08 October 2009

Dua Hero, Dua Heroin, Satu Cerita


Bukan nak cerita penuh pasal raya sebab aku tahu cerita raya adalah cerita basi. Ini la saja nak bagitau peranan karektor masing-masing dalam filem raya tahun ni. Hero utama filem raya tahun ni adalah budak kecik takde rambut tu.
*
Ini gambar paling terkini kitaorang satu family. Jam 11 pagi hari raya pertama dekat Lenggong, Perak.
*
Si emak, masih dengan muka ceria SETELAH penat berbaloi masak kuah kacang, rendang ayam 3 ekor dan lontong satu periuk untuk keluarga mentua dan SEBELUM si hero buat perangai mengamuk tak tentu pasal sepanjang raya di kampong, letihhh!!!
*
Si bapak, memang ceria selalu SETELAH dapat balik kampung untuk raya pertama tahun ini, SETELAH perasan kurus lepas puasa sebulan dan SEBELUM naik hantu pergi letak si hero kat tepi reban ayam konon-konon nanti si hero akan berenti nangis., letihh!!!
*
Si heroin, sungguh kuat makan hingga tengah malam, sudah gemok tak nampak pinggang, sudah ada geng sendiri, sudah pandai tolong si emak dan paling pandai membasahkan tilam waktu malam sebab tak pandai bangun kencing di jamban, letihh!!!
*
Si hero, jangan terpedaya dengan wajah kacak, kecik molek, kurus halus tapi penuh dengan agenda!! Obses dan ralit pada binatang dan serangga, suka memanjat, suka join budak-budak besar mandi air sejuk beku, suka makan kerepek pisang, suka hisap jari sampai kecut, suka lari tanpa haluan, suka menyakat kakak sampai menangis, suka tido peluk-peluk, suka nak dokong dan suka mengamuk tahap gaban sampai mata bengkak dan mengecil seperti anak korean. SATU benda je dia tak suka, dia TAK SUKA MAKAN. letih!!!
*
Kesimpulannya, raya kali ni memang letihh!!!


14 July 2009

Jepun oh Jepun

Semalam saya meeting dengan orang-orang jepun.
Empat orang ahli mesyuarat adalah terbang terus dari jepun, jadinya presentation segala adalah dalam bahasa jepun.

Yaa…saya telah gagal dan berasa confuse apa peranan saya disitu
dan benci kerana kelihatan seperti orang b*d*h

Harapkan presentation slide je in English.
Kalau tidak, ohhh sepatah haram mak tak paham.
weng satu hari.

Yang saya tahu tiga jam jugaklah saya mendengar
‘bla..bla..ano…bla..bla anooo..bla..bla..bla ano’.

Ano jelah memanjang.
tak pun ‘hait…hait..ali san..hait..khairul san’

Muahahaha

Ali san itu bos besar saya.
Khairul san itu is the chairman of the said meeting.

Apa lah yang saya nak kerepekkan dalam report saya kepada ali san itu.
hadoi..pening!!




psstt : bos, nak pergi kursus belajar bahasa jepun boleh? *berangan

10 July 2009

Orang Lambat Selalu Rugi

Hari ini lambat masuk kerja.

Alang-alang sudang lambat, mari kita melenggang-kangkung membeli kuih.

ok. mari kita cek duit dulu.
*
*
*
*
ok, tunggu jap...
*
*
*
*

jap..jap..
*
*
*
*

isk...mana purse ni?



'nape kak, apa tinggal?



'halamak dik purse akak tinggal laa'
( muka haku dah merah macam kuih lapis itu.. mencik!!!)


Nasib baik saya tak membungkus kuih itu siap-siap dengan perasaan konfiden dan lahapnya kalau mak dah bungkus, adakah?????
ohhh..mak tak sanggup membayangkannya weh!!!
*
*
pssst : mekasih la u, pinjam duit pi makan kfc ;p *mode : tak sedar diri
 

Template by Best Web Hosting