Hari Jumaat lepas, sepupu saya kahwin. Nikah lepas Asar. Sungguh saya tak ingat langsung jemputan hari Jumaat itu, yang saya pasti kendurinya hari Sabtu. Kami sampai di kawasan rumah jam 7.30 malam. Lalulah di hadapan rumah si pengantin. Gayanya ramai betul orang dah sampai. Firasatnya mungkinlah nak merewang malam ni. Saya nampak p.tam saya di hadapan rumah sepupu saya itu dan dengan selamba muka tulus ikhlas dari dalam kereta saya tanya, 'dah lama p.tam sampai?'. 'Lamaaa dah..majlis pun dah habis'. aik..saya pandang Mr.Bie, 'yang...diorang nikah lepas asar tadi ker? Halamak malunya..apsal awak tak sound saya..' Malunya ya rabbi..teruk betul rasanya. Kalau sepupu saya itu rumahnya jauh beribu batu bolehlah jugak dimaafkan. Ini sepelaung saja!! Sungguh la!!
*
*
Kami bersiap-siap sampai tak sedar semua orang dah ke dewan. Boleh pulak kami dengan mak andam saja yang masih ada di dalam rumah. Saya yang beria-ia nak kawin ke, dioarang yang terlampau teruja nak berkenduri pun saya dah tak tahu. Nasib baiklah mak andam dengan rasa belas kasihan menghantar kitaorang pi dewan..cit sampai hati diorang meninggalkan kami terkonteng-konteng di rumah.
*
Paling syok kenduri di kampong. Terima kasih ye p.tam kerana menaja kenderaan yang besar gedabak itu. Saya sangat terharu….ewah…. seronok betul diorang beramai-ramaian menaiki kenderaan itu, sampaikan pn.zawiyah kata 'syok naa, macam naik kapal terbang'. Mentang-mentangla saya dan Mr.Bie balik kampung naik kereta kecik, saja la bak buat dengki tu kan ;p
*
Rombongan sampai masa orang kampong dah tak berapa ramai. Padahal masa tu baru pukul 2 petang. Kalau dekat KL, masa nilah waktu tengah sesak barat orang beratur ambik lauk. Bayangkanlah jam 3 petang kenduri dah habis. Jam 4 kemah dah turun. Jam 5 kami segerombolan pi mandi sungai. Dahsyat sungguh!!!
Ini belum bab crita saya redho dengan ketentuan bahawa muka saya hampir 20% lagi sudah layak digelar ratu opera cina. Apakan dayo..kepada amoi itu sajalah harapan saya. 'u aaa jangan lisau. saya belajar ini make up pengantin sampai itu singapo. saya sudah banyak itu makeup pengantin saya buat. mesti cantik punya maa'. Apa-apalah amoi, asalkan orang tengok masih lagi macam muka orang. Kampung saya ni, masa zaman saya itu, takde lagi butik pengantin melayu malah kedai jual barangan pengantin sekalipun nan ado. Anda haruslah ke Tepeng. Tak kuasa saya nak ke Tepeng semata-mata nak hadapkan muka ni kat orang. Beruntung adik ipar saya sebab masa hari dia, sudah dah ada butik pengantin melayu. Beriya-iya benar buat janji bagai masa hari kenduri. Akhirnya ke amoi itu juga hadapnya sebab mak andam mungkir janji hahahahaha yang bestnya skripnya masih 'u aa jangan lisau la adik. saya belajar ini make up pengantin sampai itu singapo. sudah banyak saya makeup pengantin. mesti sangat cantik'. Cuma ada tambah, 'saya aa tambah ini bling-bling dekat mata aaa..jangan lisau, takdak itu selupa pelempuan kelab kaki punya..ok aaa', nasib la kau ima hahaha nasib baik zaman mak takde lagi nyahh!!!
*
Apa-pun inilah antara momen-momen paling indah dalam hidup kami. Memang sungguh syok kalau dikenang-kenang. ;p
3 comments:
beb, anggun sungguh ko di hari kawen ko ni......nanti aku visit ko leh tgk gamba kawen mcm ni...ehehehe
hahaha aku pong mmg perahsan anggun masa kt umah aku beb ;p tapi jgn ko sebut masa warna merah menyala itu..nak pengsan mak!!
okey ape masa warna merah tu....tapi muka ko mmg ada lain sket la...ehehehe tapi sebaik xde lembu kejo ek..dah la wat kat kampung...;P
Post a Comment