12 June 2009

Jangan Bersilat Berseorangan di Pagi Hari

‘Jika tiada hasad dan dengki bukanlah namanya dunia Jebat’
*
Seronok juga melayan filem hang jebat jam 11 malam, hari selasa lalu. Teringat pula ucapan pedih bos saya semasa mesyuarat agong kelab baru-baru ini. 'jangan kerana seekor dua ayam tidak berkokok, tidak bermakna tiadanya siang di esok hari’. huhuhu bos besar ku ini suka benar bermadah-madah sebegitu rupa.

*
Ayah saya sungguh mahir berseloka dan berpantun. Bahasanya indah, ayatnya meruntun jiwa, maknanya mendalam dan sebab itulah saya pernah menangis tatkala saya membaca selokanya perihal anak dan bapa.

*
Jika saya membaca selokanya, kadang-kadang saya seperti berada di zaman kesultanan melayu dahulu kala. series. Bahasanya bahasa lama bagai bahasa istana. Mengingati kembali cerita tok saudara saya nun jauh di utara, saya rasa perasaan bagai berada di awang-awangan itu mungkin boleh diterima. Asal usul keturunan dan darah yang mengalir itu adalah darah panglima yang menjaga kesejahteraan Kota Kuala Kedah. Benarlah kata tok saudara saya itu, benarlah kata-kata saya ini. Kalau tipulah dia, tipulah saya. ‘Pi lah muzium kedah , kat situ buleh tengok sapa nama tok yang ataih skali tu’. ya laa…ya laa.. tapi saya tak pi juga.
*
Tapi, apa lah yang hendak dicari-cari lagi perkara-perkara sebegitu rupa kerana hakikatnya saya masih rakyat biasa jauuuuh skali duduk di rumah bagai istana. Tapi teringin juga nak jumpa siapalah gerangan darah yang mengalir di badannya adalah dari keturunan Parameswara hendaknya.
*
Pernah satu pagi bila Mr.Bie bersilat di laman rumah, konon-konon katanya tak nak lupa buah-buah silatnya itu, sayalah yang menjadi mangsa kekecohan pn.zawiyah. ‘Na, kenape zarol na? seram la mama tengok, pagi-pagi bersilat depan rumah'. yaaa, itulah yang pertama dan yang terakhir saya lihat suamiku itu membuat aksi-aksi persilatan di laman rumah kerana takut dikatakan lagi disampuk darah bapa mertuanya :)

*
Apalah yang ku kerepekkan hari ini. muahahahahahaha. adakah penangan itu burger z*inger yang sejuk kejung. cis..cis..

*
Niat utama entry ini sebenarnya adalah

*

SELAMAT HARI BAPA, AYAH



*
SELAMAT HARI BAPA, wahai suamiku..
*
nota kaki : oowh kerana itulah saya memanggil ayah saya dato’panglima huhuhu

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting