Masa sekolah rendah dulu bila lepas baca buku penyiasatan mesti lepas tu tiba-tiba rasa nak tubuhkan satu kumpulan penyiasatan untuk menyiasat perkara aneh di dalam toilet sekolah.
Ini memang benar. Mak kan suka berangan. Sehinggakan kejayaan ciptaan kumpulan penyiasatan ai akan terbawa-bawa di dalam mimpi. Rasa macam sungguh terdesak untuk jadi terkenal.
Baiklah, ai memang nak tulis cerita seram. Seram sangat subjektif. Jadi bila anda tidak seram membaca cerita saya, jangan salahkan hantu sebab saya memang penakut.
Rumah mak mertua ai di kampung nak kata rumah lama sangat takdelah tapi rumah ni jenis bahagian atas papan bahagian bawah batu. Alah, rumah kampung perak yang rumahnya dibuat tinggi-tinggi. Masa ai kahwin bahagian bawah rumah ni memang dah dibuat.
Tapi ai sempat lagi merasa guna jamban curah di luar rumah. uols tahu tak jamban curah? ishk! tak dapatlah mak nak tolong. Pandai-pandailah google eh.
Semasa jamban curah masih digunakan secara aktif, ai memang selalu mengawal pemakanan secara berhemah di malam hari. Tersilap langkah tengah malam buta jam 2 3 pagi kau sakit perut, cherry berry pula tu, kau memang rasa nak demam terus kalau menyangkung sorang-sorang dalam jamban yang belakangnya ada reban ayam belakangnya lagi kebun dan belakangnya semak samun dan tasik dan belakang sekali adalah gunung. woh sungguh mencabar kewarasan tahu. Silap hari bulan mak rasa tak nak keluar dari jamban sebab terbayang ada ‘benda’ tunggu depan pintu.
en.somi yang konon-kononnya hantar ai sampai depan jamban dan berjanji tunggu sampai ai keluar adalah dusta semata-mata kerana bila ai keluar tengok-tengok tengah sedap sambung tidur dalam bilik kekdahnya. Tapi perasaan masa tu lebih kepada lega sebab selamat sampai dalam rumah tanpa gangguan ngeri walaupun bengang sebab macam kena tipu.
Lepas ai bersalinkan Hazzim, abah dah buat jamban dalam rumah. Syukur tak terkira ai sebab takdelah ai terbayang bukan-bukan rasa macam nak menangis bila nak buang air. Isunya bukan jenis jamban ye tuan puan tapi kedudukan jamban itu. Tandasnya takdelah jauh sangat tapi diulang sekali lagi ai kan penakut.Ngeris!!
ok..ok.. sambung cerita rumah.
Rumah atas ada dua bilik dan ada juga kawasan anjung memanjang. Abang ipar ai ada bilik di atas dan bilik lagi satu memang kosong memanjang. Tapi kalau takde siapa balik kampung abang ipar ai akan tidur di bilik bawah. Maknanya bahagian rumah atas memanglah tak berusik langsung.
Cuba bayangkan kalau mak abah di kampung datang bertandang ke kl rumah anak-anak sampai sebulan lebih makanya lagi sunyilah rumah tu kan.
So nak di jadikan cerita, we all pun balik kampung raya kedua hari tu. Orang lain semua belum balik lagi. Malam pertama kat kampung, ai dan en.somi tidur lambat. Rasa-rasa dalam pukul 1 pagi tu memang kami dok berchit chat lagi dalam bilik. Tengah dok sembang-sembang ada ‘orang’ tepuk-tepuk dinding. Bukan ketuk eh ini macam tepuk kau guna tapak tangan. Kuat gila tahu macam orang marah apa ntah. Banyak kali pulak tu. Masa tu ai tak pikir bukan-bukan lagi sebab ingatkan abah yang buat. Siap pergi bilik air lagi lepas tu.
Malam esoknya jam 1 pagi jugak baru ai tanya en.somi agaknya abah kot yang buat. Baru en.somi cakap dinding bilik abah batu mana boleh buat macam tu.. ngaa..ngaa..ngaa… terus mak tidor berpeluh-peluh dalam selimut malam tu sampaikan nak bukak mata susukan Delisya pun takut gila.
en.somi cerita, dulu masa dia kecik-kecik kalau abah marah sebab main dalam rumah bising sangat memang abah akan tepuk dinding macam tu. Agaknya benda tu dah terikut apa yang dah biasa dalam rumah tu kot kan? Mesti ai bising sangatlah tu. Tak rock lansung.
Lepas tu malam yang lain jam 4 pagi ai dengar derap kaki orang jalan kat atas. Siangnya ai pulak gatal mulut cerita-cerita kat en.somi dengar orang jalan kat atas. Tak lama lepas ai cerita en.somi pulak dengar lagi kuat, siap ada bunyi barang jatuh lagi. Awal lagi masa tu baru 11 malam. See.. memang releven cerita Jangan Tegur. Memang orang tua kata jangan tegur benda pelik-pelik. Sendiri cari penyakit.
Satu benda yang buat ai rimas dengan rumah atas tu adalah bila ai nak pergi bahagian dapur ai MESTI nak jugak tengok bahagian atas yang pintunya mengadap dapur. Dia macam tak boleh nak kontrol mata, dapat jeling sekejap kat atas tu pun jadilah. Series ai tak tipu. Dia macam nak jugak tengok macam memanggil-manggil. Takut tau sebenarnya sebab rasa macam kita ni jadi suka nak tengok. Nanti kalau ‘terikut’ macam mana.. omaigod nauzubillah. Rasa macam terbayang kalau tiba-tiba tertengok, dia munculkan diri pulak. Macam en.somi cakap, ‘hah! kau nak tengok aku sangat kan!!’ eee suka tau over-over macam tu. ok, yang ini mungkin Jangan Pandang Belakang Atas hampir menjadi relevan.
Sebenarnya mak mertua ai dah nampak dah sebelum ni. Dia keluar pintu bilik, terkejut dia ada orang macam panglima badan besar selimpang kain melintang badan macam pakaian orang silat berdiri depan bilik dia pandang straight kat mak mertua ai. Ngeris!!
So sekarang ni macam mana? Mak ngerilah nak balik kampung. Sudahlah kami je yang selalu dengar-dengar ni. Adik ipar ai cakap mungkin ai dapat satu anugerah. cis!! apakejadah tak lalu la weh anugerah macam ni. Buat sakit jiwa je.
eh kenapa raya ni banyak sangat cerita hantu? Tak seswai lansung.
eh i google ada pun gambor. budak-budak sekarang suruh masuk jamban ni, konpem tak nak.