07 January 2009

Mamnu'

Sebelum saya terlupa dengan penggunaan perkataan mamnu' ini adalah lebih baik saya simpan baik-baik dalam blog ini..hehe

Dolu-dolu lepas je dapat result UPSR, pn. zawiyah dengan sangat kentalnya telah berusaha memasukkan saya ke sekolah berasrama penuh ( SBP ). Saya tahu dia sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh sebab masa tu rasa macam kecoh sangat pn. zawiyah dan dato' panglima kehulur kehilir tak habis-habis setelkan satu-satu benda. Paling best adalah bab shopping. Sakan weh..ye la..anak masuk SBP..sungguh gembira gittew. Kiranya masa ni, apa nak cakap je la..mesti dapat. Tapi nak dapat apa sangat..bukannya tau apa sangat masa tu. Mana la wujud hp-hp ni bagai. Rasa macam tak reti pun lagi nak mintak macam-macam. Tapi yang saya paling ingat pn. zawiyah telah menempah baju kurung sb line ( betul ke ni? ) kain kosong tu, banyak giler. Kiranya semua colour ada la. Kuning ada, merah ada, pink ada, ala-ala jingga pun ada. Rasa macam minah sb line pun ada. Layan je la ma kan :)

Itu belum masuk bab tudung lagi. Udah ler tudung labuh. eh.. CT, bukan kita panggil tudung bulat ke? Aku pun dah tak ingat la. Tak tau la mana pn. zawiyah tempah, saya tahu pakai je. Ooo bab baju tadi, semua baju diwajibkan jahit butang katup pada bahagian hujung lengan. Nanti kalau angkat tangan untuk jawab soalan cikgu ke, takdelah lengan baju tu jatuh ke bawah. Nanti nampak aurat...aauuww. Jadi, dah boleh teka kan sekolah apa yang saya akan duduk selama lima tahun itu.

yaaa...sekolah yang dicintai itu adalah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu aka SMAP Labu. Terletak di Labu, Seremban.

Masa hari yang di tunggu-tunggu, ya Rabbi ramai benor nak mengikutnya. Sampaikan anak dara kak Leha dan Kak Lela yang menyewa sebelah rumah pun nak join sekali. Itu baru jiran yang nak ikut, belum masuk nenek dan makcik-makcik yang ter'excited' sekali nak jugak menghantar. huhu haru macam nak hantar orang kahwin. Memandangkan ahli rombongan begitu ramai ditambah dengan beg-beg, makanan, baldi, gayung bagai maka, dato' panglima telah menggunakan van. van sape tu yah? ha'ah kan sampai sekarang saya tak tahu van siapa. Nasib baik naik van plus kereta-kereta sendiri ookkeeyy. Kalau naik Toyota lama dato' panglima dulu, mau tinggallah korang semua dan berpeluh-peluhlah kami 2 jam dalam kereta baru sampai Labu.

****Iklan****
Anak2 mama..dolu-dolu mama naik kereta tok ayah ni mana ada aircond ni bagai. Radio? Jangan mimpi. Korang lahir-lahir keluar hospital dah duduk sejuk-sejuk, empuk-empuk dalam kereta. Bersyukur nak ye..

**************

Sampai sekolah dah tengahari. dato' panglima membuat semua urusan pendaftaran. saya telah membuat kelakar pada hari pertama. round-round habis satu sekolah, baru nampak tudung saya terbalik...laaaaa..punyalah control cun ( sila muntah yak yak ) pakai tudung pun boleh terbalik. ye laaa..tudung tu kan besor. saya ni sangat kecil. Oleh itu saya seperti memakai telekung di tengah jalan. Mana laa perasan keterbalikkan itu...aduhhh..memang tak boleh lupa daa

Bila dah dapat bilik, bab mengemas ni..silalah bagi pada pn. zawiyah. Mama sangat pakar. Jadi, saya termenung saje di tepi katil mengenang hari-hari mendatang...cewahh

Bye-bye time adalah paling haru sekali. By looking their expression, i know pn. zawiyah sangat sedih. Semua orang sangat sedih. But I really can't remember wether pn. zawiyah menangis or not but one thing that i can't believe myself until now was instead of bersedih-sedihan, saya telah melambai-lambai dengan senyum-senyum kambing. That was my 1st time away from parents & adik-adik tapi saya sangat kuat mental ( sila muntah lagi yak yak yak )

hahaha sangat jauh lari dari tajuk ok.

okla tuh ( siapa suka sebut perkataan ni eh? ooo saida taruddin ). sebab saya nak crita sejarah bagaimana saya boleh terjebak dengan perkataan ini.

Maksud mamnu' adalah dilarang. Agaknya la sebab Bahasa Arab saya memang fail selalu. Kalau senior kata, "siapa yang mamnu' mina solah?", maknanya " siapa yang dilarang dari solat?". Atau bahasa kebiasaannya, "Siapa yang tak boleh solat?". Kiranya penggunaan perkataan mamnu' ini menjadikan pertanyaan lebih sopan sedikit ( ye ke? ).

Maka, jadilah perbualan seperti ini, "woi..kau TAK SOLAT ke?"

kepada........., "wei...kau MAMNU' eh?"

Dan makanya juga...saya telah malu-malu kucing memberitahu pn. zawiyah ketika mula-mula mamnu' dulu hehehe ntah apa-apa ntah

Dan nak tahu kenapa entry saya macam orang meroyan je hari ni dan semalam...

yaaaa.... sebab diri saya sangat bersangkut paut dengan entry ini...doowwhhh..lembik gaban setelah sekian lama ( 2 tahun okkeeyy ) saya bercuti mengkayakan kilang lau*ri*er..

06 January 2009

( Blurrrrrr!!!!!!! )

Today when i tend to change my mood icon, i just could'nt find the right word. I'm senseless. No room for laugh, gossip or even smile! I dont know why. Lepas makan, sambil jalan balik ke office...suddenly, the word came out from my head. EMPTY.

I hate myself for being so loyal to this company. I hate my current job. I just hate it. Rasa tertipu pun ada. Frankly, tak susah pun kerja dekat sini. Some times when the birocracy ( and also politics ) involved too much, baru rasa tense. We have panel lawyers and it makes my job easier and 'lenggang kangkung'. Takde keje bawak balik rumah. Weekend tak payah pergi office. Mr.Bi selalu kata, I patut bersyukur because of im not travelling ke sana ke mari like himself and duduk sahaja depan komputer.

Yeah, I know Bi but this is not a real of me. I miss my old profession. Pagi-pagi rushing mengejar one court to another court...mengah-mengah macam tu pun..at the end of the day..i rasa puas.

A good friend of mine ( Bunze.. kau ok ), did mentioned to me yang dia masuk kerja 'sana' pun sebab boleh ada banyak masa dengan anak and family. Memangla Bunze..kalau bab masa..sorry..i surrender memang our 'real' job memang tough. Tak boleh nak main-main. Bukanlah nak kata kerja sekarang boleh main-main. I mean, takde la pening kepala sangat macam dulu. Betul tak Bunze? Macam kau la Bun...kalau dulu boleh ke kau balik kerje pastu pergi swimming 3 kali seminggu ( sorry babe, mama Di pecah rahsia hahaha ).

So, ada hikmah untuk semua cerita hidup. If im still a practicising lawyer, saya tak boleh suka-suka hatikan nak cuti tiba-tiba kalau anak tak sihat ( dan juga saya yang selalu buat-buat tak sihat ;P ), asyik nak cutiiiiiii je memanjang jer ( Bi, I ada cuti 30 hari tau. Kalau tak cuti..rugi ookkeeyy ). Dan yang aamaaaaaaaattt penting, kalau la saya ni masih kehulur kehilir memanjang dari pagi sampai ke petang...tak taula mission to breastfeed exclusively for Hazzim tu tercapai ke tidak. Dahla now exclusive pumping...huhu tak tercapai dek akal!!

Kesimpulannya, ada dua sahaja option a) career b) family. And of course most of us pilih family. Mungkin ada juga yang pilih career, tapi tak ramai. Macam cerita drama TV3 last Saturday tu. Alaaa... Aida Aris kot yang berlakon. Ending cerita dia macam tak best pun tapi sebab macam related dengan entry saya ni, saya nak tulis jugak. Dan bila my mind reach at this point, barulah rasa " oh..ok. pergi je la kat sini hari-hari sampai ( ? ). Bukannya susah pun. "

Harap-harap..esok dapat datang kerja dengan hati yang rela dan nak buat kerja!!!

05 January 2009

Kuda Merah




Nampak tak apa yang cacat pada kuda merah itu?
Sila lihat betul-betul
Nampak tak lubang tuuu...yaaaa...itu sepatutnya handle kuda itu.
Balqis panggil telinga kuda
Tau apa alasan Balqis untuk mintak ayahnya belikan kuda merah yang baru?








"Ayaaahh...Balqis nak horse tu..horse Balqis telinga dia dah putus"

Apaa!! Putus?

Balqis...Balqis..nak buat apa la pulak kuda merah tu sekandang..

Takde maknanya banyak-banyak kat rumah cik Balqis

Oohh kuda tu RM9.90 je pun..hahaha

Warna hijau pun ada

p/s : Sila abaikan kehadiran pentas kuda tersebut...hehe

 

Template by Best Web Hosting