04 March 2013

Susun. Sepah. Tarik Nafas. Ulang.




Ok, sekarang kena mengaku. I heart organizing. Itu bahasa glamer. Saya suka 5s haha! Itu bahasa tak berapa glamer. Atau ayat paling tak glamer, Ini semua ketinggalan zaman - bak kata suami ku itu.


Baang. . ai ok kan bang sebab ai tak letak la kat dapur zon bunga raya, living room zon bunga kertas, bilik tidor zon bunga ros, jamban zon bunga tahi ayam. haha!


Ngeng!


Tapi betul lah, memang ai suka 5s tapi bila teringat balik segala komen yang tak berapa memberansangkan daripada hubs pasal 5s ni memang rasa nak tergelak. Dia memang alergik dengan nama nama zon yang merepek repek, siap dengan gunting gambar bunga dari wrapping paper lalu tampal di soft board - rasa macam dah style sangat. Kadang-kadang rasa macam projek budak tadika pun ada. Projek tu dah bagus tapi mungkin terlebih kreatif rasanya.


Well, i made this a couple weeks ago. Tak tahan dah sebab bila nak pi klinik je kena menggodek fail cari mana satu imunisasi rekod. Dalam satu fail habis dilonggok semua ( 4 budak kecil ) rekod!





Ini adalah divided file yang mana dalam dia dah divided to 8 folders. 1 folder ai buat untuk semua common dokumen macam gambar, rekod imunisasi & surat beranak. Baki lagi 7 folder adalah untuk craft projek dari Tabika sampai Tahun 6. Formal letter dari sekolah like memo or notice or resit tak disimpan dalam fail ni. I made another file khas untuk urusan rasmi sekolah sahaja - which i will blog it later.





Ini fail Balqis. Paling penuh adalah folder masa di Tabika Kemas. Year 1 ni, so far ok lagi. Takdelah bawak kertas hari-hari. ai tak rasa fail ni boleh menampung sampai dia Tahun 6 tapi at least for now ai rasa dah memadai untuk simpan dokumen daripada menimbun entah ke mana. Kalau dah banyak sangat nanti ai dah bayangkan apa nak dibuat cuma tengah cari kat mana nak cari supply.





Hazzim - hero si penghisap jari :p. Bila letak gambar anak ikut tahun, barulah nampak cepatnya anak mak membesar. ah emo sekejap.





Delisya - si drama queen. Masih mengekalkan status sampai sekarang. Poning makcik!





Adelia - si bongsu kecik. Kesian ke dia belum ada lagi gambar passport, yang ada cuma gambar2 masa kenduri aqiqah downloaded in cd form.


Where i put all these files?





Woh!!


Ya, sila abaikan wall cracks itu. Rumah kampung - low maintenance - boo!. ai letak atas dresser budak budak. Mula mula memang hari hari kena usik dengan Hazzim sebab dia excited tengok gambar dia. Now, dah ok. Tak pernah lagi berterabur sana sini. Biasalah, cabaran anak kecil puan puan :-|


How do you organize your kids' document?


daa

2 comments:

Unknown said...

Excellent!!!!! I Like...

Asma said...

Salam kenal, menarik idea ni. Nanti nak buat jugakkkk :)

 

Template by Best Web Hosting