ai adalah peminat setia buku cerita (cerita?) siri Bercakap Dengan Jin sambil membayangkan perkara-perkara ghaib itu di depan mata ai. Tahu, memang sedikit kronik.
Tapi ai tak tahu kenapa bila baca buku tu ai memang percaya benda-benda ghaib yang melibatkan makhluk-makhluk jin ni. Sorilah ai tahu ramai yang tak percaya benda-benda macam jin ni sebab diorang banyak masukkan isu saikologi.. ecewah pandai-pandai je.
Rupa-rupanya benda-benda yang ai percaya dari kecik ni banyak mempengaruhi hidup ai sampai sekarang. Paling best, ai berkahwin pula dengan cucu kepada Pawang No. 1 Lenggong. Shhh.. jangan heboh-heboh ok :P ai tak sempat pun jumpa arwah tok tapi banyak dengar cerita kehebatan arwah tok dalam mengubat orang daripada en.somi sehinggakan ada seorang imam menasihatkan ada keluarga belajar ilmu tok sebelum tok meninggal. Tapi sayang takde seorang pun yang belajar dari arwah Tok termasuk ayah mertua saya sendiri.
kalau idak laki teman jadi pawang pulak ler..
eh kau jangan bayangkan pawang baju kuning ikat kepala tengkorak penuh dalam bilik macam cerita-cerita mengarut tu. Arwah tok gelaran saja Pawang tapi guna ilmu Quran bukan suka hati sembur-sembur air liur. Apa nak cari penyakit, khurafat tahu.
Siapa pernah baca siri Bercakap dengan Jin mungkin tahu apa maksud ai sebenarnya.
ok..ok.. ai bukan nak cakap pasal jin. ai nak cakap pasal anJing. ya betul..betul.. A.N.J.I.N.G.
Entah apa punya musim tiba-tiba datang 5 /6 ekor anjing dok baring melepak-lepak kat bangunan-geng-umno-buat-mesyuarat tingkap depan rumah ai ni. Kalau jenis datang menyinggah sekejap bolehlah dimaafkan. Ini tidak, dah nak masuk sebulan dok merayau keliling kampung. Bila rasa-rasa nak tidor datang bangunan umno depan rumah aku ni berlonggok penuh.
Punggah tong sampah satu hal lepas tu boleh pulak syok-syok nak masuk laman rumah. Ini memang masalah. Rasa macam nak buat report pada MPS tapi mak ai kata MPS malas nak layan benda remeh-remeh macam ni jadi lansung membantutkan niat.
Itu satu hal.
Hal yang lain pula yang sedikit seram, bila waktu azan berkumandang anjing-anjing ni tiba-tiba macam melolong-lolong seram gitu. Panjaaaaaaaaaaanggggggg macam dalam cerita hantu. Gaya macam menahan sakit pun ada. Series mak tak tipu. Kalau melolong masa azan Zohor boleh tahan lagi sebab terang benderang tapi kalau dok melolong masa azan Subuh. ishk terdiam jugak mak.
Ada satu malam ( banyak malam jugak sebenarnya ) boleh pulak sebuk menyalak-nyalak tak hengat jam 2 3 pagi. Memang sakit hati betul.
Ayah ai sanggup upah orang India yang memang kadang-kadang datang upah bersih kawasan rumah pi tangkap buang tapi sampai sekarang seperti tiada perubahan.
Oleh itu, soalan ai adalah =
- Tiada cetakan ulangan kah untuk cerita Siri Bercakap Dengan Jin?
- Apa kaitan Siri Bercakap Dengan Jin dengan lolongan anjing-anjing itu?
- Siapa nak bantu kalau rakyat ada soalan-soalan dan masalah-masalah sebegini rupa?
- eh mana pergi orang India yang ayah ai upah tu?
Mungkin Zainal Ariffin Ismail ada skema jawapan.
2 comments:
anjing tu melolong masa azan sebab nampak setan bertempiaran lari kot?
tang pasal aduan tu, elok report kat suratkhabar aje. tak pun aduan rakyat kat tv3. ekeke. mesti lepas tu baru terkial2 nak take action.
eh tak menjawab soklan rupanya. ekekeke. sorry.
itulah.. masa mula2 dengor dulu.. eh anjing ni nampak hantu ker... seram woh
memang punn.. kalau kawasan cina lojik la jugk anjing merata. ini kampung melayu.. macam orang buang je.. teruk betul.
oklah tu terjawab 2 soalan ;p
Post a Comment