05 July 2011

Bonda & C-Sec

Dah habis cun dah apa aku nak letak title hari ni. Mati kutu rasa.

 

Mak aku kata aku dahsyat gillerr terel sanggup tempuh caesarean sampai 4 kali. Aku malas je nak kata yang sebenarnya aku sanggup sampai 5 kali tapi doktor je yang tak bagi. =p

 

Entah macam mana dia sambung cakap lagi kat adik LELAKI bongsu yang duduk mengadap aku dengar penuh kusyuk..

 

‘dulu mama ingat bila tengok kakak kamu bersalin kat hospital swasta macam selesa je, ingatkan takdelah sakit mana pun’.

 

Apaakahhhhhhhhhhhhhh??????  Pengsan haku dengar statement kedua tu.

 

Patutlah masa bersalin anak no.1 dengan no. 2 dulu, datang melawat aku kat hospital macamkan melawat anak jiran bersalin. =p Nasib baiklah diri mak ni non saborrr je tengok tak pernah merungut sikit pun. Padahal dalam hati, apahal la mak aku ni, pening ke? Rupa-rupanya baru ler aku tahu dia samakan keselesaan hospital/klinik dengan ketaksakitan orang bersalin. hadoiii.. ini memang dahsyat gillerrr.. =p

 

Bila nak bersalin no.3, aku rasa dah tak sanggup lagi mengharungi hari-hari sunyi 4 hari kat klinik sampai nak naik bentan. Aku awal-awal lagi dah hantar suratwarning’ supaya mak aku ambik cuti. Bila dia cuti sememangnya bolehlah datang tengok aku macam anak sendiri kan.. Takdelah bising-bising nak kejar pi kerja. Syukur mak bukan menteri..  hahaha

 

Bila dah dapat tengok betapa gigihnya aku kena usung dengan en.somi nak pi kencing lepas tiub kencing dikeluarkan, barulah ada perasaan nak tanya, ‘apa yang sakitnya?’ Walaupun soalan tu boleh mencabar kesabaran level langit ketujuh.. haaaa sekarang baru tahu eh..

 

Konfem mak aku memang blur.

 

Orang lain mungkin tak sama dengan aku rasa. Aku ni terasa hover-hover sangat sebab kitaorang duduk satu tanah, rumah sebelah-sebelah. Pagar antara rumah pun takde, anak-anak aku pun main lari-lari je pi rumah rumah wan+tok ayah depa kalau boring sangat duk rumah. Lauk pun main share-share je kalau dah malas sangat. Jangankan kata lauk, selagi apa aku boleh pau semua aku pau lah =p yang penting kita enjoyyyy.. eh

 

Itulah nyerr.. sebab kenapa aku terasa sangat. Jadinya, semalam untuk sekian kalinya ( caesarean terakhir ), aku bagi ‘warning’ lagi jangan buat-buat lupa menjengok anak kesayangan di klinik. Bezanya mak aku tak payah apply cuti sebab akan pencen bulan 11. wohooo!!!

 

So far dah beranak tiga ni, itulah pengalaman yang tak berapa menarik aku. Lain-lain tu biasalah. Sakit beranak ( sakit lepas caesarean ) tu memang biasalah, siapa pulak yang beranak tak sakit. Tahan dengan tak tahan jelah. Aku ni alhamdulillah, setakat ni takde lagi tahap kata trauma nak beranak. Walaupun sedikit berdebar untuk c-sec. kali ke-4, taknaklah pikir yang bukan-bukan, yang penting kita enjoyyyy eh kena kang

 

Nak share cerita sikit perihal c-sec.

 

sources

mine was horizontal incision (all of them)

 

Biasanya doktor akan buat horizontol incision atau juga dipanggil transverse yang mana luka lebih cepat sembuh dan potensi untuk bersalin normal lepas c-sec lebih cerah atau VBAC – Vaginal Birth After C-Sec. Pernah baca mat salleh berjaya lalui proses VBAC after TWO c-sec. Tak tahulah kat Malaysia ni macam mana. Nak bersalin dalam air pun kurang pakar lagi =p

 

Aku planned all last 2 c-sec tapi takde rezeki. Semua nak keluar emergency jugak. Planned c-sec ni bagusnya diri sendiri (dan en.somi) dah pilih tarikh yang kununnya cantik untuk masuk OT =p dan kurang sikit berdebor non.

 

Tak dapat nak bezakan c-sec anak yang mana sakit sangat, yang mana kurang sakit. Rasa macam semua tiga orang sama je. Cuma yang nombor dua tu rasa macam nak bentan sebab kurang kasih sayang hahahaha tetiba nak jugak salahkan bonda terchenta =p.

 

oh mungkin c-sec second time paling tak boleh lupa. I got HORRIBLE GAS PAIN malam pertama after c-sec. Sumpah rasa badan nak terbelah dua. Ini semua gara-gara termakan sejemput roti dan air susu sikit lepas c-sec. Doktor ada bagitau masa anak pertama dulu kalau boleh jangan makan apa-apa 6 jam lepas c-sec, setakat air suam bolehlah. Manalah aku ingat, dapatlah jugak sekali rasa penangan gas. adoi.. memang ngeri nak bayangkan.

 

 

Ini contoh rupa scar c-sec. Lepas jahit doktor akan tampal waterproof plaster for two weeks. Tak gamak nak suruh en.somi intai. Tapi masa bukak jahit terasa juga yang doktor akan gunting hujung benang kiri dan akan tarik benang di hujung belah kanan.

 

Tempoh menunggu bilalah nak habis 2 minggu ( bukak waterproof plaster ) adalah sungguh derita. Derita sebab bila dah cukup 2 minggu maknanya scar sudah kering dan bila scar sudah kering maknanya mak bolehlah mandi dengan lencun. :) Tak sabar weh nak mandi dengan bersungguh-sungguh. Basuh ketiak, muka dan ‘teeeeeeet’ je tiap-tiap pagi, mana puas.

 

Begitulah ceritanya serba sikit eceh.. Sementara boleh ingat lagi dan akan menempuh kali ke-4 ni, memang teringin nak cerita sikit-sikit buat pedoman ingatan diri sendiri.  Baik, boleh tutup klinik sekarang.

 

daaa

1 comments:

aida said...

Thanks for sharing this!!
I pun nanti kene c-sec utk semua anak2 (bakal) coz pelvic kecik... nak tahu gak story c-sec more than 1x ni camna..
takut nak plan anak 2nd coz takut nak c-sec for 2nd time..

 

Template by Best Web Hosting