11 December 2009

R.E.S.P.E.K

Petang semalam aku terpaksa hadir satu mesyuarat di satu kolej di cheras. Satu persetujuan perlu dicapai ( hahaha kan dah kena skema ) sebelum depa ni setuju nak derma duit pada kompeni aku. Ok, takpelah aku pergi jugak sebab Bos Muda kata depa pun bawak masuk legal adviser depa sekali dan dia takut kang kena tanya dia tak buleh pulak nak jawab.


On the way pi sana, aku doa-doa sorang minah ni tak masuk dalam mesyuarat tu. Aku dah macam agak-agak aku tak leh nak control lagi kemarahan dan kebengangan aku since aku cakap ngan dia thru phone last week.


Minah ni tanya soalan kat aku ‘hah ( siap ada 'hah' lagi ) apa beza memorandum dan perjanjian?’ Cara dia tanya macam aku ingat dia sendiri dah ada jawapan 100 mukasurat jawab karangan tajuk ‘apakah perbezaan di antara memorandum dan perjanjian’ dengan arahan sila jawab dalam masa 5 minit. Alih-alih bila aku dah terang elok-elok, dia buleh balas dengan bongkak, suka hati u lah, u nak buat macam mana, u nak panggil memorandum ker perjanjian kerrr.’ hohoho syaiton sungguh!!! Aku ingat dia dah ada idea nak bentuk persefahaman macam mana. Dahlah ini 1st time aku deal dengan minah ni, dahlah kau mintak tolong aku buat draft perjanjian ni, dahlah kau macam tunjuk bijak pandai bergeliga sangat. Legal adviser kau mana tak advice kau betul-betul.


Aku rasa inilah pertama kali dalam hidup aku, aku bercakap dengan orang bodoh sombong bongkak nak mamps sombong macam ni. Ini belum lagi pegang title rektor kolej. Orang lain pangkat lebih tinggi jugak tapi ramai jer yang lebih suka merendah diri. Apa salahnya kau cakap elok-elok. Aku pun paham kerja kau mengira mengadap nombor jer hari-hari. Aku pun tak akan sampai hati sanggup kata kau bengap kalau kau kata, ‘saya tak berapa faham bentuk persefahaman ni, u tolong draft nanti kita bincang sama-sama’. heh..mintak maap.


Sampai kat kolej dah jam 4.45 petang. Sekali minah ni ada daaaa… Nasib baik pengerusi mesyuarat sangat cool. Kalau tak, mesti mesyuarat tu jadi hangat. Tapi yang aku hangin lagi, buleh minah ni kata, ‘saya tak nak perjanjian ni macam perjanjian S&P’, sambil jeling-jeling kat aku. Ini sudah lebih, legal adviser yang duk sebelah dia pun tak kata apa-apa, yang minah ni yang konon-konon dari awal kata tak tau beza memorandum dan perjanjian pulak yang komen lebih-lebih. Ini sudah buleh menaikkan darah ni.


Aku kan dah hangin dari last week, lepas minah ni habis cakap aku terus tanya, ‘u dah tengok ker 2nd amendmend yang I dah buat tu?, yang sebenarnya aku tahu dia tak tengok lansung. Aku dah delete banyak clause sampaikan aku rasa budak chambering pun tutup mata jer buat deraf ni. Bos Muda terus cuit aku ngan pen, ‘takpe-takpe lub, biarkan dia’. Pedulik apa aku kau bursar ker, rektor ker tapi kalau tak reti respek orang, tak hingin aku nak respek kau. Aku malas betul dengan manusia-manusia macam ni. Malas aku nak tanya, ‘u tau ker apa rupa S&P tu, yang u nak samakan draft perjanjian i yang simple giler tu dengan S&P?’. Kang kalau aku tanya, dengan aku-aku sekali nampak bengap dalam mesyuarat tu. Baik pikir positif secara terpaksa. Mungkin la minah ni sedang PMS atau hormon tak stabil sebab mengandung atau tak habis lagi meroyan anak ke-8 atau memang perangai suka berlagak best depan orang.


Mesyuarat yang sepatutnya buleh habis lebih awal, alih-alih jam 6.30 petang masih tercongok lagi depan kolej. Buat tambah dosa aku jer semalam dan hari ni sebab dek minah ni.


Macam-macam perangai orang kat dunia ni. Takde kelulusan tapi rebut jawatan tinggi melangit pun ada, ada kelulusan tinggi tapi tak reti nak buat kerja pun ada. Sebenarnya kalau kau takde kelulusan langsung pun tapi kerja tip top, hormat orang, tahu limit, itu adalah sangat bagus daripada jawatan tinggi melangit dan sombong pon sama melangit. Ini yang letih ni.


Sampai office, en.bie dah tunggu siap-siap dengan teh tarik atas meja kat kedai mamak. 'mamak!..teh ais satu, roti nan satu, ayam tandoori sattuuu'. Hilang stress aku.

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting