wah wah wah pagi tadi walaupun sedikit kecewa sebab ada orang-yang-konon-kononnya-adalah-seorang-manager-dan-sedang gigih-melobi-diri-sendiri-untuk-jawatan-timbalan-ceo *ada jugak orang tak tahu malu macam ni* telah mencampakkan taik di muka ai, tiba-tiba telah berasa sedikit gumbira kerana pc baru berkeluasan 19 inci sayup mata memandang ini telah berjaya memujuk hati ai dengan jayanya.
hohoho sungguh bersemangat kata-kata aluan ini dan jangan lupa baca seperti tiada noktah untuk lebih bertenaga
ai pun segera dengan gigihnya mendownload segala mak nenek windows live version 2011 bagi menjayakan arena blogging semput-semput ini dengan tekun. oh bangga dengan keefisinan diri.
Kalau ikut kata hati aku kala ini memang membara-bara kalah bara gunung merapi kak nonnn.. Pagi-pagi dah buat aku angin satu badan. Ada ke patut kau yang punya projek bila tak jalan sebut nama aku pulak. ohh mentang-mentanglah konon-konon ceo suruh buat satu agreement dalam projek kau, aku lah yang jadi kambing hitam kan. Kalau aku pun yang nak buat agreement tu takkan nak buat buta-buta je, bukan kau ke yang kena bagi info.
Lepas tu datang gelabah-gelabah masuk bilik aku bagi contoh surat entah apa-apa yang lansung takde kaitan pulak tu. Tak tahulah sejak akhir-akhir ni makin mengarut betul aku rasa. Ini belum sakit hati lagi dengan perangai bos tua yang selalu nak cari pasal dengan aku. Sampaikan staf aku buat apa pun kau nak skodeng tanya macam-macam. Pegawai lain yang dapat gaji beribu-ribu dengan goyang telorr kaki tak nak pulak kau tanya buat apa kan. Inilah doniawi kawan-kawan… eceh. Sakit hati aku.
Dah..dah.. sudah..sudah. Lagi lama aku menekan keyboard ni lagi lama aku merepek. eh sedap weh keyboard baru ni. Benda baru memang sedap kan. eh. oh rupanya selain merepek boleh juga mengundang unsur kelucahan. Baik, kau berhenti sekarang.
Sebenarnya mula-mula taip tadi nak bagitau akhirnya aku dapat jugak mengadap pc baru. Ingatkan lagi satu abad baru boleh dapat. Hari ni saja lah nak test benda baru dengan berblogging. Semangat gitu
0 comments:
Post a Comment