05 February 2009

Rawang-->K.Kurau-->P.Pinang-->Rawang : I

Sabtu yang lepas, kami sekeluarga telah berangkat ke K.Kurau pada jam 11.30 pagi. Memang sudah dijangka akan bertolak bila matahari hampir tegak di kepala kerana masalah saya menjalankan aktiviti di awal pagi saya terkocoh-kocoh menguruskan anak-anak kecil saya itu. Kekurangan saya yang entah bila boleh diatasi *sigh* Alhamdulillah, perjalanan kami menuju ke K.Kurau tengahari itu berjalan dengan lancar walaupun agak tabah & tawakal sebab takut cik Balqis akan terkencing di dalam kereta. Nasib baik dah sampai di R&R Sungai Perak, cik Balqis baru nak minta ke tandas. Lega. Itupun dipaksa masuk ke tandas. Mak heran jugak sejak bila cik Balqis ini malas-malas masuk ke tandas awam, siap cakap ‘geli la mama’. aik!!! tahu pulak apa itu geli..

Kami sempat singgah di pekan Kuala Kurau untuk mengisi perut. oohh..sungguh mak lapar sebab masa tu dah pukul 4.00 petang. Kami jumpa kedai makan di tepi shopping complex Hi*way. Boleh tahan jugak Nasi Goreng Udang Special makcik ni. Saya siap mengira berapa ekor udang goreng dalam pinggan tu sebab 1st time saya makan nasi goreng dengan udang yang digoreng dengan tepung dengan begitu banyak. Gemuk-gemuk pulak tu. Mr.Bie & cik Balqis makan laksa. Dua orang ini memang sesuai la dengan perumpamaan bapak borek anak rintik :)

Kami sampai lebih kurang 4.45 petang. Rehat sekejap, petang tu terus ke kuala. Hajatnya nak cari apa yang patut untuk dibuat bakar-bakar malam nanti. Lupakan saja kalau turun ke kuala jam 5.00 petang ye tuan/puan sebab lori ikan semua dah berkemas-kemas nak balik. Nelayan kat sini mendarat pukul 2.00 petang dan kalau biasanya di sebelah pantai timur nelayan adalah bangsa melayu, di sini yang jadi nelayan dan juga peraih semuanya berbangsa cina. Orang melayu kebanyakkannya jadi pesawah tapi peraih masih kebanyakkannya orang cina.

Malamnya, adik ipar saya telah membawa kami ke Bandar Baru Parit Buntar. Besar jugak bandarnya. Saya bayangkan Parit Buntar kecik macam pekan koboi huhu Kat sini ada satu gerai jual char kue teow semata tapi punyalah ramai orang. Kami siap berdiri malu-malu kat tepi gerai menunggu meja kosong. Macam tu sekali, padahal takde menu lain selain char kue teow. Lepas nampak pinggan depan mata, ooo patutlah menjadi pujaan ramai sebab udangnya punyalah banyak dan yang paling best untuk satu pinggan besar harganya hanya RM3.70 sahaja. wohoho mana nak cari di kl. Orang kat sini memang kuat makan udang sungguh huhu Mak segan-segan pulak nak snap gambar char kuew teow itu..ntah apa-apa ntah. Bila dok sebuk-sebuk nak buat entry, dah menyesal takde gambar.

Ini beg-beg wajib dibawa kalau pergi bercuti lebih sehari. Beg kiri sekali tu letak Spectra3 & Harmony ( apa kes bawak dua-dua ? ). Beg tengah tu untuk simpanan EBM pada hari itu. Beg MLO itu mak letak untuk EBM yang dipam hari ini untuk esok. huhu sungguhla beg-beg ini memcabar jiwa&raga mama en.hazzim..

Si Bujang Teruna yang takut ditinggal

Menikmati pemandangan!!



Sehati, Sejiwa & Serasa!!

Muka dah berkerut-kerut kerana tahap stamina semakin berkurang di petang hari ;p




Kawasan Perkampungan Nelayan

udang ni nak buat bakar? ya ampuunnn

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting