22 December 2008

Happy Anniversary!!



Tidak terfikir pula selama ini untuk membuat satu blog untuk diri sendiri. Selalu intai-intai je kat dalam blog orang. Tapi setelah dok merenung beberapa hari, seronok jugak kalau ada satu..( betulkan Ely ;p )
Blog ni tak semenggah lagi..dok terkial-kial macam mana nak post bagai..dan terhegeh-hegeh pula nak tempek cerita ni kan.. :) ye la..kang kalau nak tunggu blog ni ada rupa, cerita pun dah basi..tak syiok laa.. ( ceh..ngengada ni namanya )

So, 1st entry ini khas untuk mama & ayah sempena anniversary yang ke-erk!! Alamak ma..tak ingat la..ampun bebanyak Pn. Zawiyah :) Sepatutnya tarikh 'keramat' tu jatuh pada 31hb Disember. Tapi Dato' Panglima sangatla busy sampai mama nak ajak makan pun kena bagi notis awal. At least 7 hari..kan yah kan..
Setelah mengambil kira tarikh-tarikh yang menariks, akhirnya projek makan-makan telah berlangsung pada hari Sabtu lepas - 20/12/2008. Kiranya ini adalah early celebration la.. ;p
Malam tu mama belanja :) Semua orang pergi. Korum cukup. Sampaikan dengan Hazzim sekali pun join the 'project'. Selalunya Hazzim akan ditinggalkan..kesian Hazzim. Mama bukan tak nak bawak Hazzim jalan-jalan. Tapi ayah kata Hazzim kecik lagi. Hazzim tak dapat lagi menikmati 'kegembiraan sebenar'. ceh..

Paling penting sebenarnya ayah tak nak Hazzim berpanas berhujan. Elokla Hazzim tinggal kat rumah okey...Nanti dah besar macam Kak Balqis bolehla kita jalan-jalan ye *sob sob*. Takpe-takpe kali ni Hazzim ikut *yeay*.

Kitaorang bertolak daripada rumah lebih kurang pukul 6.00 petang. Konon-konon ada hati nak tengok sunset. Mr. By ( pronounce : Bi ) pernah kata, kalau orang tua-tua kampung dulu, waktu ni la depa dok perhambat budak-budak masuk rumah. Dah maghrib, nak buat apa la kat luar rumah. Karang tersampuk nanti....sibuk pulak nak cari air jampi bagai..( air jampi ?? )

Projek makan-makan bertempat di Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor. Kalau dari Rawang, harus ikut jalan dalam Tasik Puteri. Dekat sikit nak banding ikut jalan luar yang kena lalu Bantang Berjuntai tu. Kalau ikut Tasik Puteri ni..dekat pun dekat, dalam 40 minit. Lagi satu, taklah berpinau bijik mata dok jalan bengkak bengkok.

Sampai kat sana..sempatla jugak menikmati sebarang seminit dua..tengok matahari tu jatuh..boleh laa..setakat lepaskan hajat. Lepas cari meja..terus cari ikan. Pilih-pilih..waaahh banyak betul yang dipilih. Betul-betul belanja ni. Tapi yang sedihnya tak sempat nak snap gambar makanan sebelum ditelan sebab macam dah tak ingat apa dah bila nampak makanan sampai...huish..gelojoh betul..
Akhirnya aktiviti makan-makan tersebut berakhir lebih kurang jam 9.30 malam. Sebenarnya ada hati juga nak pergi tengok kelip-kelip kat Kampung Kuantan. Tapi setelah disergah oleh Pn. Zawiyah,
"Ingat kelip-kelip tu suka-suka ke nak berumah kat situ"
Maka hajat ku itu disimpan sahaja di dalam hati..
On the way back to Rawang, Balqis dah tido dalam kereta. Tak sempat pun mintak
"nak susu mama"

Sampai rumah..huhu semua orang tak sedar diri....huh..kenyang + penat = lena
 

Template by Best Web Hosting