12 February 2009

Rawang-->K.Kurau-->P.Pinang-->Rawang : II

Hari kedua, kami ke P.P*inang.

Keterujaan cik Balqis


Pe*nang Hill



Pe*nang Hill



Fort Corn*wallis

Tips Cuti-Cuti Malaysia kali ini;
  1. Sekiranya mempunyai masa yang singkat untuk berjalan-jalan di P.Pi*nang, destinasi Bukit Ben*dera untuk menaiki keretapi bukan pilihan yang terbaik kerana ia mengambil masa hampir satu hari. Cara yang lebih baik adalah menaiki kereta terus ke atas puncak bukit dan peluang untuk melihat bangunan kolonial adalah lebih baik.
  2. Kalau hendak membeli baju sebagai kenang-kenangan, lebih baik beli di atas puncak bukit kerana lebih murah berbanding di bawah. Owhh..saya sudah rugi hari itu..
  3. Jangan lupa pergi ke Pe*nang Road, pesan dato’ panglima. Katanya kalau tak pergi sini macam tak pergi Pe*nang. Saya tak jumpa pun jalan itu. Sangat sedih.
  4. Kalau hendak balik/keluar dari pulau menggunakan feri, jadikan destinasi Fort Corn*wallis sebagai pilihan terakhir kerana ia paling dekat dengan jeti. Jadi, pergilah ke tempat lain dahulu sebelum ke sini.
  5. Kota ini ditutup pada hari Ahad. ( ? ) Tiada makna bukan!!!
  6. Jangan bayangkan sekiranya ‘tourist guide’ anda pernah belajar di U*SM selama 3 tahun bermakna dia sangat mahir akan jalan di P.Pi*nang. Nasib baiklah dia adik ipar saya. Lupakan saja kalau jejak sahaja jambatan P.Pi*nang itu, 'tourist guide' anda telah membuat panggilan kecemasan, ‘wei..macam mana nak pergi Bukit Ben*dera?’. Sungguh malang. Saya hampir bertukar menjadi raksasa yang kejam.
  7. Jangan sesekali tidak mencuba menaiki feri, sangat syiok!!

05 February 2009

Toddler Talk

*I found this short article from here.

This 19-month old toddler loves to hear her own voice, and is already quite a chatterbox. The dramatic vocabulary explosion that this study is probably not too far away. For now, she likes to say words like "book," "apple," mama," "dog" and "hat." In this picture she's saying one of her favorite words, "choo-choo."

If you know any toddlers, you’ve probably wondered what is going on in their heads as they put their (full) bowls on their head at mealtime or run around in circles, shrieking for no apparent reason.

There are lots of mysterious things about the toddler mind, but for scientists, one of the most interesting questions is how these pint-sized chatterboxes manage to learn words so quickly. By the time you’re an adult, you will have learned approximately 60,000 words. You’ve already learned many of those words, and, though you may not remember this, you learned an especially large number of words when you were around two and three years old.

Toddlers learn new words at an astonishingly fast rate, and researchers have called this the “vocabulary explosion.” Scientists have wondered for a long time how this is possible, and they’ve proposed that there might be some special part of the toddler brain that becomes active at this stage and speeds up word-learning.

A new study published in the 3 August issue of Science suggests a different explanation. In the study, Bob McMurray of the University of Iowa shows that that the vocabulary explosion could be related to the fact that languages generally have a lot of words that are kind of easy – but not super-easy – to learn. Young children begin by learning the very easiest, most common words, but there are not that many of these, so we don’t really notice any kind of language explosion.

But, then they move on to words that are just a little less common and a little more difficult. Languages have many of these words, so a vocabulary explosion occurs right at this stage. One of the interesting things about this idea is that toddlers are basically doing the same kind of word-learning that older children and adults do. In other words, a special “speed up” mechanism in the toddler brain isn’t necessary to explain the vocabulary explosion, as many scientists have suggested.

In his study, Dr. McMurray notes that any learning process that fits this general pattern (the easiest and hardest things being the least common, the in-between things are the most common) should have a similar period of rapid progress early on.
p/s: oh Balqis..obviously you are now in 'vocabulary explosion' phase : 32 months old

Jangan Buat Lagi Balqis!!

Malam tadi sedang saya mengira hutang-hutang perbelanjaan saya untuk bulan ini dan bulan depan, entah macam mana Mr.Bie buat lawak yang tak berapa lawak dengan saya. Saya kalau terkena kes-kes seperti ini saya secara spontan akan separuh menjerit “Bie!!!” cik Balqis pun sudah tahu, kalau saya seperti ala-ala menjerit manja itu maknanya ayahnya sedang buat lawak yang tidak menjadi!

Secara tiba-tiba terpacul daripada mulut cik Balqis…

Bodohla ayah ni”

hey..siapa ajar cakap macam tu?” tiba-tiba juga Mr.Bie naik angin
“Cakap apa tadi? Ulang lagi?”

Cik Balqis senyap. Dia tahu ayah dia marah. Saya pun nak marah juga, tapi saya rasa biarkanlah ayah dia yang uruskan.

“cakap!! Siapa ajar?”
Sambil menepuk-nepuk bibir cik Balqis. Menepuk dengan lembut gayanya.

Cik Balqis menangis sambil menuju ke pintu bilik. Nampaknya dah tiba giliran saya pula kalau dah sampai bab yang ini.

“Pergi cium tangan ayah”
“Salam. Say sorry to ayah”
“Bagitau ayah, Balqis tak cakap lagi”

Cik Balqis salam dan cium sambil menangis-nangis.

Itulah pengalaman PERTAMA saya mendengar perkataan yang diluar dugaan saya. Saya harap ia tidak berlaku lagi. ooh baru macam ni saya dah takut. Macam mana nanti kalau sudah ke sekolah, bergaul dengan ramai kawan..oohh sungguh mak takut.
p/s : Pagi ini saya mengambil kira positif, bagaimana cik Balqis sudah pandai menyesuaikan perkataan dan situasi. Cumanya perkataan yang digunakan adalah SANGAT-SANGAT tidak sesuai. Dalam kata lain ia merujuk kepada 'lawak bodoh' seperti kata Ally malam tadi yang membincangkan berkenaan isu lawak bodoh itu. Boleh ke? oh mak memang fail :(

Rawang-->K.Kurau-->P.Pinang-->Rawang : I

Sabtu yang lepas, kami sekeluarga telah berangkat ke K.Kurau pada jam 11.30 pagi. Memang sudah dijangka akan bertolak bila matahari hampir tegak di kepala kerana masalah saya menjalankan aktiviti di awal pagi saya terkocoh-kocoh menguruskan anak-anak kecil saya itu. Kekurangan saya yang entah bila boleh diatasi *sigh* Alhamdulillah, perjalanan kami menuju ke K.Kurau tengahari itu berjalan dengan lancar walaupun agak tabah & tawakal sebab takut cik Balqis akan terkencing di dalam kereta. Nasib baik dah sampai di R&R Sungai Perak, cik Balqis baru nak minta ke tandas. Lega. Itupun dipaksa masuk ke tandas. Mak heran jugak sejak bila cik Balqis ini malas-malas masuk ke tandas awam, siap cakap ‘geli la mama’. aik!!! tahu pulak apa itu geli..

Kami sempat singgah di pekan Kuala Kurau untuk mengisi perut. oohh..sungguh mak lapar sebab masa tu dah pukul 4.00 petang. Kami jumpa kedai makan di tepi shopping complex Hi*way. Boleh tahan jugak Nasi Goreng Udang Special makcik ni. Saya siap mengira berapa ekor udang goreng dalam pinggan tu sebab 1st time saya makan nasi goreng dengan udang yang digoreng dengan tepung dengan begitu banyak. Gemuk-gemuk pulak tu. Mr.Bie & cik Balqis makan laksa. Dua orang ini memang sesuai la dengan perumpamaan bapak borek anak rintik :)

Kami sampai lebih kurang 4.45 petang. Rehat sekejap, petang tu terus ke kuala. Hajatnya nak cari apa yang patut untuk dibuat bakar-bakar malam nanti. Lupakan saja kalau turun ke kuala jam 5.00 petang ye tuan/puan sebab lori ikan semua dah berkemas-kemas nak balik. Nelayan kat sini mendarat pukul 2.00 petang dan kalau biasanya di sebelah pantai timur nelayan adalah bangsa melayu, di sini yang jadi nelayan dan juga peraih semuanya berbangsa cina. Orang melayu kebanyakkannya jadi pesawah tapi peraih masih kebanyakkannya orang cina.

Malamnya, adik ipar saya telah membawa kami ke Bandar Baru Parit Buntar. Besar jugak bandarnya. Saya bayangkan Parit Buntar kecik macam pekan koboi huhu Kat sini ada satu gerai jual char kue teow semata tapi punyalah ramai orang. Kami siap berdiri malu-malu kat tepi gerai menunggu meja kosong. Macam tu sekali, padahal takde menu lain selain char kue teow. Lepas nampak pinggan depan mata, ooo patutlah menjadi pujaan ramai sebab udangnya punyalah banyak dan yang paling best untuk satu pinggan besar harganya hanya RM3.70 sahaja. wohoho mana nak cari di kl. Orang kat sini memang kuat makan udang sungguh huhu Mak segan-segan pulak nak snap gambar char kuew teow itu..ntah apa-apa ntah. Bila dok sebuk-sebuk nak buat entry, dah menyesal takde gambar.

Ini beg-beg wajib dibawa kalau pergi bercuti lebih sehari. Beg kiri sekali tu letak Spectra3 & Harmony ( apa kes bawak dua-dua ? ). Beg tengah tu untuk simpanan EBM pada hari itu. Beg MLO itu mak letak untuk EBM yang dipam hari ini untuk esok. huhu sungguhla beg-beg ini memcabar jiwa&raga mama en.hazzim..

Si Bujang Teruna yang takut ditinggal

Menikmati pemandangan!!



Sehati, Sejiwa & Serasa!!

Muka dah berkerut-kerut kerana tahap stamina semakin berkurang di petang hari ;p




Kawasan Perkampungan Nelayan

udang ni nak buat bakar? ya ampuunnn

 

Template by Best Web Hosting