ai tak ingat samada ai dah cerita ke belum progress runtuh rumah 4-5 minggu lepas hinggalah status sekarang. Maybe fasa percaya macam tak percaya masih menyelubungi diri ini jadi sampai tak teringat untuk bagitau uolls semua.
You know, until now pun, masih lagi macam tak percaya betul ke ni. Kalau sampai je rumah dari ofis terus duduk tepi tapak projek termenung dulu seminit dua sambil ambik gambar apa yang patut. Punyalah susah nak menunggu saat ini sampai macam tu sekali.
Over kann..
Week 1
Kerja minggu pertama lebih kepada runtuhkan rumah kayu yang lama. Hampir 7 tahun duduk dalam rumah ni rasa sedih jugaklah tengok akhirnya tamatlah riwayat hidup dia. Rumah ni dah banyak rosaknya. Masalah anai-anai jangan cakaplah. Di balik tangga yang tak runtuh-runtuh tu ada busut anai-anai yang besaarrrrr punyaa!
Buruk-buruk rumah ini tak sangka ramai yang datang berebut nak beli kayu, grill, air-cond, atap dan apa sahaja yang boleh pakai balik.
Week 2
Minggu kedua tak banyak yang boleh dibuat sebab hujan banyak hari. Asal korek lubang je penuh air so kerja-kerja semua stop dulu.
Week 3
Tengoklah anak-anak mak. Sambil kena suap makan nasi sambil tengok orang buat kerja. Jangan risau ai dah siap pesan kat cmaid kalau ai takde jangan duduk luar, bahaya orang sibuk buat kerja. Ini sebab ai ada kat tepi sibuk ambik gambar, bolehlah bagi chan.
Minggu ke 3 memang sibuk buat footing. Dua tiga hari lepas baru siap. Gambar ada dalam mr.hubs’s hp. Hari isninlah nanti baru dapat update.
ok, jumpa isnin.
bai.
2 comments:
Besttt, lepas ni kompom masuk kelab kaki deko la..kih kih!
hehe beralih arah pulak la lps ni ;)
Post a Comment