29 July 2011

Apam Gebu ( dalam mimpi )

Malam tadi entah apa mimpi teringin nak buat apam. Tenung-tenung resepi tengok senang sangat macam tutup mata pun boleh jadi. Lagipun saje je ler nak kurangkan rasa berdebor daripada tengok bola baik ahkak berdebor tunggu apam ahkak naik gebu ke idok.

 

Separuh jalan membancuh tu aku rasa macam dah lain macam je ni. Apsal aku rasa likat benor bacuhan aku ni. Tapi mak tak kesah dek non.. janji aku berjaya menghasilkan apam malam ni. Macam biasa, cita-cita mesti tinggi ekekeke. Siap dengan pembantu 3 orang penuh dekat dapur, aku tawakal je lah dengan apam aku ni. Sorang nak celup tangan, sorang sebuk dengan pewarna sorang lagi sebuk main penimbang. heee lantak lah deme nak buat apa.

 

Sekali kauuuuu… apam tu dah cantik dah kembang merekah tapiiii keras NM! Kecewanya diri ai seperti kecewanya tengok bola malam tadi. Ingatkan kalau bola kalah pon bolehlah senangkan hati dengan air teh o panas dan apam gebu. ceh.

 

Muka en.somi masa tu payah cakap ler.. dah la tension tengok bola, tengok pulak rupa apam aku macam tu, tau-tau sangat dalam hati dia nak kata, “itu ler.. orang suruh beli je. Buat sampai 1 jam nak makan 2 –3 ketul je. Degil!!.”

 

Hari ni aku tak kira aku nak goggle jugak sampai dapat kenapa apam aku keras. Tak kan salah mak mengandung pulak kan hahahaha ke sebab penimbang tepung aku dah kiok jadi terlebih tepung. eee tensi..tensi.. Aku saje tak nak tayang apam keras aku. Elok-elok korang suka makan apam terus tak lalu lepas ni.

 

Takpe-takpe weekend ni aku nak mengapam sampai jadi!!

 

-gambor goggle-

Tertekan weh tengok apam ni

 

Selamat Mengapam Berpuasa Mengkome!!

05 July 2011

Mental

Sebenarnya aku dah lama nak tulis benda ni. Tapi saboorr je dalam hati sebab kalau aku tulis dalam amarah pun tak guna. Tak pasal-pasal penuh kata-kata kesat. Jatuh standard ai.. hahahaha

 

Kita kan.. eh tak tahulah orang lain tapi biasanyalah kan kalau kita dengar berita kawan-kawan kita ke, saudara sepupu sepapat ke, jiran rukun tetangga ke berjaya menambah umat dunia dalam erti kata lain mengandung, tak semena-mena kita pun akan berasa happy untuk orang itu.

 

Aku rasa itu normal.

 

At least bagi orang yang berpikiran waras.

 

Regardless kau mengandung anak yang ke berapa pun. Benda normal yang kau tak payah kena jadi albert einstein pun. Mereng ke hapa kau tak pasal-pasal macam nak buat isu dengan orang mengandung. Aku lagi kagum kalau orang lain yang baya-baya umur aku ni dah ada anak sampai 9 orang. Murah benor rezeki, syukur alhamdulillah.

 

Tapi adalah satu minah ni, memang baaeek punya respon bila aku post baby gaga tickers sekarang aku berapa minggu (mengandung)kat wall fb aku.

 

“woitt!! Bukan baru lagi bersalin ke? Apsal produktif sangat kengkawan aku ni? Masa dah suntuk ke apa? kilang nak tamat operasi dah eh?’ 

 

Nak aku layan, aku memang menyampah layan orang macam ni. Kalau aku tak komen karang jiwa aku sakit. Lamaaaa aku menung apsal ada manusia macam ni kat dunia. Member sepusat sepusing aku pun tak bagi komen macam ni.

 

Aku komen jugak.

 

‘bukan dah suntuk. Rezeki anak namanya’

 

Kau silap der nak provoke benda-benda macam ni. I’m not surprise anymore why provocation can be a good defence for 302A.

Bonda & C-Sec

Dah habis cun dah apa aku nak letak title hari ni. Mati kutu rasa.

 

Mak aku kata aku dahsyat gillerr terel sanggup tempuh caesarean sampai 4 kali. Aku malas je nak kata yang sebenarnya aku sanggup sampai 5 kali tapi doktor je yang tak bagi. =p

 

Entah macam mana dia sambung cakap lagi kat adik LELAKI bongsu yang duduk mengadap aku dengar penuh kusyuk..

 

‘dulu mama ingat bila tengok kakak kamu bersalin kat hospital swasta macam selesa je, ingatkan takdelah sakit mana pun’.

 

Apaakahhhhhhhhhhhhhh??????  Pengsan haku dengar statement kedua tu.

 

Patutlah masa bersalin anak no.1 dengan no. 2 dulu, datang melawat aku kat hospital macamkan melawat anak jiran bersalin. =p Nasib baiklah diri mak ni non saborrr je tengok tak pernah merungut sikit pun. Padahal dalam hati, apahal la mak aku ni, pening ke? Rupa-rupanya baru ler aku tahu dia samakan keselesaan hospital/klinik dengan ketaksakitan orang bersalin. hadoiii.. ini memang dahsyat gillerrr.. =p

 

Bila nak bersalin no.3, aku rasa dah tak sanggup lagi mengharungi hari-hari sunyi 4 hari kat klinik sampai nak naik bentan. Aku awal-awal lagi dah hantar suratwarning’ supaya mak aku ambik cuti. Bila dia cuti sememangnya bolehlah datang tengok aku macam anak sendiri kan.. Takdelah bising-bising nak kejar pi kerja. Syukur mak bukan menteri..  hahaha

 

Bila dah dapat tengok betapa gigihnya aku kena usung dengan en.somi nak pi kencing lepas tiub kencing dikeluarkan, barulah ada perasaan nak tanya, ‘apa yang sakitnya?’ Walaupun soalan tu boleh mencabar kesabaran level langit ketujuh.. haaaa sekarang baru tahu eh..

 

Konfem mak aku memang blur.

 

Orang lain mungkin tak sama dengan aku rasa. Aku ni terasa hover-hover sangat sebab kitaorang duduk satu tanah, rumah sebelah-sebelah. Pagar antara rumah pun takde, anak-anak aku pun main lari-lari je pi rumah rumah wan+tok ayah depa kalau boring sangat duk rumah. Lauk pun main share-share je kalau dah malas sangat. Jangankan kata lauk, selagi apa aku boleh pau semua aku pau lah =p yang penting kita enjoyyyy.. eh

 

Itulah nyerr.. sebab kenapa aku terasa sangat. Jadinya, semalam untuk sekian kalinya ( caesarean terakhir ), aku bagi ‘warning’ lagi jangan buat-buat lupa menjengok anak kesayangan di klinik. Bezanya mak aku tak payah apply cuti sebab akan pencen bulan 11. wohooo!!!

 

So far dah beranak tiga ni, itulah pengalaman yang tak berapa menarik aku. Lain-lain tu biasalah. Sakit beranak ( sakit lepas caesarean ) tu memang biasalah, siapa pulak yang beranak tak sakit. Tahan dengan tak tahan jelah. Aku ni alhamdulillah, setakat ni takde lagi tahap kata trauma nak beranak. Walaupun sedikit berdebar untuk c-sec. kali ke-4, taknaklah pikir yang bukan-bukan, yang penting kita enjoyyyy eh kena kang

 

Nak share cerita sikit perihal c-sec.

 

sources

mine was horizontal incision (all of them)

 

Biasanya doktor akan buat horizontol incision atau juga dipanggil transverse yang mana luka lebih cepat sembuh dan potensi untuk bersalin normal lepas c-sec lebih cerah atau VBAC – Vaginal Birth After C-Sec. Pernah baca mat salleh berjaya lalui proses VBAC after TWO c-sec. Tak tahulah kat Malaysia ni macam mana. Nak bersalin dalam air pun kurang pakar lagi =p

 

Aku planned all last 2 c-sec tapi takde rezeki. Semua nak keluar emergency jugak. Planned c-sec ni bagusnya diri sendiri (dan en.somi) dah pilih tarikh yang kununnya cantik untuk masuk OT =p dan kurang sikit berdebor non.

 

Tak dapat nak bezakan c-sec anak yang mana sakit sangat, yang mana kurang sakit. Rasa macam semua tiga orang sama je. Cuma yang nombor dua tu rasa macam nak bentan sebab kurang kasih sayang hahahaha tetiba nak jugak salahkan bonda terchenta =p.

 

oh mungkin c-sec second time paling tak boleh lupa. I got HORRIBLE GAS PAIN malam pertama after c-sec. Sumpah rasa badan nak terbelah dua. Ini semua gara-gara termakan sejemput roti dan air susu sikit lepas c-sec. Doktor ada bagitau masa anak pertama dulu kalau boleh jangan makan apa-apa 6 jam lepas c-sec, setakat air suam bolehlah. Manalah aku ingat, dapatlah jugak sekali rasa penangan gas. adoi.. memang ngeri nak bayangkan.

 

 

Ini contoh rupa scar c-sec. Lepas jahit doktor akan tampal waterproof plaster for two weeks. Tak gamak nak suruh en.somi intai. Tapi masa bukak jahit terasa juga yang doktor akan gunting hujung benang kiri dan akan tarik benang di hujung belah kanan.

 

Tempoh menunggu bilalah nak habis 2 minggu ( bukak waterproof plaster ) adalah sungguh derita. Derita sebab bila dah cukup 2 minggu maknanya scar sudah kering dan bila scar sudah kering maknanya mak bolehlah mandi dengan lencun. :) Tak sabar weh nak mandi dengan bersungguh-sungguh. Basuh ketiak, muka dan ‘teeeeeeet’ je tiap-tiap pagi, mana puas.

 

Begitulah ceritanya serba sikit eceh.. Sementara boleh ingat lagi dan akan menempuh kali ke-4 ni, memang teringin nak cerita sikit-sikit buat pedoman ingatan diri sendiri.  Baik, boleh tutup klinik sekarang.

 

daaa

 

Template by Best Web Hosting