05 February 2010

Pencarian 1 : Selesai!!

Ini cerita kami 3 beranak berpeluh ketiak dan saya macam dah nak terberanak pada hari minggu lepas. Pencarian perabot pejabat yang idokler banyok mana tapi sebab tak tahu nak cari kat mana di area rawang/selayang/gombak, ia jadi sungguh meletihkan seperti ekspedisi pencarian harta karun pula. 

Siapa tanya saya selepas ni, ‘kat mana nak cari perabot pejabat murah-murah sikit?’, bolehlah saya sambil kembang kempis hidung tolong jawabkan walaupun saya hanya tahu 2 kedai sahaja :P

Barulah saya tahu, mahal jugak eh harga perabot pejabat. Manalah saya nak ambil tahu sebelum ni. Patutlah bila saya cadang rm500 sahaja untuk kerusi dan meja pada suami, beriya-iya dia gelakkan saya. chettt!!

Berkerut-kerut kening saya tanda protes bila nyonya tu bagitau harga satu meja biasa giler. Saya yang sesungguhnya cheapskate ini telah bersungguh-sungguh mencari kat kedai tepi jalan dah tak buleh nak bayang macam mana lah kalau order tunjuk-tunjuk dalam catalog.

Pengsan.

Nasib baik nyonya tu charge lori 20 ringgit saje ke rawang. alahh..macamlah haku tak tahu dia dah mark up harga perabot tu.

Saya hanya tahu 2 sahaja kedai jual perabot murah di area selayang / gombak.

Satu dekat dengan pasaraya gergasi kat gombak. Perabot opis dia murah sebab tauke ada kilang sendiri, barang-barang yang ada defect sikit dia jual murah. oklah, saya tak nampak apa yang cacat cela sangat sampai tak buleh guna.

Satu lagi di jalan.kuching dekat dengan tesco.xtra. Ada kedai jual eksesori dan perabot-perabot terpakai hotel. Nama kedai kinpun tak silap. Kedai ni pun bolehlah sebab banyak barang hotel dari sofa sampai ke lampu, framed gambor semua ada. Pandai pilih memang berbaloi. Masa saya pi hari tu, arm chair dia yang sangat cun, yang sangat murah habis sold out. Walaupun jalan rasa macam nak terberanak tapi masih sempat lagi .  Lepas raya cina katanya lagi banyak masuk barang. Agak-agak mesti banyak pilihan kalau kontena sekali datang.

Satu benda tak best kat sini sewa lori adalah mahal, tak termasuk upah orang angkat. Tak berbaloi kalau ambik barang seketul dua.

DSC00016

Lamanya saya tak pi jengok ke sini. Suami saya kata debu lantainya dah berinci-inci. hamboi..hamboi bie..ganas benor bunyiknyer.

DSC00015

Teringin saya nak naik masa barang sampai tapi tak kesampaian pula. Balqis yang ikut sekali berpeluh tiak tidor kepenatan dalam kereta. Saya intai-intai dari dalam kereta sambil menghabiskan sisa-sisa makanan tengahari :)

Al-hamdulillah siap satu kerja.

Akhir kata dari saya;

Andai benar bagai dijanji,

Hari ni saya balik kerja naik lori,

Hendak tahu apa yang sebenarnya terjadi,

Moh mai ke blog, saya update hari isnin nanti.

ooo yeah..

2 comments:

m-i-o said...

wow! tunjuk sket rupa perabot. mana tau kot2 mak nak bukak soho ke. ofis at home. kahkahkah!

*cita2 mesti tinggi. capai tak capai belakang kira :P

Mrs Azarol said...

hahaha malu nyah..*tetiba

 

Template by Best Web Hosting