22 December 2009

Cendawan Tiram : Resepi Cendawan Goreng


Cendawan telah diserang binatang. Semut merah. Binatang yang sebenarnya dalam fikiran jatuh tempat ketiga selepas tikus dan lipas. Bukan sikit-sikit alang dia makan tapi sampai nak terputus batang cendawan.

Apa aku nak buat ni? Nak tanya mentor, malu. Botol ada 50 jer tapi soalan tanya banyak benor macam buat 50 ribu botol. Malu weh. Ini belum masuk soalan tiba-tiba keluar kulat hijau dalam beg yang langsung memusnahkan pertumbuhan cendawan. ngeri…ngeri…
*
*


Baiklah, lupakan saja kesedihan itu. Mari mulakan dengan resepi tutup mata aka resepi cendawan goreng. Nak jugak panggil resepi kan.. padahal bukannya ada bahan apa pun. Cuma telur dengan tepung perasa serbaguna seperti mahu goreng ayam.
*
*

Bersihkan cendawan dan rendam dengan sedikit garam. Mana tau ada binatang halus dalam cendawan. Siap-siapkan carik sebesar selera anda.

*

*

Toskan

*

*

Gaul dengan telur

*

*

Tiga perisa yang sudah dicuba adalah Adabi, Kentucky dan Nona. Antara 3 brand itu, Nona adalah yang terbaik sebab tak masin dan wangi. Kalau terkurang telur dan tepung, cendawan jadi lembik selepas digoreng. Jadi ia tak berapa nak cun untuk dihidang. ohh.. lagi satu tips, masa nak masukkan dalam kuali saya suka letak satu-satu sebab kalau letak sekali rappp ( kes nak cepat ), nanti cendawan akan melekat-lekat kak non. Tak cun juga. haish...kalau dapat tepung masin, buatlah apa-apa memang rasa tak cun saje.

*

*

aiyoo.. gambar sangat blur, langsung tidak menambat selera.

16 December 2009

Alhamdulillah..

Ya Allah... rasa nikmatnyaaaa dapat makan coklat ni pagi-pagi



Rasa syok sangat sebab malam tadi masa tengok iklan cakap dengan en.bie, ‘sedapnya bie coklat ni. rasa macam nak makan sekarang.’ Biasalah dia, kalau tak menyokong tak standard. ‘Awak jangan terpengaruh, bukannya sedap sangat. Sajelah tu nak tunjuk mewah nampak macam sedap sangat.’



Cett!! Masalahnya aku memang sokkaaa cokelat ni. Tetiba teringin tahap melampau.



Pagi ni memang rezeki betul. Terima kasih Bos Tua kerana ingat pekerja. Mari kita balun makan sebelum pergi breakfast.

15 December 2009

Kabus & Salji

Satu hari di dalam kereta.

Balqis : mama apa tu?
Mama : oh.. tu nama dia kabus.
Balqis : macam rumah opah jer.

* rumah opah di kaki gunung, memang banyak kabus pagi-pagi.


Mama : iyelah rumah opah kan tepi gunung. Sejuk. ----> macam tak releven jer.
Balqis : mama, lepas tu dia jadi apa?
Mama : errr.. ---> ah sudah….memang aku tak tahu nak jawab apa.
Balqis : jawablah ma…..lepas tu kan dia kan jadi saljiii….kan dia sejuk.
Mama : yer ker? ----> siapa yang cikgu sebenarnya
Balqis : iyerr.. nantikan kita nak naik atas. Boleh main salji.


Oh ok. Saya memang mati kutu.
Macamlah Balqis pernah tengok salji melainkan dalam tv.

 

Template by Best Web Hosting