26 October 2009

Aktiviti Petang

Saya suka gambar-gambar ini.
*
*

Sementara buah rambutan masih ada.

*

*
Selagi buaian-umur-30tahun tidak rosak.

Cendawan Tiram

Ini namanya Projek Suka-Suka.
*
Suka-suka sebab kitaorang suka-suka nak cuba macam mana rasa tanam cendawan. Suka-suka sebab hendak lihat kemampuan samada dengan cara keluar kerja 7 pagi, sampai rumah 8 malam, mampu atau tidak menjaga cendawan ini dengan baik dan mengeluarkan hasil yang memberansangkan..owh..rasa macam hos rancangan pertanian. :)
*
en.bie dah lama teringin sebenarnya nak try tanam cendawan ni memandangkan kitaorang ada rumah kosong. haih..naik berbulu mak nyah.. mentang-mentang entah zaman bila ai nak robohkan rumah kosong ai tu, diorang semua pakat buat rumah ai tu macam store pulak. Dah alang-alang macam rupa store rumah tu adalah lebih baik mak join jugak projek penstoran itu kepada projek bangsal cendawan. puas hati.
*

Memandangkan namanya pun projek suka-suka, kami beli tak banyak beg media/benih cendawan ni.

*

Nasib baik rak sudah ada. Cuma kena letak kayu sikit untuk letak beg-beg cendawan tu.

*

Dalam mulut penuh dengan biskut. Asalkan bahagia.

*

Masih lagi kepada pembuatan rak beg cendawan.
*eh..panjangnya rumput belakang rumah..
*

Tekun

*

Jumlah Pekerja Tetap : 2 orang

Upah : 4 tin susu seorang sebulan

*

Prestasi pekerja adalah memberansangkan. Sangat rajin.

*

Masa tampal carta proses tanaman cendawan ni, mak teringat pulak masa mula-mula bergiat dalam aktiviti mengepam secara tegar dulu.. :) Mak tampal kat pintu fridge.

dejavu..dejavu

Harap-harap berkekalan macam aktiviti BF ;p

*

Beg cendawan yang telah disusun. Beg-beg ni kena tunggu 7 hari baru boleh buka penutup hitam tu dan diganti dengan tutup rehat.


*
'yang..ambik gambar pengusaha cendawan ni'
hahaha sungguh chomel, baru ada beberapa beg sudah mahu status pengusaha.
Takpe bie.. cita-cita harus besar. Ai sokong u :)

23 October 2009

Projek Esok

hendak ke Puchong.

*
Harap-harap niat 'Jadikan Pertanian satu Perniagaan' (ececeh..macam moto kementerian pulak) menjadi dan melekat di hati.
*
Dahlah pagi tadi nampak banyak sangat ayam gemok berkeliaran riang ria kat area rumah, ada hati nak pau ayam kat kampung bawak balik Rawang..hahaha ntah apa-apa..


p/s : eh! setakat nak test beli ayam bela 2 ekor yang dah besar sikit kat mana eh??

Hari Gembira Adik-Bongsu-Sangat-Manja

Bila pn.zawiyah kata kita bertolak esok (pagi hari konvokesyen) pukul 5 pagi, aku macam; 'hah, nak buat apa pagi-pagi buta kat uit*m'. Adik aku la, nak jugak la kan mak ayah masuk dewan. Dia kata kalau seat dah habis, alamat memang dok luar la jawabnya. okehlah.. bagi can kat budak kecik nak pi bergembira, nanti nangis dalam dewan kata orang tak tengok dia.
*
*
Memang aku dah agak bertolak mesti lepas solat subuh kat rumah. Ada hati nak solat subuh tengah jalan. Adik aku pun bangun 5.15. Ayah aku bising kata anak-manja mandi mengalahkan anak dara. Dahlah mandi tak mau mandi air sejuk hahahaha
*
*
Ngantuk seh...pagi-pagi dah duduk tak tahu nak buat apa kat bawah khemah. Bukannya kejap, dari jam 7 pagi sampai kul 12 baru setel majlis dalam dewan. Tengok orang tua takpelah boleh tahan lagi tapi kesian betul tengok budak-budak kecik ni. Naik je matahari, mulalah dengan menangisnya, menjeritnya. Kesian aku tengok. haih..memang bijaksana hari tu berlagak macam anak dara meninggalkan balqis & hazzim kat rumah. Kalau bawak, dengan aku-aku sekali menangis bawah khemah tu.
*

*
Okehlah perjalanan ececeh crita hari konvokesyen hari tu, selain menahan kepanasan melampau, mak ayah aku memang gembira habis. Iyelah, menunggu anak-bongsu-sangat-manja yang ini habis belajar macam tak nak habis-habis. Lepas dia ni, habislah dahlah. Kena tunggu balqis la pulak konvokesyen tadika dia..ngeh..ngeh..ngeh.



Muka masing-masing dah kepenatan dah waktu ni.
Mak ayah aku lepas anak-bongsu-sangat manja dah naik pentas dalam pukul 10 dah keluar dewan atas alasan nak makan ubat :)



Dengar budak-budak teriak-teriak bawah ni yang aku paling kesian sekali.




Inilah dia adik-bongsu-sangat-manja yang baru lepas keluar dewan.


Dia ni ambik gambar memang tak pernah nak elok, sengal memanjang ;p


Seronok okk dapat bunga. Walaupun sengal, jiwa tatap karat.






Tak habis seronok :)




Kalau ko tak sayang nenek terchenta neh, akak tak tau la nak kata apa kan..



panas seh..




Tangan dan mulut tak pernah statik!!

Muka mak series burok, macam nak meraung.
Series panas betol!!




Tengok muka dia kalau dia statik, macam nak tepuk dahi dia..pek..pek..pek
sebab tu agaknya ayah aku dah tak boleh tahan gelak.
Susah weh..sepanjang hidup aku tengok ayah aku gelak macam ni.. :D



Anak Bapak




Anak-Bongsu-Sangat-Manja


Anak Emak



Aku rasa ini jelah satu-satunya gambar aku yang betul-betul nampak mata..

Adik-Bongsu-Sangat-Manja; boleh tak kalau carik kekasih hati tu lebih kecil daripada kakak mu ini? auww mak rasa lebih muda awet muda hahaha



Gaya memang tak nak kalah..rasa nak tepuk dahi dia sekali lagi..

Walaupun akak banyak kali rasa nak tepuk dahi..

Tahniah jugalah sebab berjaya jugak akhirnya :D

21 October 2009

Cuti Lagi

Hari ini berada di UIT*M bersama-sama meraikan kegembiraan ewahhh..
Hari Konvokesyen Adik-Bongsu-Sangat-Manja
TAHNIAH!!!!



p/s : esok sahaja buat laporan penuh.. :D

20 October 2009

Ibu sudah 17 Minggu & Doktor sudah ada Kereta Baru

Tajuk seperti sangat anggun tapi lebih anggun kalau bapa sudah ada kereta baru kerana tahun depan bertambah lagi seorang ahli baru!! wah..bagusnya..

Petang semalam, sebelum pergi buat check up mengadap doktor idaman kesayangan untuk pertama kalinya, saya telah mendapat permintaan manja daripada en.bie. Alamak..janganlah tak jadi pegi buat check up. Lepas balik keje adalah satu-satunya waktu harapan nak pegi buat check up. Hari minggu, memang malas nak keluar, dengan panas teriknya, dengan nak menunggu sampai ke tengaharinya..jangan...jangan buat pasal.

en.bie : yang, boleh tak lepas keje dtg sini? saya lambat la sbb ada discsn dengan bos utk kes esok.

ibu mengandung : ok, tapi janji nanti masuk jumpa doc sama-sama ;)

en.bie : boleh ke sebab kalau awak datang sini dulu, cepat sikit sampai klinik.

hahaha..sangat chomel sebab kenapa masih tidak paham yang ibu mengandung sanggup naik bas menghirup bau aroma 1Malaysia, 1In*donesia, 1Bangla, 1Myanmar dan 1Asia. oh..pengalaman ini perlu diblogkan kerana saya telah bangga mengambil gambar diri sendiri di dalam bas memakai mask sambil menyumpah-nyumpah kenapa aku sorang saja yang pakai, adakah yang lain itu sangat kalis penyakit..benci. Itu belum lagi tengok drama sebabak tema pergaduhan antara kondakter bas dengan orang tukang check tiket. Ngeri okeh..

Tengok..pikiran orang mengandung memang sungguh bercelaru. Hendak bercerita pasal berita gembira, masih sempat hendak menyumpah bagitau pasal orang dalam bas semalam.

dokter : ya pn. lubna, mengandung ke? ---> soalan sangat cepu emas

ibu mengandung : ya.

dokter : alhamdulillah. bila tarikh akhir period ?

ibu mengandung : 8hb. tujuh 2009. ---> mak sungguh konfiden time ni.

dokter : oh..okkkk..sekarang sudah 14minggu ye. bla...bla.. (tanya anak semua umur berapa tahun) ok, puan baring dulu, kita tengok.

dokter : eh...besarnya baby...kejap saya ukur kepala, pinggang, kaki semua.

dokter : awak ni dah 16-17minggu la. dah 4 bulan.

Patutlah saya rasa macam tido pun dah tak selesa. Patutlah semua loya, sakit badan, pening-pening dan yang penting penyakit malas yang berganda-ganda semua macam dah hilang. Nampaknya saya telah tersalah kira tarikh akhir period..

Tapikan, satu benda yang buat saya dan en.bie terkejut-kejut malam tadi...baby tu punya bergerak..macam tengah berenang gaya bebas. Tangan, kaki bergerak-gerak laju sampai dokter nak ukur panjang kaki pun susah..hahaha sangat cute dan terharu sebab walaupun kali ni macam lalai sikit untuk pegi buat check up awal tapi semuanya alhamdulillah sihat.

Dokter tak boleh tengok jantina lagi. Maybe, next check up dah boleh tengok. Saya agak-agak macam girl sebab cara preggy kali ni lebih macam preggy-kan balqis dulu. alah..tak kesah sebenarnya..yang penting semuanya sihat sejahtera.

Yang best kali ni..saya boleh pilih tarikh saya nak bersalin sebab anak ketiga sudah confirm dokter akan belah perut saya. Okeh..tarikh yang ada antara 01hb hingga 14hb April 2010.

Dokter : 1 April..April Fool..hahahaha ----> gelak jugak walaupun tak berapa lawak hahaha

Kamu sungguh chomel kerana berenang seperti mahu mendapat pingat emas!!

Tahu tak, sebenarnya kamu sememangnya sudah mendapat pingat emas di antara berjuta-juta perenang 17minggu yang lalu ;)



p/s : dokter memang sudah ada kereta baru..tahniah juga!! sangat cantik kereta merce ala jaguar itu..

13 October 2009

Bahagianya Balik Kampung

Agaknya seronok sunnguh cik.Balqis balik kampung raya lepas. Sampai sekarang, bangun je tido ajak balik rumah opah.

Mana tak seronok agaknya, kalau balik kampung memang merata dia pergi. Belakang rumah boleh tengok lembu, tepi rumah ada reban ayam, kaki gunung nampak monyet. Nak mandi sungai, 5 minit dah sampai. Banyak sungguhlah pemandangan binatang dia nampak.

*

Hero yang ini...kemana-mana kalau nampak kucing memang macam inilah aksinya. Kalau boleh baring sebelah, memang dia baring sebelah kucing tu.

*

Inilah yang paling seronok!!

09 October 2009

sama-sama gossip

Okaylah, saya buat pengakuan. Selain tak masuk blog sendiri, saya memang dah lama tak jengah blog-blog yang biasa saya jengah 3 bulan dulu. Saya pun tak tahu kenapa. Nak kata saya telah jatuh cinta pada blog yang lain ( eheh!! ), tidak pula kerana banyak daripada blog yang saya baca itulah yang bagi semangat kepada aktiviti BF saya selama ini..ececeh..



Saya mintak maaflah kalau ada soalan lebih kurang seperti ini;



‘ko dah tengok ker peti ais yang aku letak joy*angle tu?’



Dan dijawab pula dengan ayat menutup malu;

‘alamak beb..aku dah lama tak jengah blog ko’
*sambil buat emoticon malu



Jangan la kau terasa pulak eh.



Baiklah.


Saya akan lebih banyak membaca mengambil berat berkenaan gossip terkini anda semua. Apa guna kawan kalau tak boleh menerangkan apa itu Joy*Angle kan? :)


08 October 2009

Mengandung, Kambing Golek & Abang Misai

Masa aku publish entry paling baru kat bawah, aku tengok-tengok la jugak sekali bila kali terakhir aku post entry dalam blog ni. laaaa..dah 3 bulan dah rupanya. Lama giler tu. Kalo beranak siap dah habis pantang siap dah masuk keje dah pun. Empat lima kali jugak la aku mengira, eh betul la memang 3 bulan.. chet..


3 bulannnn…


3 bulan terkebelakang ni aku buat apa pun aku tak tahu..dia macam jalan macam tu je. Tau-tau dah bulan sepuluh. Tau-tau dah hujung tahun. Tau-tau dah 2010. Tapi aku masih macam tu jugak. Bosan!!! Aku rasa la mesti ada silap kat mana-mana ni.


Pegi keje macam nak pegi ziarah orang sakit. eh silap..bukan tengok orang sakit..aku yang buleh jatuh sakit masuk opis ni. Kalau bos nak berentikan aku sebab tak menyumbang kepada produktiviti kompeni pun aku setuju.


Aku malas la nak bagi reason aku pregnant tu untuk bermalas-malasan sepanjang hari. Nanti sah-sah orang kata aku mengada-ngada. Sebelum ni dah beranak 2, ok je. Apsal pulak preggy anak ketiga ni lebih-lebih pulak mengalahkan penyambut tetamu kat opis aku ni yg tengah sarat mengandung anak sulong. Kompem mesti ada orang cakap-cakap belakang ni. Lantak korang laa..


Tapi series la weh..tak kanlah aku lalu nak berlakon jadi minah lembik selama 3 bulan ni. Penatlah weh. Pelakon hebat juta-juta pon dapat cuti sehari dua. Nak kata aku muntah-muntah, aku pusing-pusing mual je. Nak kata aku memilih makanan sebelum ni, sekarang ni tengok nasi macam tak lalu pulak. Nak kata aku sakit pinggang memang takde, tapi keje aku tido je sepanjang hari. huih..tak buleh nak kata apa dah..


Minggu ni aku rasa macam sihat sikit. Aku tahu aku sihat sebab aku dah ada hati nak tempek bedak kat muka aku. Dah ada hati nak pakai eyeliner sikit, blusher sikit tapi jangan bagi mak lipstik, leceh.

****

Hari Isnin lepas adalah hari paling menarik sebab no. 1 dapat makan kambing golek yang aku idam-idamkan dari bulan puasa hari tu lagi dan no. 2 sebab first time nampak abang misai ( dan mak siti jugak hehehe ) secara live. Nak jugak sebut abang misai dulu daripada nama mak siti kannn. Auwww hensem nyahh!!! Mak dulu takdelah ada hati sangat nak kepochi2 pasal abang misai ni sebab mak anggap dia ni macam dah-tua-tak-hensem-sanggup-tinggalkan-bini-sebab-dapat-siti. muahahaha


Patutlah mak siti tu tergila-gila kan orang tua ni wui…si tua ni memang hensem, mantap lagi bergaya. Duit jangan kira lah kan. Kalo korang tengok gambar ni macam biasa-biasa je kan..korang tetap salah..dia memang hensem dan takdelah nampak tua sangat pon. Kalau siti tu nampak macam putih sebab dia memang putih plus makeup 2 inci, orang tua ni pulak memang putih merah wui..


Macam mana aku express kat korang ni kan..macam tu jugaklah aku menunjukkan keterujaan aku kat en.bie, ( siap-siap standby kot kena marah sebab tak sedar diri dah ada laki :p ) ewah..ewah..dia pulak join sekaki melayan gossip dengan aku ( bersyukur sebab nasib tak kena marah :D )


Malas la cerita banyak-banyak…tengok je lah kemesraan aku dengan abang misai lagi jutawan bersama dengan mak siti yang cute-mute..muehehehe




Kita mulakan dulu dengan tempat pertemuan *muntah
Nampak tak pakcik badan semangat baju melayu hitam tengah berdiri atas stage tu?
Dia punya gelek, aku rasa macam nak gelek sama..yang terhebat pernah kulihat.


*


Ini bos tuan rumah.

Dulu, dia bos aku kat tempat kompeni aku keje sekarang.
*

Ini orang rumah tuan rumah :)
*

masa ni kan macam, eh..eh..kenapa macam kenal je misai ni?
*




Kanan sekali si baju kuning adalah millionaire buat paip kat Malaysia ni. Orang gelar dia iron lady. Si tudung biru adalah orang kuat Pusp*anita dan di Si baju merah adalah isteri kepada Datuk K*SN.
*




VVIP hari tu adalah Si Baju Pink
*




Kuruskan?
*

:)



Ini adik ipar aku. Dia memang keje kat sini.
Ada ker rupa zahid AF tu?
aku cakap; ye laa..zahid gemok.


Perut kenyang, senang hati.

eheh!!

 

Template by Best Web Hosting