30 March 2009

Inilah Orangnya :)

Tadaaaaaaa
Inilah orangnya yang saya panggil Nabila tu.

Dia suka ajar saya ABC dan main masak-masak.

Kalau dia takde, saya memang mati kutu boring duduk sorang-sorang kat rumah.


Lagu Rock Pertama Saya

Ayah saya suka dengar lagu rock kapak.
Hari-hari dalam kereta saya dengar lagu rock kapak.
Hari-hari juga saya melayan kejiwangan ayah saya itu.
Walaupun saya tak paham apa dia cakap, saya pun buat-buat nyanyi dengan ayah saya.

Banyak-banyak lagu, saya suuuuka sangat dengan lagu yang ini.
Hari-hari saya paksa ayah saya pasang lagu ini.
Saya suka lagu ni sebab laki-laki tu suka sebut nama sepupu saya.

Walaupun ayah saya kata dia boleh tolong nyanyikan,
saya tetap nak laki-laki tu yang nyanyikan untuk saya.
Saya memang tak peduli kalau mama ngan ayah saya kata laki-laki tu dah tak ada.
Saya nak juga.

Saya pun tahu nyanyi juga..
Nak dengar saya nyanyi?

“..nabila...”
“bambang ( lambang ) cintaaaa”

Dah…saya tau itu jer.

Nak panjang-panjang, saya tak ingat lagi.
Takpelah hari ni mama saya tolong carikan lagu ni untuk saya.
Jom kita kroke ( karaoke ) sama-sama.


CINTA UNTUK NABILA : MELISSA






12 March 2009

Terima Kasih Ayah

Dalam entry yang lepas, saya pernah kata yang saya sedang mereng taksub dengan website yang ini. Memang, memang saya sedang taksub dan leka mencari house plan yang bersesuaian untuk family saya.



Ketaksuban saya bermula apabila dato' panglima telah menghadiahkan saya sekeping ( kalau sebidang macam besor je bunyinya ) tanah sebelah rumah yang saya duduk sekarang ini kepada saya. Tanah itu milik ayah saya yang dibeli hampir 20 tahun yang lalu. Sempena hari jadi, inilah hadiah yang tidak ternilai yang saya terima daripada dato' panglima. Saya tak terkata. Senyap seribu bahasa sebab macam tak percaya saya akan ada tanah sendiri. Hendak mengharapkan saya untuk memiliki tanah sendiri, memang tidak kesampaian rasanya tambahan nilai semasa tanah itu sahaja sudah menjangkau 200k. Walaumacam manapun, saya rasa elok saya memberi token kepada ayah saya sebagai tanda terima kasih. Saya tanya pn.zawiyah, "berapa nak bagi ma?" "Alaa..bagi 20k sudahlah"


20k daripada 200k...cepat-cepat saya kata ok. "Bayar je sikit-sikit macam bayar kat bank" "ok"


Semenjak itu, angin berangan saya dah mula masuk kepala. Rupa-rupanyanya susah juga nak memikirkan bentuk rumah apa yang bersesuaian dengan keadaan, saiz keluarga dan cara hidup kita dan yang penting bersesuaian dengan ongkosnya!!.


Tak semena-mena saya telah senaraikan apa yang perlu difikirkan sekiranya berpeluang memiliki rumah rekaan sendiri.

(*List ini adalah untuk nota angan-angan saya semata-mata ;p )


Living Room
  1. Saya memerlukan 2 ruang Living Room.
  2. Satu untuk formal yang tidak memerlukan ruang yang besar untuk tetamu dan perlu berada di hadapan rumah.
  3. Satu untuk keluarga yang memerlukan ruang yang agak besar untuk menampung kedatangan keluarga di sebelah mr.bie yang sangat ramai dan perlu berada di bahagian belakang rumah berdekatan dengan kitchen.
  4. Rasional saya memerlukan 2 Living Room adalah sebab saya selalu tertekan dengan keadaan porak poranda ruang living room saya dan bantal-bantal comel kesayangan saya dijadikan alas tido saya tidak perlu risau kalau Living room untuk family ini bersepah-sepah. Dalam kata lain, lantaklah korang nak buat apa pun kat area ni..ngeee

Bilik Tidur

  1. Saya perlukan 5 bilik tidur.
  2. Satu untuk saya - Master Bedroom
  3. Satu untuk anak perempuan yang berada di bahagian hadapan sebab nanti kalau jadi bilik pengantin tak payahlah orang pergi sampai ke belakang rumah. Bulih? hahaha mak teradvance lah pulak.
  4. Satu untuk anak lelaki.
  5. Satu untuk tetamu/keluarga yang datang.
  6. Satu untuk maid. Ini satu hal. Bilik maid ni memang saya nak letak jauh sikit daripada bilik family. Saya memang tak berkenan bilik maid saya terlalu berdekatan dengan bilik-bilik family ni. Saya bukan nak mendiskriminasi mereka ini tapi saya ada limit dengan maid saya. Maid is always a maid, cannot be part of the family. Susah, nanti naik lemak. Tapi, saya bukanlah majikan yang kejam, kalau idak..dah lama maid saya itu lari.
    Bilik maid perlu ada di atas. Ruang yang akan dibuat di atas garage kereta yang bersambung dengan rumah.

Bilik Air

  1. Master Bedroom & bilik anak perempuan ada bilik air sendiri. Saya tengok, susah juga kalau anak perempuan takde bilik air sendiri. Lebih-lebih lagi kalau dah kawin..hehe
  2. Bilik air anak lelaki kena share dengan bilik tetamu.
  3. Maid ada bilik air sendiri sebab dia sorang-sorang kat atas.
  4. Satu bilik air kat luar ruang living room.
  5. Jadi, semuanya 5 bilik air.

Dining Room/Breakfast

  1. Dua ruang ini perlu berdekatan dengan kitchen.
  2. Dining room untuk makan-makan besar huhu apa yang besar sangat pun saya tak tahu. ooo macam raya ker :)
  3. Breakfast area untuk saya anak beranak makan-makan. Meja comel saje. Kalau anak-anak dah besar dah kawin, bolehla saya beromantik2 dua orang je breakfast kat sini. ceh takde maknanya!! nampak benor saya terpengaruh dengan gaya-gaya movie inggeris desa yang rekaan semata-mata :)

Kitchen/Pantry (Store makanan)

  1. Saya tak berhajat nak ada wet & dry kitchen. Ada satu sudah cukup. Tak kuasa pulak rasanya nak maintain dua bahagian. Letihh!!
  2. Pantry, saya rasa penting juga sebab saya tengok fungsi pantry di rumah pn.zawiyah memang sangat berguna. Satu, memanglah untuk letak semua barang-barang kering dan yang penting sebenarnya untuk sorok pinggan mangkuk bagai yang baru lepas cuci. pn.zawiyah memang pesen pinggan tak boleh letak dalam sink. Pesen ini pun dah melekat dengan saya. Kesimpulannya, dapur kena keringlah. pn.zawiyah kata pesen dia yang itu tak boleh lawan lagi dengan sepupu dia yang duduk dekat aussie yang dia pergi hari tu, lepas cuci pinggan jer terus lap dan terus masuk almari. Saya ingat dioarang saja-saja suka buat dalam movie, ghopernya betul ma ye. uish, tak termampu rasanya kalo nak buat macam tu. Tak pun kena tanya bibik.."bik, boleh ker lap pinggan terus-terusan?" Mau bibik saya tahan keje seminggu jer.. ;P

Laundry Room

  1. Jangan tak tau, banyak-banyak bilik, inilah bilik idaman saya yang kena ada. Saya nak sorok semua baju2 belum basuh dan lepas basuh kat sini. biarkan maid saya terperuk dalam bilik menggosok baju itu. Dia memang suka gosok baju :) Mesin basuh & iron semua saya nak sorok letak kat sini. Apa nak jadi dengan kain baju semua, biarlah jadi kat sini ye biiik.. :)

Garage/Store

  1. Saya memang ada hati nak buat garage bersambung dengan rumah huhu. Ada satu store dalam tu untuk letak barang-barang tukang mr.bie yang tak seberapa itu.

Siap list saya!!

Bila saya tunjuk beberapa plan rumah kat mr.bie dengan ayat pemanis bicara "bie, saya teringin la rumah macam Kar*dashian family tu"

"Awak nak hutang berapa ratus ribu?"

ceh..tak memberi harapan langsung!!!!


cubaan

ermmm...mintak laluan. tertinggal keretapi.


Spacing Lari....tulung...

Hadooohh...saya memang tension kalau dah publish post jer...tengok-tengok spacing lari..buruk betul.


Nak edit...tak pernahnya berjaya.


Siapa boleh tolong tunjuk ajar. Fail betul!!!

Pinggan @ Jam

Satu perkara lagi ( selain kejadian menyanyi dengan gaya jiwang tak hengat ittew ) yang buat saya terkejut-kejut pada hari jadi saya tahun ni ialah mr.bie bagi saya pilihan nak hadiah apa. Pinggan atau Jam.
aih......jangan tak tau...kalau saya kata alasan mr.bie tak celebrate birthday bagai ni maknanya memang hadiah pun takde yeee.. tak kisahlah tu Bie, asalkan kita bahagia selamat sejahtera ;p
Tapi tahun ni macam pelik sikit sebab ada hadiah hohoho



Saya sakan la buat rondaan kat Sogo cari pinggan yang berkenan.


"Cari pinggan yang nak pakai hari-hari" -----> apa kes Bie?


hahaha maknanya kena cari yang murah-murah daaaa.


"Awak cari pinggan yang bawah RM30 sebijik, dah ok dah...."


RM30? waaa bestnya. konon-konon mesti dapat pinggan yang cun ni...


Pinggan cun? ohhh sungguh keciwa....pinggan cun yang berkenan di hati semua RM50 sebijik. Biasala tu kalau si Core*lle, Corning*Ware, Vi*sion, Lumi*narc tak cekik darah orang, memang tak sah. Dulu, masa ada sorang makcik ni buat bayaran ansuran sampai 10x beli 1 set pinggan makan daripada brand adik beradik ni, sayalah yang naik hantu awal-awal. Dan bila dapat tahu makcik ni dah pencen tak larat nak meniaga, sayalah jugak naik hantu sebab tak menyempat nak berhutang untuk sekian kalinya.
Memanglah ada sebijik bawah RM30 tapi kalau yang elok sikit tu plus ringan, dinner plate dia dah habis ker...pinggan lauk tak cukup ker...leceh betul. Bukan taknak beli pinggan chi*na made ni, tapi kalau pakai hari-hari, lama-lama dia akan nampak kesan retak halus-halus plus kalau tak pandai pilih, dapatlah pinggan senget-senget. Jadi, sesiapa yang nak beli set makan dari negara ini, kena pilih dengan cermat ye..
Akhirnya..
"Bie..tak payahla. Lain kali je la"
"Cuba tengok jam..kot ada yang berkenan"
Jam?
Semenjak saya menghilangkan jam esprit kesayangan saya 4 tahun yang lepas, saya tak pernah pakai jam. Ralat sangat sampai takde hati nak beli jam lagi. Hidup saya bergantung pada jam hp saya atau jam-jam yang sedia ada tersangkut kat sekeliling. Memang salah saya sendiri jam itu hilang. Saya masuk tandas. Buka jam. Sangkut kat kepala paip. Lepas tu, saya terus keluar menonong meninggalkan jam saya itu untuk dihadiahkan kepada orang lain. Lemau!!! Meraung macam mana pun terpaksalah saya terima tahap kelemauan saya itu.
Jadinya, tahun ini walaupun mr.bie ku itu telah buang tebiat bermurah hati untuk membelikan saya hadiah tapi saya telah buat pilihan untuk tidak membeli apa-apa pun!!! LOL ( lemau!!! ) Agaknya saya dah terbiasa tak dapat hadiah seperti tahun-tahun sudah, jadinya saya telah merelakan diri saya tak berhadiah.... ;P
"semalam awak nyanyi, kira hadiah la tu!!!"

Terima Kasih en.Imran Aj*main

Lewat petang semalam seperti biasa saya memang suka membebel di dalam kereta. Tak kisah la topik apa pun asalkan saya tak tension dengan keadaan jem teruk balik ke Rawang. Gosip dah basi sebulan dua yang lepas pun saya boleh buat-buat macam cerita panas lagi macam cerita baru.

Tengah syok layan gossip...


“shh.. shhh.. senyap senyap”

“ala bie..apa yang jiwang sangat ni”
“cuba cakap lagu ni untuk sape sebenarnya”


Senyap. Sambung nyanyi, jiwang tak hengat.

Memang dah tau, takkan dijawab. Apa ntah pesen mr.bie ku ini. Malu tak bertempat.

Takpela Bie, terima kasih la ye. Saya tahu awak nak wish Selamat Ulangtahun kat sayakan. Walaupun awal sehari, saya masih menghargainya sebab susah betul awak nak wish kat sayakan :) Nasib baik tahun ni ada lagu ni, kalau tak memang seperti tahun-tahun sudahlah jawabnya…macam takde apa-apa. Alasan biasa : saya tak pernah celebrate birthday bagai ni!! LOL

Ok laaa. Saya layan je la lagu ni Bie. Syiok jugak!!!

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG
Imran Ajmain


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

11 March 2009

Hanya Alasan

Setelah mendapat pertanyaan kejam daripada CT kenapa saya tak update blog dan juga setelah sedar diri pada petang yang mendung ini makanya saya rasa eloklah saya menulis satu entry yang hanya omong-omong kosong semata lagi tidak memberi apa-apa faedah kepada minda.

Esok, genap sebulan lamanya saya tak menjenguk blog2 lain mahupun blog saya sendiri. Bukan rasa bosan atau dah takde idea tapi saya...


Pertama :

Dua minggu yang pertama, en.hazzim demam panas. Lama betul, tak kebah-kebah. Lepas tu pulak cik.balqis kena HFMD. Jadinya saya telah buat keputusan untuk bawa sekali cik.balqis ke tempat keje. Nasib baik dia tak banyak ragam. Seronok betul nampaknya sebab ramai orang melayan dia. Paling haru sekali, walaupun kat mana-mana, susu mama tetap permintaan no. 1. Nasib baik pulak saya dah ada bilik sendiri dan saya tampal penuh dengan wrapping paper. Jadinya aktiviti susu berjalan dengan sangat lancar :). Pukul 4 petang, selalunya cik.balqis tidur sampai pukul 5.30. Hanya tinggal berbaki 1/2 jam sahaja lagi untuk balik rumah. Walaupun tak meragam, penat jugak rasanya. Memujuk ke tandas pun satu hal. Kalau ikut kegelian cik.balqis, mau satu hari tak ke tandas.

Jadinya kalau dah ada budak kecik kat office, macam mana la mak nak update blog? Kelam kabut weh. Kat office? hahaha sori bos :)


Kedua :

Akhirnya saya demam juga pada minggu ketiga. Badan penat sangat, berulang alik ke klinik. Rasa-rasanya ada 4 kali saya ke klinik. Kalau setakat menunggu ½ - 1 jam, saya tak kesah. Ini sampai 2 – 3 jam menunggu, aduh..penatnya. Bukannya klinik kerajaan pun tapi dek kerana klinik pakar kanak-kanak hanya ada satu sahaja di Rawang, maklum sajalah.

( Baru 4 kali dah mengeluh..teruk betul !! )


Saya dah takut kalau-kalau terkena demam cingkungya ( confirm salah eja ni ) sebab sakit sendinya, Allah je yang tahu. Mak tak keluar bilik dua hari. Makan pun tak lalu. Tahap kemerosotan susu, jangan cakap la…nasib tak licin jer freezer tu.


Ketiga :

Saya tengah mereng syok dengan website ni. Sebab apa? Rasa-rasanya esok adalah masa yang sangat sesuai saya akan bagitau kenapa saya begitu taksub dengan house plan bagai ni. Ketaksuban saya ini berlanjutan dalam tempoh yang sangat lama sebab saya tak jumpa lagi apa yang saya cari.


Keempat :

Hari ini kalau tidak mendapat pertanyaan kejam daripada CT, saya sangat sibuk mencari-cari idea menarik untuk membuat invitation card untuk birthday bash cik.balqis & en.hazzim. Saya memang gila suka benda-benda hand craft ni. Rasanya-rasanya baik saya mengaktifkan semula jari-jemari saya sebelum ianya mati tidak berseni.

Sekian sudah alasan tidak berasas saya ini.

CT, berjawab tak soalan mu itu?

 

Template by Best Web Hosting