, we all pun balik kampung raya kedua hari tu. Orang lain semua belum balik lagi. Malam pertama kat kampung, ai dan en.somi tidur lambat. Rasa-rasa dalam pukul 1 pagi tu memang kami dok berchit chat lagi dalam bilik. Tengah dok sembang-sembang ada ‘orang’ tepuk-tepuk dinding. Bukan ketuk eh ini macam tepuk kau guna tapak tangan. Kuat gila tahu macam orang marah apa ntah. Banyak kali pulak tu. Masa tu ai tak pikir bukan-bukan lagi sebab ingatkan abah yang buat. Siap pergi bilik air lagi lepas tu.

Malam esoknya jam 1 pagi jugak baru ai tanya en.somi agaknya abah kot yang buat. Baru en.somi cakap dinding bilik abah batu mana boleh buat macam tu.. ngaa..ngaa..ngaa… terus mak tidor berpeluh-peluh dalam selimut malam tu sampaikan nak bukak mata susukan Delisya pun takut gila.

en.somi cerita, dulu masa dia kecik-kecik kalau abah marah sebab main dalam rumah bising sangat memang abah akan tepuk dinding macam tu. Agaknya benda tu dah terikut apa yang dah biasa dalam rumah tu kot kan? Mesti ai bising sangatlah tu. Tak rock lansung. 

Lepas tu malam yang lain jam 4 pagi ai dengar derap kaki orang jalan kat atas. Siangnya ai pulak gatal mulut cerita-cerita kat en.somi dengar orang jalan kat atas. Tak lama lepas ai cerita en.somi pulak dengar lagi kuat, siap ada bunyi barang jatuh lagi. Awal lagi masa tu baru 11 malam. See.. memang releven cerita Jangan Tegur. Memang orang tua kata jangan tegur benda pelik-pelik. Sendiri cari penyakit.

Satu benda yang buat ai rimas dengan rumah atas tu adalah bila ai nak pergi bahagian dapur ai MESTI nak jugak tengok bahagian atas yang pintunya mengadap dapur. Dia macam tak boleh nak kontrol mata, dapat jeling sekejap kat atas tu pun jadilah. Series ai tak tipu. Dia macam nak jugak tengok macam memanggil-manggil. Takut tau sebenarnya sebab rasa macam kita ni jadi suka nak tengok. Nanti kalau ‘terikut’ macam mana.. omaigod nauzubillah. Rasa macam terbayang kalau tiba-tiba tertengok, dia munculkan diri pulak. Macam en.somi cakap, ‘hah! kau nak tengok aku sangat kan!!’ eee suka tau over-over macam tu. ok, yang ini mungkin Jangan Pandang Belakang Atas hampir menjadi relevan.

Sebenarnya mak mertua ai dah nampak dah sebelum ni. Dia keluar pintu bilik, terkejut dia ada orang macam panglima badan besar selimpang kain melintang badan macam pakaian orang silat berdiri depan bilik dia pandang straight kat mak mertua ai. Ngeris!! 

So sekarang ni macam mana? Mak ngerilah nak balik kampung. Sudahlah kami je yang selalu dengar-dengar ni. Adik ipar ai cakap mungkin ai dapat satu anugerah. cis!! apakejadah tak lalu la weh anugerah macam ni. Buat sakit jiwa je.

eh kenapa raya ni banyak sangat cerita hantu? Tak seswai lansung.

 

curah

 

eh i google ada pun gambor. budak-budak sekarang suruh masuk jamban ni, konpem tak nak.

04 October 2010

Nasib Baik Maid Jumpa Jalan Pulang

Terujanya ai nak pi opis hari ni. Bukannya sebab nak buat kerja menimbun tapi entah kenapa rindunya nak update blog hahaha memang bukan calon pekerja contoh lagi berdedikasi.

KESIMPULAN MENJADI SURI RUMAH TANGGA SEPENUH MASA SELAMA SEBULAN : wush!! memang tabik spring sungguh jiwa sangat kental kepada para ibu di rumah!!

Tiba-tiba sangat menghargai pengorbanan maid ai meninggalkan anaknya di negara tercinta untuk menjaga anak-anak ai.

Kesimpulan kedua yang mengada-ngada adalah ok saya boleh duduk di rumah tapi boleh tak saya nak maid juga. Ini memang mengada-ngada, ai dah kata.

Tak tahulah mungkin penyakit OCD ai ni tak berkurangan menyebabkan kemas rumah secara berlebihan merupakan punca utama kepada segala keletihan dan kemeroyanan di rumah. Perkara ini sangat merisaukan ok lebih-lebih lagi kalau mak mertua datang duduk di rumah selama sebulan. omaigod!! mak jangan kecik hati tau, anak mak memang macam ni. ai rasa ai memerlukan terapi lebih keras untuk mengatasi penyakit ini.

Raya tahun ni rasa macam tak berapa happening sangat. Biasa-biasa je atau mungkin faktor umur tak berapa muda jadi perasaan beria-ia tak menonjol. Nafsu makan secara berlebihan pun agak berkurangan. Baguslah boleh kurus macam ni. eh kelmarin mak try jeans mak size 28 masa anak dara dulu.. macam dah boleh masuk nyah!! macam jelah kann… tang pinggang lepas bila nak zip seluar terus fail. keciwa sungguh.  

Balik lenggong hari raya kedua sampai hari sabtu minggu depannya. dah rasa macam nak bermastautin di situ pula. Nasib baik mak coti sebulan nyah!! takdelah terbayang-bayang kat rumah baju keje tak gosok lagi, baju kotor dari kampung ni ada sebeban lagi tak basuh, rumah tak habis kemas lagi. Kalau tidak mau dapat tekanan perasaan. Jadi, ai tak kesah. Nak duduk kampung lagi seminggu pun ai rela.

Tapikan dapat cuti sebulan pun rasa macam takda apa-apa. Bukak je mata ai capai penyapu dulu lepas tu mop kemas tu kemas ni. Tengahari sikit pikir nak masak pulak. ding dong ding dong dengan kain nak basuh jemur tak berenti-renti alih-alih dah malam. Malam sebelum tidur kemas rumah sikit lagi sebab ai kalau nak tidur rumah bersepah tak boleh tidur, memang nightmare. Jam 1 pagi kadang-kadang baru dapat tidur. Nak kata tidur pukul 10 malam, ya tuhan itu satu nikmat masa dan tidur yang wajib disyukuri.

Pernah sekali dua kali pergi Tesco jam 11.30 malam. Tesco kan tutup 1 pagi malam weekend. Delisya tinggalkan dengan mak sekejap kitaorang 4 beranak pi cari barang dapur. haish letih nyah!! dapat pulak tiba-tiba en.somi weekend pun nak pi opis buat keje sampai malam, memang ai tabah lah duk rumah sorang-sorang.   

eh hari ni bajet mode drama queen lah macam ai sorang je kat dunia ni housewife.

eh ai ada cerita menarik tau balik kampung kali ni. Ala-ala misteri di rumah tua. Seram weh. Seram banyak sebenarnya. Nanti ai cerita, sekarang kau stop menaip cepat macam tak reti-reti nak buat keje. Macamlah kampeni ni kau yang punya.

02 September 2010

Apakah Warna Mangkuk Tandas Anda?

Semalam selepas berbuka puasa yadayadaya ai pun dengan gigih telah membasuh mangkuk tandas. ya, mangkuk tandas sahaja tanpa menyental lantai bilik air. Mengah ok lepas makan nak basuh seluruh ruang. Jadi hari ni selepas buka puasa cadangnya ai akan menyental lantai bilik air pula. matilah aku basuh tandas pun nak bagitau orang.

Semasa membasuh mangkuk tandas itu, ai terfikir untuk menulis perkara ini. See.. siapa kata ai takde usaha untuk menjadi blogger tegar. Orang lain sibuk tayang beli apa shopping raya, aku sibuk cerita pasal tandas kan.

Malam tadi entah apa yang aku marah sangat dan untuk meredakan kemarahan aku pi basuh bilik air. Muncung sorang-sorang sambil sental jamban.

Dalam hati kata nasib baik la toilet bowl dan lantai ni warna maroon gelap dan dah la kadang-kadang jadual harian hidup mengalahkan perdana menteri sampaikan nak basuh jamban pun macam susah sangat.

Jadi nak bagitau sekiranya puan-puan nak buat renovasi (renovasi?) pada bilik air sempena nak sambut raya ini, instead of pilih color putih untuk toilet bowl, silalah pilih warna gelap kerana ia sangat sesuai untuk kondisi keluarga ramai dan selalu ada perasaan letih nak basuh selalu =p

I vote for dark maroon nyahh!!

eh relevan kan cerita renovasi rumah dengan keadaan sekarang orang sibuk buat persediaan sambut raya hahaha

ohh sebenarnya aku marah sangat semalam sebab en.somi hari tu kata nak cat dinding rumah sebelum raya alih-alih semalam dia kata dia tak cakap pun nak cat!!! haih berbulu mak!

Melawan dapat dosa baik aku basuh jamban.  

 

jamban2pic googled

 

Ini kira habis kreatif la ni kan. Tak lalu weh.

01 September 2010

Hiburkan Hati Anda

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Sumpah lawak sampai keluar air mata.

Tak jadi ai meroyan hari ni hahahahaha

BORINK

* Apakejadah budak-budak sekarang suka mengeja perkataan ala-ala macam ni? Tak paham gue.

***

Hari ni macam bosan dan moody. Macam malas nak layan orang. Bos masuk bilik aku pun aku malas nak jawab soalan secara panjang lebar. Memang sukahati. Mungkin ini semua gara-gara minggu depan dah start cuti. Cuti SATU BULAN weh. Selama sebulan aku akan jadi suri rumah sepenuh masa. Tahniah diucapkan.

Ini bukan cuti raya. Ini adalah cuti sebab maid balik Indon sebulan. Jadi aku ambil peluang ini untuk dapatkan cuti sebulan dari bos. Apa kau mereng nak ambik cuti sebulan suka-suka kalau tak pandai berlakon kasihanilah saya kerana saya tak tahu nak hantar kat siapa untuk jaga anak-anak saya. eh tapi betul ai memang tak tahu nak buat apa campur gabra campur malas nak pikir dan baki cuti tahun pun banyak lagi maka jalan penyelesaian yang terbaik untuk diri sendiri adalah isi sahaja borang mohon cuti dan sedikit bakat dalam lakonan.

Setiap hari bila bangun dari tidur dan telah membuat sesuatu yang lain dari kelaziman adalah dianggap satu kejayaan peribadi. Contohnya orang lain sibuk bersiap pi kerja, ai sibuk bersiap pi Putrajaya buat TW Party dan dapat sales sampai RM5-6 ratus satu hari hahahaha

Ataupun orang lain sibuk cari beli rumah cantik-cantik, we all sebuk beli kedai padahal diri sendiri sudah tahu mana nak carik duit lagi nak buat rumah idaman. Ya, ini juga satu kejayaan diri sendiri kami yang suam-suam kuku kerana lepas tu baru tahu mak oi tingginya maintainance shop lot. Selalu sedapkan hati, takpelah mungkin dengan hasil kedai itu yang sekarang sudah jadi ofis en. bie & partners harap-harap kami dapat mencapai kejayaan buat rumah idaman pula ececeh.

Kenapa tak nak berhenti kerja?

Tak tahu. Mungkin takut.

Bila sudah berani, inilah kejayaan paling unggul dalam hidup.

Bagi masa lagi 5 tahun, mungkin sudah berani dan kaya-raya.

Letih baca entry macam ni macam orang meroyan.

31 August 2010

M.E.R.D.E.K.A

Kepada semua peminat blog ‘Ini Cerita Saya’ ..*ai memang perasan ramai peminat kerana ia adalah pemangkin untuk menjadi blogger tegar yang tak jadi-jadi* saya ucapkan;

 

Selamat Menyambut Hari Merdeka 

Hari ini sempena cuti merdeka saya ingin menemani emak pergi shopping raya. Kesian dia. Dia merajuk dengan adik-bongsu-sangat-manja ai yang tak reti-reti duduk rumah dan tunai janji teman mak pergi shopping. Kau kenapa dik? Hilang ingatan ke?

Oleh itu, atas tanggungjawab saya pada negara ibu tercinta, saya akan meninggalkan anak-anak dan suami di rumah supaya kami senang menjalankan misi penting ini.

Bie, dont worry, min (maid) kan ada. Lagipun ayang dah masakkan nasi goreng untuk awak anak-anak makan tengahari.

Semoga saya berjaya hari ini untuk merenangi lautan manusia.

Amin.

30 August 2010

Ayah Saya

DSC00194

Ayahanda

Ayahanda,

Selamat Ulang Tahun ke-59

Moga dipanjang Umur - ( supaya anakanda boleh menikmati kasih sayang ayah selamanya)

Moga dimurahkan rezeki – ( supaya anakanda boleh pinjam duit selalu.. ececeh tipu je )

Moga mendapat kesihatan yang sempurna – ( supaya ayahanda boleh makan angin sokmo dan tanpa ragu taknak belanja berjalan bersama-sama)

Peluk Cium Sayang Banyak & Selalu,

Anakanda Sekeluarga.

Apa nak buat cover line tersasul sebut kenangan indah bersama dot dot dot?

*Mula-mula entry hari ini nak cerita kehidupan ai di tempat kerja eceh.. tapi macam tak best pulak sebab kalau entry pasal keje mesti membawa kepada sumpahan. Tak baik ok bulan puasa ni sumpah-sumpah orang hahaha tak boleh blah bulan ramadhan je tak boleh sumpah orang, bulan lain boleh pulak.*

***

Hari Sabtu lepas terasa diari hidup sungguh padat. Pagi seperti biasa kelas tusyen berjalan seperti biasa. Minggu lepas adalah yang terakhir untuk bulan 8. Bulan 9 cikgu umumkan public holiday satu bulan hohoho melampau betul cikgu nak cuti sampai satu bulan.

Jam 1030 pagi kelas tusyen habis, mak gigih pula menyediakan sardin roll untuk budak-budak. Cerita pasal sardin ni, uol pernah try tak beli sardin HPA? Mak dah try woh. Kedai HPA selang 4/5 kedai dari kedai Tupperware jadinya alangkan kedai Tupperware boleh pergi, haruslah singgah ke HPA juga. Mulanya nak beli ais krim untul Balqis je tapi ternampak pulak tin sardin makanya ai beli ais krim 2, sardin 2 tin, kicap manis 1 botol. eh?

Tahu ai bayor berapa untuk 3 barang tu? Terkejut tau bila adik cashier kata 21 hengget. mak oiii mahalnya kak noonnn. Inilah letih nak cakap, kau suruh boikot barang tu, boikot barang ni tapi kau tak bagi alternatif yang menyenangkan rakyat. Cakap pompang-pompang suruh guna produk orang melayu lagi islamik tapi gigih ke nak beli barang 3 jenis dah 21 ringgit. Yelahkan macam mana tak mahal, nak kena bayor upline sikit downline sikit makanya kenalah naikkan harga barang. eh matilah aku tak boleh masuk kedai HPA lagi beli aiskrim.  

Selepas berperang dengan sardin roll sekejap, ai kocoh-kocoh pula siapkan anak-anak, diri sendiri dan en.somi nak keluar. Bagitau mak, tak tahulah sempat ke idak bukak puasa kat rumah ni. Amboi.. macam teruk benor bunyinya.

Kami anak beranak pergi TW dulu beli barang orang order. Lama jugak jam 3 lebih baru setel. Habis di TW terus menuju ke Setapak sebab en.somi nak buat tinted pulak kat keta dia. Lamanyaaaaa kat situ. Nasib baik budak-budak tak meragam. Jam 715 baru kitaorang keluar kedai. Tinggal 15 min je lagi nak cari kedai makan untuk bukak puasa. Masa cari kedai ni punyalah susah. Manalah nak cari kedai makan ada tempat kosong kalau main suka-suka serbu macam tu. Kalau tak booking seminggu awal, mintak maaplah. Ai memang gedik-gedik pulak masa tu tak nak makan kat kedai tomyam. 

Akhirnya entah macam mana en.somi boleh pulak menuju ke jalan lama ke UIA. Dia cakap apa tauu.. ‘oklah kita makan kat kedai yang biasa kita makan tu, yang kat rumah saya sewa tu’.

hoih!! (berani dalam hati), ‘Bila pulak saya makan dengan awak kat area sini?????’

Letih dan berbulu tahap gaban okk waktu-waktu macam ni tersalah ke teringat ke tersasul ke zaman bercinta dengan orang lain ni. Dugaan ini lagi mencabar daripada dugaan tak dapat cari tempat makan. Saborr jelah laki aku ni. Nasib baik ai tak meroyan.

Akhirnya nak tau kitaorang makan kat mana? Makan kat Kedai Tomyam jugaakkk kat Selayang. Macam kena pau sebab harga makanan macam makan steamboat  buffet seorang 25 hengget. 

26 August 2010

Apakah tips untuk menikmati sambal yang sedap?

Seperti yang di angan-angankan semalam untuk masak sambal tauhu dengan udang itu akhirnya terlaksana jua. Minta maaflah gambar tiada untuk mensahihkan kata-kata mencuci mata. Ini kerana ai tidak mampu lagi membeli kamera baru setelah kamera baru yang belum dirasmikan dulu itu telah dirampok oleh perampok bedebah itu. Sabaar je aku kan.. dahlah nak raya.

Ok, sambal itu… bolehlah. Mak memang fail sikit kalau masak sambal-sambal ni. Tak kesahlah sambal apa pun. Heran jugak aku. Bagi lauk pelik-pelik lain aku rasa setakat ni menjadi la tapi kalau bab tang sambal tu rasa macam tak lulus. Mungkin cili aku murah hahahaha tak tahan betul salahkan cili diri sendiri yang tak tahu masak.

***

Semalam agak tension berkadar rendah bila sampai rumah tengok langsir yang dah siap digantung oleh maid aku adalah senget benget dan silap letak. Sebelah panjang sebelah pendek. Baik, terima kasih kerana membantu tapi letih la nak nak turunkan balik adjust yang mana patut.

Ai dah cakap langsir semua akan gantung sama-sama weekend ni tapi kau nak gantung jugak. Bila cakap langsir tu salah sebelah pendek sebelah panjang buat muka pening-pening macam ai pulak yang buat silap. haish letih betul.

Malas nak cakap lebih-lebih. Selama ni memang ai tak pernah banyak cakap sangat pun dengan maid tapi sejak makin hampir nak balik beraya kat indon sebulan ni makin melebih-lebih pulak. Silap cakap nanti dia boikot tak balik sini balik. Siapa yang merana? Akaaakk jugak kannn..

25 August 2010

Ramadahan 15 (ii)

Nampak sangat diri sudah tua memang kurang vitamin tambahan. Baru pi Land Ofis Bangi, terkejar-kejar cari Pesuruhjaya Sumpah dan terkejar-kejar lagi cari Lembaga Hasil sebelum kaunter tutup jam 1 tapi sungguh bedebah memang tak sempat diri sudah mengah-mengah macam nak bukak puasa.

Ikutkan hati aku, tunggu sajalah kat situ kaunter bukak jam 2 tapi sebab driver ofis aku ni mempunyai kuasa veto nak balik jugak sebab malas nak tunggu lagi 1 jam maka aku turutkan saja. Apa kau NM lawan cakap kerani cum driver kalau kau rasa lepas ni kau perlukan bantuan dia lagi. Lagipun tak perlulah nak pikir banyak sangat sebab bukan aku pun yang drive. Dah kau rajin sangat nak bawak aku lagi esok ok aku setuju. 

Ini namanya strategi mengumpan mengambil hati pekerja. Kalau kampeni ini aku yang punya tahu-tahu sajalah. 

***

Sudah jam 3 petang. Lagi satu jam lagi aku akan naik bas balik ke Rawang. Bulan puasa ni aku balik naik bas. Sampai station bus rawang jam 6 yadayada sampai umah 630. Selagi mak gigih mak hadap jugak dapur masak sebarang 2 lauk. Tak sanggup rasanya beli lauk kat pasar ramadhan 2 ringgit dapat 2 kali suap kalau sedap takpelah jugak.

Semalam gigih ok masak singgang ikan asam jawa dan sup sawi. Sejak bertapa dekat blog mat gebu diri terasa sungguh bersemangat duduk di dapur dan singgang semalam memang terpaksa puji diri sendiri.. sedap uuu.

Jadi hari ini sekali lagi setelah balik bertapa dari blog mat gebu itu mak dah berangan-angan nak masak sambal tauhu + udang hahaha nak masak sambal tauhu budak darjah 6 pun pandai pun nak bising.

Ramadhan 15

Selepas seorang peminat bertanya kenapa aku dah lama tak update blog tiba-tiba bajet diri adalah seorang artis. Sekarang barulah memahami kenapa artis suka buat statement gelimat jatuh bangunnya saya adalah kerana peminat saya miahahaha ok, diam.

***

Aku dan kerja 8 jam aku sekarang laksana hidup nyawa-nyawa ikan. Aku ibarat diri seperti ikan di laut, berenang-renang mencari haluan tapi akhirnya sampai ke muara sungai. eh macam susah sangat mengibaratkan diri. Cuma nak tanya bolehkah ikan laut hidup di sungai. Gila stress macam ni, boleh meroyan.

Jadi, kalau ada orang tanya aku apakah pemangkin anda untuk datang bekerja penuh semangat? Jawapan yang tiada ragu kerana sogo selang satu blok dari ofis saya buat sale dan saya harus pergi beli.

***

Anak-anak, alhamdulillah.

Balqis sekarang umur 4 tahun sudah 21kg menyamai berat emak dia masa umur 9-10 tahun. Takut jugak sebenarnya sebab bila dia duduk, kulit ke lemak kat perut tu macam meregang ke pecah ke pun tak reti nak bagitau. Tidur kadang-kadang berdengkur.

Bagaimana kalau terus-terusan gemok dan akan rasa rendah diri pula. Nak, mak ni mana ada duit banyak-banyak nak buat sedut lemak untuk kelihatan anggun. Kalau mak ada duit pun tak kan mak buat sedut-sedut lemak ni bagai. Bahaya tahu.

Ya, serius aku ada kawan kat kat uni memang badan boleh tahan jugak la 3G ( gemok, gempal dan gebu ). Lepas grade, elok-elok setahun dua sebelum kawin memang mak dia hantar sedut lemak. Sekarang sangat santek ok macam model jalan kucing.

Hazzim sekarang 2 tahun 4 bulan. Makin besor makin manja. Tidor nak bawah ketiak je. Sanggup tengah malam panjat katil nak jugak tidor sebelah mak dia ni. Tapi dia sangat cute sekarang sebab manja sangat dengan Delisya. Kalau mak dia ni takde buat peneman tidor, dia akan cari juga adik dia nak tidor bawah ketiak adik dia pulak.

Sejak akhir-akhir ni, selera makan Hazzim pun makin bagus. Silap hari bulan lagi setahun boleh menyamai rekod Balqis sebab Balqis naik badan start umur 3 tahun.

Delisya baru nak masuk 5 bulan hujung bulan ni. Dah berguling-guling angkat bontot. Rezeki Delisya kali ni stok EBM menimbun-nimbun. Dua minggu lepas baru je buang dalam 40 bekas dadih frozen stok sebab expired. Tabah betul masa dok cari-cari tarikh yang termasuk dalam senarai untuk dijadikan air siraman pokok bunga. ya, aku buat siram pokok bunga akhirnya susu-susu tu.

***

Mahu cerita lagi tapi kena keluar sekejap nak uruskan hal kerja opis bedebah ini. Kacau daun betul.

Ok. bai.

07 July 2010

Perompak Confident, Aku Pasrah..

RUMAH SAYA KENA PECAH.

Ya, itulah berita terbaru lagi sensasi keluarga kami.

Walaupun sebenarnya tak berapa nak baru, hot dan panas tapi disebabkan baru hari ini aku  terdaya nak bercerita makanya terpaksalah anda baca cerita basi 3 hari.

Ahad jam 9 malam, kami 4 beranak keluar sekejap untuk makan malam - Delisya dan maid ditinggalkan kat rumah mak. Alah dekat sangat, kalau aku jalan kaki pun boleh kira nafas berapa kali. Tapi kami naik kereta jugak malam tu sebab nak singgah kedai runcit beli bekas dadih nak simpan ebm si Delisya. Rumah pun kami ditinggalkan dengan terang benderang.

Lepas pi kedai runcit kami lalu lagi belakang rumah sebab nak menghala ke kedai makan atas bukit yang juga sebenarnya dekat sebelah rumah. Kalau intai memang boleh nampak bumbung rumah *punyalah nak bagitau kedai makan dekat giler dan sekejap.

Makan…makan…makan…makan..

Tension.. tension.. tension - si Hazzim kejap nak kencing, kejap nak turun dari kerusi, kejap nak basuh tangan, kejap rebut air dengan Balqis.

Lepas makan, balik.

Aku masuk rumah dulu bawak budak-budak.

Masuk jer rumah, ‘aik, apsal baju dalam lemari ni kena punggah keluar semua. Teruknya kucing ni’.

Tak saspek lagi ok. Ingatkan kucing buat hal sebab ada satu kucing ni selalu la pi rungkai pakaian dalam lemari baju kat rumah mak aku. Tapikan ada satu benda yang buat jantung aku berdebar-debar adalah bila dua handbag aku ada kat depan peti ais, elok jer ternganga luas.

Ah! sudah!

Aku lari terus dokong Hazim dan tolak Balqis keluar rumah. Aku jerit terus cakap kat en.somi ada orang masuk rumah. Dalam hati, Ya Allah matilah aku.. matilah aku.

En.somi terus kunci balik rumah kot-kot la si pencuri durjana tu ada lagi dalam rumah – ada hati nak kurung pencuri dalam rumah sampai mati. Aku dah lari mencicit ke rumah mak sebelah cari Delisya dan maid.

Leganya tengok bila diorang ada depan tv – dengan muka gabra tak sabar nak tunggu aku balik.  Mak aku dah keluar tak lama lepas aku keluar. Aku terus cakap kat maid ada orang masuk rumah. Maid aku cakap lepas 10 minit kitaorang keluar, dia nak masuk rumah nak ambik ebm Delisya. Bila dia masuk dia pun heran kenapalah aku selongkar bilik teruk sangat. Bila dia nampak pintu belakang rumah aku ternganga luas dan 2 handbag tu ada kat depan peti ais terus dia lari keluar rumah.

Ya Allah, nasib baik lah pencuri tu lari bila dengar maid aku nak masuk rumah. Kalau dapat pencuri hardcore yang nak jugak siapkan kerja, aku tak boleh nak bayangkan macam mana. Aku agak-agak dia lari masa tengah buat kerja sebab bila tengok-tengok balik ada satu laci yang masih ada lagi baki gelang, cincin ada dekat depan pintu. Gamaknya tak sempat nak ambik, bila dengar tapak kaki maid aku terus dia cabut.

Camera aku baru beli hari Jumaat yang aku tak sempat nak guna lagi pun habis dikebasnya. Lappy en.somi, jam aku dan en.somi yang baru jugak beli hari Khamis pun dikebasnya. Barang kemas dan entah apa-apa lagi.

wah!! bengong… beg tupperware yang aku bawak ke hulur ke hilir itu pun kau nak ambik. Benci!!

Jam aku tu sedih ok. Sudahlah aku ni susah sangat dapat hadiah birthday dari laki. Hari Khamis lepas, balik jer kerja en.somi ajak pi sogo. Dia kata, ‘cepat, saya nak hadiahkan awak jam ni. Pilih, awak nak yang mana’. yaa ampunn kak noonn.. aku punya kembang semangkuk, seminggu pun aku rasa belum kuncup. hah sekarang hambek kau..tak sempat kuncup lagi jam aku tu dah hilang.. cilakos punya perompak.

Aku rasa perompak tu memang dah lama aim rumah kitaorang sebab 1. Walaupun lampu rumah on, kau masih berani jugak masuk; 2. Walaupun kereta ada 3 bijik depan rumah, kau selamba jugak nak masuk 3. Rumah papan kecil lagi buruk ini pun, kau konfiden jugak nak masuk rumah 4. Rumah mak aku yang satu pagar lagi terang benderang itu juga pun, kau berani jugak nak masuk rumah aku.

Gila konfiden perompak ni!!

Sekarang ini, biarlah. Alhamdulillah, yang penting  semua selamat. Biarlah barang-barang tu semua. En.somi kata, ‘kita kena belajar redho dan mungkin Allah suruh saya kerja kuat lagi.’

Baiklah Bie, saya terima. Saya kena belajar redho dan awak kena kerja kuat lagi :p walaupun aku geram lagi rasa nak tempeleng sampai bisu kalau aku jumpa perompak tu.

 

p.s : Ini baru betul kena paham konsep redho. *sighh

 

Template by Best Web Hosting