26 October 2009

Cendawan Tiram

Ini namanya Projek Suka-Suka.
*
Suka-suka sebab kitaorang suka-suka nak cuba macam mana rasa tanam cendawan. Suka-suka sebab hendak lihat kemampuan samada dengan cara keluar kerja 7 pagi, sampai rumah 8 malam, mampu atau tidak menjaga cendawan ini dengan baik dan mengeluarkan hasil yang memberansangkan..owh..rasa macam hos rancangan pertanian. :)
*
en.bie dah lama teringin sebenarnya nak try tanam cendawan ni memandangkan kitaorang ada rumah kosong. haih..naik berbulu mak nyah.. mentang-mentang entah zaman bila ai nak robohkan rumah kosong ai tu, diorang semua pakat buat rumah ai tu macam store pulak. Dah alang-alang macam rupa store rumah tu adalah lebih baik mak join jugak projek penstoran itu kepada projek bangsal cendawan. puas hati.
*

Memandangkan namanya pun projek suka-suka, kami beli tak banyak beg media/benih cendawan ni.

*

Nasib baik rak sudah ada. Cuma kena letak kayu sikit untuk letak beg-beg cendawan tu.

*

Dalam mulut penuh dengan biskut. Asalkan bahagia.

*

Masih lagi kepada pembuatan rak beg cendawan.
*eh..panjangnya rumput belakang rumah..
*

Tekun

*

Jumlah Pekerja Tetap : 2 orang

Upah : 4 tin susu seorang sebulan

*

Prestasi pekerja adalah memberansangkan. Sangat rajin.

*

Masa tampal carta proses tanaman cendawan ni, mak teringat pulak masa mula-mula bergiat dalam aktiviti mengepam secara tegar dulu.. :) Mak tampal kat pintu fridge.

dejavu..dejavu

Harap-harap berkekalan macam aktiviti BF ;p

*

Beg cendawan yang telah disusun. Beg-beg ni kena tunggu 7 hari baru boleh buka penutup hitam tu dan diganti dengan tutup rehat.


*
'yang..ambik gambar pengusaha cendawan ni'
hahaha sungguh chomel, baru ada beberapa beg sudah mahu status pengusaha.
Takpe bie.. cita-cita harus besar. Ai sokong u :)

1 comments:

Zuraimah Ismail said...

aku pun nak try nyah...mcm best

 

Template by Best Web Hosting