14 December 2012

Satu Lagi Keajaiban Donia

Ini memang menggelikan atau lebih memalukan sebenarnya tapi ini adalah realiti. Orang tak akan tahu kalau ai tak tunjuk haha. Ok, betul ini adalah my current house. Rumah yang kami duduk dah lebih kurang 6 tahun. Sebenarnya rumah ni lebih tua dari itu. Ayah buat rumah ni seingat ai masa tu sekolah darjah 3, in early 80s.


Pagi tadi masa dalam kereta nak pi kerja hubs pesan jangan la pulak nak masuk dalam fb. Ya, ai tak upload dalam fb tapi ai cerita dalam blog haha ok apa. Dia tak kata jangan masuk dalam blog kan. Dia kata jangan masuk dalam fb je.


Ya, anak-anak inilah rumah kita dan inilah benda pertama yang mama nampak bangun je dari tidor sejak 3 - 4 bulan ni. Memang pasrah betul. Mama pikirkan sebab rumah ni nak tunggu diruntuhkan je yang mama boleh buat tak tahu buat bodo. Tapi katalah kalau kita kena duduk lama lagi rumah ni memang hari hari mama boleh pengsan 24 kali. Naik meremang bulu roma kalau tenung lama lama.


Saksikanlah keajaiban donia.




#%-&*%/&#+!?

Tak baik menyumpah! Haha. Tapi sebab tak tau nak cakap apa sebenarnya. Serius. Ini adalah benda paling kagum dalam sepanjang hidup. Macam mana aku boleh benarkan diri sendiri melihat benda ni hari hari. Kagum kagum. Tak sanggup rasanya membayangkan sebenarnya kami tidor senafas sebilik dengan anai anai euwwww. Uolls janganlah geli. Ini namanya kejadian semulajadi haha!











Janganlah usik kayu yang melintang tu. Nampak je kuat tapi isi dalam dah kosong. . . kosong. . . Tapi kalau aku tiba tiba tergatal tangan nak usik jugak maka anda akan terus nampak living hall di sebelahnya. Wah! Open konsep gitu, memang kerlass lah rumah ai nanti haha! #%-@#%&!!(*@




Ini adalah lobang yang pertama mula mula dulu. Si kecik kat rumah tu suka sangat korek korek dengan jari. Nasib badan dapat mak terlalu kreatif maka aku tampal terus dengan binding tape haha! Habis cerita! Suka sangat nak mengorek ngorek. Sebenarnya, kat bilik budak budak ni pun ada juga tapi tersorok sikit dan aku tak berapa nak ambik gambar sangat sebab gelap dan tak clear untuk tontonan ramai. o_O


Nasib baik juga anai anai ni serang bahagian dalam bilik dulu, maknanya kalau sedara mara datang rumah, depa tak nampak pun keajaiban donia ini. Depa still nampak yang elok elok ja hehehe. Kawasan rumah aku ni memang teruk sangat dengan anai anai. Rumah mak pun memang boleh hancur cabinet dibuatnya. Benda pertama yang kami ingat sangat masa nak buat rumah nanti ialah suruh contractor nyahkan anai anai dari kawasan rumah. Kalau tidak mau menangis kalau jadi lagi macam ni.


Oklah, selalu cerita nak cantik cantik je kan. Hari ini memang sedikit gross! Realiti tetap realiti, jangan selalu di awangan sangatlah. Cakap dengan diri sendiri ni. Biasaaaa. . . orang drama memang suka macam tu. :-P


daaaa. .

posted from Bloggeroid

07 December 2012

Songkok Putih Pengantin




Baru balik dari ambik songkok pengantin di area masjid india, kl. Lencun ketiak ahkak berjalan dari ofis. Takpelah asalkan pengantin bahagia.


Dia ni memang pelik pelik. Sanggup cat buaian besi yang dah berumur 34 tahun kat rumah tu sebab nak angkut masuk rumah buat kerusi pelamin dia. ai cakap kat mak, tak payahlah nak tensi tensi sangat asalkan pengantin bahagia. Kang kalo pelamin roboh, ahkak tengok je dari kejauhan kak non. Sendiri yang cari risiko kan.


Kenduri lagi 2 weeks tapi rasa macam banyak je lagi tak buat. Entahlah macam belum sampai mood betul betul lagi nak bersungguh-sungguh. Kang dah dekat karang barulah nak menggelabah kan. haish susah jugak mood tak sampai sampai ni.


Siapa yang berkenan songkok putih ni bolehlah pi tempah kat depan masjid india, kl. Nama kedai dia, Patimah. Upah buat rm20 hengget je tapi harga songkok ahkak tak tahulah pulak. Ahkak kena dera pi tolong ambik je, harga songkok dah bayor. jimat duit ahkak hewhewhew


daaa

posted from Bloggeroid

06 December 2012

Balqis : Cabut Gigi Susu









Ini sebenarnya adalah 3rd visit ke klinik gigi dalan tempoh setahun setengah. Maknanya KPI untuk tahun ini iaitu mesti visit dentist twice a year adalah berjaya hewhewhew Biasalah untuk anak-anak selalu beringat, cuba tanya sikit kat mak pak dia ni berapa kali la pi jumpa dr. gigi sepanjang hidup. Malu nak jawab weh.


Masa 1st visit tahun 2011, memang takde ada apa-apa problem. Saja nak bawa Balqis & Hazzim jumpa doktor bukak rekod gigi masing-masing. Doktor pun tak nak buat apa- apa, katanya 1st visit ni selalunya nak bagi kenal rupa klinik gigi je. Mak cakap klinik ni mahal sikit nak compare klinik lain. Ai tak survey klinik lain charge berapa sebab ai rasa berbaloi dengan servis dia. Doktor gigi klinik ni memang superb layan budak kecik.


2nd visit which was early this year, lagi sekali bawa Balqis sebab gigi susu dia tak tercabut so, gigi kekal sudah tumbuh senget. Harapan untuk cabut gigi susu tu tak berjaya sebab Balqis masih takut, siap nangis lagi. Dr. tak nak paksa and suggest to bring her again next time. Biasalah kalau dah next time tu, 3 minggu pun jadi 3 bulan. Akhirnya bertangguh sampai hujung tahun.


Nak dijadikan cerita, sebelum sempat nak cabut gigi susu yang satu itu, ada 3 gigi susu lain yang dah longgar sangat.ai memang dah geram, tunggu masa je nak cabut sendiri. Pujuk punya pujuk, ai cabut 1 batang gigi masa siangnya dan malam cabut lagi 2 batang. haaaaaa siap 3 batang sekali haku cabut kauuu.




Ini gambar lepas ai cabut sendiri 3 batang gigi dia.


Gigi susu bawah yang ai bising selama ni jenis tak boleh cabut sendiri sebab gigi tu tak longgar. Masih teguh di gusi. Inj memang cari pasal la kalo mak dia ni berani sangat nak cabutkan.


2 - 3 hari lepas tu, akhirnya pi juga ke klinik untuk kali ketiga. Surprisingly, Balqis memang cool je. Maybe sebab ai dah cabutkan gigi dia sebelum ni so dia dah boleh agak sakitnya macam mana. Ai pulak membayangkan cabut gigi macam dulu-dulu yang ada jarum panjang cucuk bagi bius. oohhh suda tukar la sekarang. Dah takde cucuk-cucuk bius macam dulu.


Alhamdulillah setel jugak bab gigi Balqis ni. Selagi gigi susu dia dulu tak bercabut selagi tu lah nightmare uolls. Gigi kekal senget tu dr. kata akan lurus sikit nanti dek sebab bibir bawah akan tolak sendiri. Harap-harap macam tulah, janji takde lagi nampak gigi tumbuh berlapis-lapis dengan gigi susu.


Oh, cabut sebatang gigi Balqis hari tu, klinik charge rm60. Mahal ke murah tu?


daaaa

posted from Bloggeroid

Adelia
















Anak dara bongsu sangat manja ;-)

posted from Bloggeroid

New Blouses




Just got the Zawara <3


Happy dance! Happy dance!

posted from Bloggeroid

05 December 2012

Ready for School & Happy Birthday!

Semalam ai cuti menguruskan hal-hal sekolah Balqis – beli segala buku sekolah dan baju sekolah. Book shop sekolah baru bukak untuk hari kedua jadi itulah tujuannya, planned to settle everything in one day sementara orang takde lagi, baju sekolah banyak lagi saiz dan buku semua masih ada stock.

 

So, yada yada yada.. balik rumah berkira berkira lagi.. akhirnya kami kata dua tudung sahaja memang tak cukup nak pakai untuk seminggu hahahaha

 

Memang kelam kelibut sangat bila first time beli baju sekolah anak kann... Apa pun macam tak boleh nak buat decision on the dot. Mesti balik rumah dulu menung-menung baru datang ilham. Nampak gayanya hari Sabtu ini kena mengulang semula ke book shop sekolah dia semata-mata nak beli dua lagi tudung-syria-siap-awning itu untuk cik Balqis ini.

 

hamboi budak-budak sekarang, senang betul pi sekolah kan. Tudung dah siap ber-awning. Takde masalah tekanan tudung ‘berkaripap’ lalu tension mogok tak nak pergi sekolah. haih istilah tudung ada ‘karipap’ ini memang tak bley bla kak non. sungguh klasik skali idea ini dan i am wondering adakah budak-budak zaman ini tahu istilah tudung berkaripap. ohh sungguh rindu zaman itu. *tetiba

 

Kegelabahan mencari baju sekolah ini juga adalah kerana saiz badan Balqis yang agak cumel sekali. Saiz paling besar yang ada adalah XL dan alahai rasanya boleh la bertahan 2-3 bulan je. Tahun 2013 ni pulak baju sekolah for standard 1 dah tak pakai kain. Baju for girls ala-ala punjabi suit, pakai seluar gitu. Senang katanya budak kecik bukannya pandai sangat nak jaga kain terselak-selak depan orang. Bijak juga idea ini. Nampaknya kerja membeli kain di Nagoya lalu menempah sepasang dua lagi baju sekolah adalah satu hal lain pula.. huhuhu remeh juga hal-hal anak nak ke sekolah ni. Ini baru sorang, belum dapat bayang lagi kalau empat-empat budak kecil akan bersekolah sekali harung. demam.  

 

On another note, someone got a brand new car for birthday present. alhamdulillah. Ini adalah kejayaan atas penambahan komitmen bagi tahun 2012. hewhewhew

 

No lah, i am kidding. Actually, i am so proud of what he did for himself and his family. Tak boleh ingat masa zaman-zaman sedikit purba hidup ala-ala rock. Cukup ke, tak cukup ke, hidup mesti terus dan rock. Sekarang pun masih rock juga cuma ai tak pernah la terbayang that we can afford to buy that car. And again alhamdulillah atas nikmat doniawi ini. i love you, Bie. eceh.

 

Apa yang ai mintak sempena hubs birthday? – orang punya birthday, diri sendiri yang nak hadiah. memang drama. 

 

fine..fine..

 

Saya dan abe mahbub memang tidak boleh dipisahkan. Cinta pandang pertama. hahahaha Jadinya tak payahlah mintak macam-macam yang bukan-bukan selain nafsu menggemukkan badan sahaja. simple & sweet.

 

googled

 

Request nak makan di Bangsar tapi telah ditolak bulat-bulat. oleh birthday boy. Sedikit merajuk tapi dah tua-tua merajuk memang buruk lalu tak jadi merajuk. Dah lewat petang dapat juga makan di Damansara Damai. fuh!!

 

Bie, i love you mmuah muah mmmuah.  

 

daaa

 

Template by Best Web Hosting