23 October 2013

Kuching, Sarawak

Hari ini belek-belek gambar lama terjumpa gambar kami jalan-jalan di Kuching, Sarawak. Cherita lama tahun 2011 tapi tak pernah berkesempatan nak bercherita. Adelia (our 4th) pun belum ada lagi and Delisya was 2 at that time. Sebenarnya pergi sana ada kerja tapi sebab jadual tak pack sangat so ai bawak semua semua sekali ke sana. Lagipun masa tu Delisya our third one still breasfeed, elok sangatlah bawa sekali.

Lima hari kami duduk di Hotel Pullman, Kuching. Bilik dia walaupun tak berapa cantik tapi specious enough for us 5 beranak. Tilam empuk memang best dan yang penting bantal-bantal dia pun lembut. ai memang tak boleh tahan kalau dapat bantal keras. adoi terasa terseksa hidup.

 

15032011045_2

 

15032011054

 

15032011043

 

15032011046

Biasalah walaupun baru masuk tapi bilik dah bersepah. Keterujaan melebihi segalanya gituu.

 

15032011040

Bathroom simple tapi besar.

 

15032011053

Delisya 2 tahun masa ni… cepatnya masa berlalu. Bulat betul.

 

2011-03-18 18.13.06

2011-03-19 08.31.52

Bilik kami mengadap swimming pool makanya hari-hari budak-budak memujuk ayahnya nak mandi kat pool. Kami sempat bawa budak-budak mandi pool sekali saja sebab kalau ada masa luang, baik pergi jalan-jalan round Kuching. Setakat nak mandi pool pun kat mana-mana boleh mandi kan. Just saying :)

Petang hari pertama, sempat kami round di Kuching Waterfront. Jalan kaki 5 minit dari hotel. Jalan-jalan cari makan sebenarnya. In term of halal food di area waterfront tak tahulah nak kata apa sebab balik dari makan baru member-member bagitau kena hati-hati sebab kita tak tahu dia muslim ke tidak. We all dah melantak sate barulah tahu, yelah tak tahulah macam mana tak terfikir pulak masa tu. Bad me!! Bad me!! Katanya kalau nak banyak pilihan makanan yang tak ragu-ragu boleh ke Satok. Driver taxi yang kami naik pun cakap benda yang sama. Lagi satu food kat waterfront hamboi mahal kemain. Sate 10 cucuk rm15!

 

15032011058

Siap untuk dinner.

 

15032011066

Waterfront Kuching

 

15032011063

 

15032011068

 

15032011069

 

Hazzim, si anak bujang ni memang suka meragam dari kecik. Jiwa sensitif. Kalau masam macam tu adalah yang tak kena.

Anyways, sekali ni je we all makan di town Kuching. Rasa sate masih sama macam di Semenanjung cuma harga dia je menikam qalbu hee.. Tak ingat ai makan apa that day, kalau tak ingat tu maknanya tak sedap ler tu hahaha. Hari berikutnya we all dah pandai cari makan di Satok dan ada satu hari kami spent setengah hari di Cultural Village dan sempat ke 2 –3 muzium di sekitar Kuching. Will story it later in part 2!! :)

daaa…

22 October 2013

KL Bird Park

Last Sunday kami planned bawa 4 of them pi playground di Tasik Perdana. Keluar rumah pun tak berapa nak pagi so bila sampai alahai car park pun penuh and slide pun macam dah tak boleh nak main sebab panas.

Kesian ke budak-budak cari jugak tempat nak bergumbira plus bagi exercise sikit kaki tu lari-lari. Mengadap t.v satu hari pun memang tak berkenan ai tengok. Ke shopping mall pun memang tak berkenan juga dari dulu.

Akhirnya alang-alang dah ada di area Tasik Perdana maka dapatlah jugak pujuk si ayahnya ke sini..

Yeay!! Dah lama sebenarnya nak bawak budak-budak ke sini tapi selalu tak dapat restu daripada penyimpan mohor besar katanyaa.. Akhirnya sampai juga ;)

Apa-apa pun mak dia memang over excited dulu.

Sila lupa bawak ic ye adik-adik sebab bolehlah dapat tiket rm25 hengget seorang. Budak kecik 3 tahun sampai 12 tahun dalam 17 ringgit kot. Kalau rajin bawaklah air sendiri sekali kang haus tak payahlah bazir duit beli air. Jimat kak non. Siapa biasa dengan stroller bolehlah angkut sekali. Mak pesen takde stroller sebab tak berapa suka dari dulu. Terasa macam satu beban pulak nak menyorong ke hulur hilir. Nanti kalau ada siapa yang penat kaki rehat je kat kerusi. Kalau tak malu nak baring bolehlah buat gaya-gaya retis bollywood hahaha

Ok.. ok.. ini info merepek. Moh ler mike kita masuk.

Silalah bawa duit 50 sen yang lama tu banyak sikit sebab boleh beli makanan burung daripada mesin yang memang banyak dia letak dalam park. Selalunya mesin ni kita nampak kat depan kedai runcit. Anak mak panggil benda alah ni mesin judi hohoho Sekali time nak beli food burung tu, Balqis boleh pulak jerit kat adik dia, 'eh ni tak boleh lah. Ni mesin judi'. Sudahlah sound system tu kuat. Malu ai.

Kesimpulan: Jangan ajar anak benda merepek ;)

Bab food burung ni, ai suka lagi Bird Park di Langkawi sebab food untuk binatang boleh dibeli di pintu masuk dan food dia variety and banyak.

Burung ni jenis jinak dan suka mengikut orang menagih makanan. Anak dara mak yang kecik sekali tu takut betul nak jalan sendiri. Mulut je kemain bising.

Ini sahaja gambar burung yang sempat di snap. Itupun guna camera phone saja sebab its unplanned kan. Ok jugaklah sebenarnya burung-burung kat sini. Nak kata banyak sangat pun takdelah jugak. Expectation tu tak boleh letak tinggi sangat tapi kalau saja nak exercise kaki bawak budak-budak tengok binatang, bolehlah datang sini.

Berehat sekejap bawah waterfall ni.

Budak-budak seronok bagi burung makan.

Sini pun duduk lama sebab leka tengok ikan dan itik. Kawasannya pun redup boleh duduk tepi kolam.

Spend masa dalam bird park ni tak lama sangat - lebih kurang 3 jam. Park mula buka dari 9 pagi sampai 6 petang. Siapa yang duduk area KL and tak nak spend masa lama-lama untuk weekend memang sesuai datang sini.

Keluar pagi by lunch time dah ada di rumah. ;)

21 October 2013

Sup Kepala Lembu

Hari Raya Aidiladha dah seminggu uolls tapi baru hari ni ada masa nak cherita.

Raya kali ni rupanya ada surprise. Itu enchek suami tak bagitau qurban tahun ini dia masukkan nama ai untuk satu bahagian. Sehari sebelum raya baru dapat tahu itupun bukan dari itu enchek suami. Ayah ai balik dari masjid bagitau kata ada nama dalam peserta qurban.

Sebelum raya hari, adalah ai tanya kat mr.hubs, tahun ni tak buat qurban ke? mr.hubs kata tahun lepas dia dah buat. So, ai diam je lah. Takdelah tanya banyak-banyak gitu. Sekali eh ada nama la.

heee tahun ni seronok sikit banyak sebab ada orang belanja. :)

 

20131015_105012

Dress si kakak ni nak jadi cherita dah beli 2 minggu sebelum raya. Member badan semangat jadinya saiz pun kena beli besar. Bila dah besar memanglah labuh ya hamat. Maknya pulak last minit baru terhegeh-hegeh nak alter baju. Memang alamat malam raya tido dua pagi kak non dok menjelujur baju tak habih-habih.

Kalau ikut tak plan pun nak berbaju raya bagai. Macam si kecik tu, rilek je pakai baju raya lepas. Tapi percaya tak percaya ada ke baju raya lepas dah tak muat. adoi… tak tahulah nak buat macam mana ke dia ni. Makan kemain semangat.

 

20131015_105029

 

Yang sorang ni special case. Baju raya lepas memang muat sangat lagi tapi bila suka buat drama tanya-tanya kenapa kakak je ada baju raya, dia punya mama tak belikan. Maka dapatlah jugak baju raya sekali. Maunya nanti bila si kecik tu pun dah pandai mempersoalkan kuasa veto mama dia ni, gamaknya memang kena beli jugaklah untuk dia sekali. Baju si drama queen ni pun kena alter jugak sebab labuh betul.

Dah macam hantu raya dua tiga pagi duk menjelujur baju depan t.v.

 

20131015_101754

 

Itu dia lembu yang bakal di qurbankan. Slim je lembu ni.

 

20131015_103236

 

Bila nama kena panggil, kenalah berdiri sebelah lembu. Nasib baik ai bukan jenis tak boleh tengok darah. Anak bujang mak tiada dalam ini gambar sebab dia ala-ala vain sikit. Busuk-busuk tak nak.  Jenuh nak jawab soalan dia, “tak busuk ke Ma?”. hesh!

 

20131015_104750

 

Mula-mula dok perati dulu. First time rasanya nak melapah lembu. Ambik ilmu dulu apa-apa pun.

 

20131015_105400

 

Ok, dah mula melapah.

 

20131015_111557

 

Nampak macam ada skil tapi main bedal je katanya haha.

 

20131015_141145

 

ok, yang ni memang kena ada skil.

Kepala lembu!!!!

Susah weh nak siang melapah kepala lembu ni. Keras semacam. We all buat sup kepala lembu! Betul. Tak tipu.

Gigih bawak kepala lembu balik sebab tak ramai yang nak kepala lembu. Alaa dah jadi sup nanti bukannya ada rupa kepala pun lagi kan?

So, jangan membazir. Membazir itu amalan syaitoonn.

18 October 2013

New Home : Week 5 & 6

For a last 2 weeks (minggu ke-5) tak banyak yang boleh dibuat. Selain masukkan simen  dalam kayu-kayu untuk foundation ( ntah apa ke namanya belasah je kak non ) dan tunggu sampai simen kering, itu sajalah yang boleh ditenung hari-hari.

Nama kata nak tengok bila nak masukkan pasir seperti yang dikata memang tak nampak. Alasan : susah nak dapat pasir katanya. Tak tahulah, time nilah mesin angkut pasir rosaklah itulah inilah macam-macam hal.

Dua hari lepas pulak ntah malaun mana pi panjat pagar rumah lepas tu habis dikebasnya barang-barang kontraktor. Mesin-mesin semua lesap. ai suruh buat report polis dia tak nak. Nak buat cara lain. haaa lantak la korang malaun, esok siapa tak pasal-pasal perut buncit, baik korang pulangkan balik mesin-mesin tu. Mak tidak terlibat dengan ini drama ok.. sendiri tanggung.

Siapa suruh mencuri kann

 

20130930_183954

 

20130930_184056

hai laundry room!!

 

20131002_190533

 

 

20131002_185215

 

Dua hari lepas jugak sebenarnya ai demam-demam takde suara. Memandangkan suara je takde tapi kaki masih boleh jalan jadi apa lagi kan… pi window shopping lerrr… Nampak sangat calon pekerja contoh. Ofis tak nak pi tapi benda lain gigih pulak. ‘_____’

ai gabra tak tentu pasal bila tengok rumah macam nak naik dinding tapi barang satu hapa tak pi tengok-tengok lagi. Lagi bertambah gabra bila kontraktor kata dah boleh tahu apa saiz barang-barang bilik air / dapur sebab senang dia nak buat table top untuk dapur. adoi.. terus terkejung mak hari tu..

Dengan perasaan terkejung itulah lalu menggagahkan diri mencari sinki pojaan hati.

 

20131008_144255

 

Ini memang comel sangat. Suka sangat rasa macam nak peluk – mengada-ngada namanya.

 

20131008_144937

 

Ini pun suka jugak tapi takdelah sampai nak peluk. Saiz dia ngam-ngam je tak besar tak kecik. Just nice la untuk bilik air yang tak berapa besar. Susah sebenarnya nak cari saiz sink yang comel-comel macam dua sinki ni. Saiz yang jumpa selalu besor-besor yang tak berapa nak gemor. Ini bila dah jumpa, itu yang teruja sangat.

 

20131008_144553

 

Ini nak kata suka pun ada nak kata tak suka pun ada. Maybe sebab rasa fancy sangat so tak berapa kena dengan jiwa.. ewah.. mengada-ngada lagi.

Nama pun window shopping jadinya memang hari tu tak la membeli satu pun sink walaupun hati dah berkenan sangat. ok, takpe, kita sabar dulu. Bila balik rumah, kebetulan memang ada meeting dengan arkitek kat site maka ai pun beria-ia sangatlah tunjukkan contoh sink yang bakal dibeli. hallamaaaak.. banyak la pulak isu kak non.. takut saiz tak ngam dengan table top la.. harga sink mesti tak include segala bana accessories dia sekali laa… kalau kontraktor beli mesti dapat harga lagi murah la…

Tertekan… tertekan..

Tadi siapa yang beria-ia sangat suruh tengok barang apa yang berkenan...????

Hangin je badan mak..

Sampai ke hari ni ai mogok tak nak tengok sinki apa pun.

 

Week 6

Tiba masanya letak paip untuk toilet dan sinki utama. ai harapla kontraktor ni tak hangin pulak dengan ai sebab nak siap letak paip ni je makan masa seminggu. Mana taknya lepas balik kerja baru boleh tengok betul ke tak kedudukan sinki ngan jamban dalam bilik air. Dua kali paip untuk lubang jamban kena alih sebab tak puas hati kenapa jamban tak mengadap dinding yang sepatutnya.. haha rasalah sekali sekala dapat client mengong macam ni kan..

 

20131008_135602

 

Stop dulu cherita rumah. ingatkan nak up cerita raya haji lepas. Tengoklah kalau ada masa petang sikit nanti boleh up kejap.

ok.bai.

02 October 2013

Ayam Ku Dara

 

wehooo!! Lama tak nampak ayam kannn..

ada… ada… belum sembelih lagi hahaha

Walaupun hidup penuh porak poranda tapi SEMUAnya masih sihat walafiat, masih ceria-ceria. Tiada penyakit, alhamdulillah. Gaduh tetap gaduh. Tapi bulu masih maintain cantik.. wah puji ayam sendiri nampaknya. Ayam tak main kat laman uolls mana tak bersih. Macam orang jugaklah kalau main pun dalam rumah mana la nak datang kudisnya.

Kalau berjangkit kudis buta kat sekolah itu tak kira ya uolls. Itu luar kawalan katanyaaa..

 

20130930_184333 

Apa nak buat.. nasib kau lah ayam. Jangan mengalami kemurungan dalam tu sudah.

 

20130930_184347

 

mr.hubs kata antara 9 ekor anaknya, ada tersesat jantan seekor. Nampaknya firasat nenek hamba tempohari sudah tersilap. Ada jugak akhirnya jantan dalam keluarga. haih macam mengikut pulak.. macam tuan belaan. Sorang je anak bujang dalam keluarga.

Sukahatilah ko ayam.

 

20130930_184527

 

ai perati-perati, tak dapat jugak nak teka yang mana la jantannya tu. Semua macam sama je. Bapak jantan tu lain la, itu dah peringkat ayam pencen.

 

20130930_184605

 

Ayah ai kata tunggu dia sama besar macam mak dia dalam 3 minggu lagi, dah bolehlah buat kenduri  nasi kukus ayam dara. First time ni nak makan ayam sendiri. Selalu makan ayam tesco so keterujaan tu sedikit melampaui batas. Harus di video kan semasa aksi penyembelihan haha

weng sangatttt!

 

20130930_184613

Tapi pelik la kenapa mak dia ni macam takde rupa nak bertelur lagi. Ini seperti di luar perilaku biasa. ai suspek sebab ai tak sediakan tempat dia bertelur. Mesti segera lakukan sesuatu bukan? Tak patut betul kalau hanya ada satu generasi sahaja.

Tak boleh la nak ambil title usahawan ayam berjaya lepas ni. eh.

 

Template by Best Web Hosting