24 December 2008

Comot

Pernah tak anda rasa anda sangat comot pada hari-hari tertentu
Saya benci persaan itu
Sebab bila perasaan itu tiba, saya akan menjadi sangat malas
( alasan orang yang sememangnya malas ;p )
Saya notice perasaan comot datang bila saya dalam keadaan menses ( ooppss )
Tapi kenapa hari ini saya rasa saya sangat comot
Padahal saya sehingga ke saat ini daripada 18 bulan yang lalu saya masih 'bersih'
Siapa boleh tolong jawab?
Ke saya memang comot?
eeee benci la..

Pay Yourself First

Setelah membaca daripada sini, memang betullah..lepas sahaja gaji masuk, perkara pertama saya buat adalah duduk mengadap komputer dan mula membayar semua hutang dan bil pada bulan itu. Itu tidak termasuk lagi dengan dok ralit dengan e-store kegemaran saya ;p
Mak budak hoooiii mak budak...
Tak reti-reti ke nak menyimpan duit sikit?
Eh..saya simpan la. Terima kasih la pada HR Department tempat saya bekerja kerana tolong menguruskan potongan simpanan ( dan juga hutang ye ;p ) tiap-tiap bulan. Kalau saya tak buat begitu, alamat sampai hujung bulan la saya susah untuk menjejakkan kaki ke tempat simpanan itu.
Masalahnya..saya tidak menyimpan 30% pun dari gaji saya seperti mana yang disarankan. Kenapakah? Kenapa tidak 35% atau 40% atau 25%? Kenapa memilih 30%? Ohhh..ini harus ditanya kepada empunya diri. Atau saya perlu lebih banyak membaca lagi :)
Walaubagaimanapun..konsep 30% itu memang menariks untuk dipraktikkan memandangkan sejak akhir-akhir saya sangat boros. SANGAT okkeeyy. Contohnya hari ni kenapalah saya membeli tudung itu padahal takde masalah pun kalau saya takde. Seronok sangatkah menambah koleksi..aduh..mak memang boros okkeeyy. Itu tak termasuk lagi baju budak-budak ni. Haruslah TIDAK menyinggah Sogo di saat menjelang Christmas, nanti tak jumpa jalan pulang.
Azam tahun 2009...nak cari calculator..kira dan kira dan kira..
Bersedialah untuk simpan 30% daripada duit gaji saya

23 December 2008

Meroyan

Huish!! seram weh tengok tajuk tu.
Ada 2 makna bila saya cakap pasal meroyan.
1. Meroyan pertama adalah penyakit ( ishk..betul ke penyakit? ) yang selalu dialami oleh wanita selepas bersalin
2. Meroyan kedua adalah saya rujuk kepada perempuan jenis -eh-dia-ni-betul-ke-idak.

Saya lebih suka nak bercerita kepada meroyan yang kedua.

Pelik betul la tengok orang macam ni.
Suka-suka hati dia je nak tegur orang ke tak nak.
Padahal dengan aku la selama ni dok bercerita sakan kan.
Pasal curtain la, pasal anak la, pasal rumah baru la.
Alih-alih lalu depan mata, buat-buat tak nampak ( tak heran pun )
Nak kata menopause, muda lagi.
Itu takpe lagi..kang datang meroyan..sebokla menjerit-jerit tengah-tengah office.
Tak ke mana la title manager tu
eee tak paham aku perempuan suka meroyan ni!!

Cuti-Cuti Malaysia

Entry ini menjawab soalan daripada mimielola.
I plan to go here.
Semua tempat yang menarik di hati semua fully booked *sob sob*
Itupun kat sini hanya bilik guna fan sahaja yang tinggal.
Saya pun dengan rendah hati bagitau pakcik chalet itu
"takpe pakcik..air-cond takde pun takpe, yang penting peti ais"
Dan dijawab seperti ini
"takpa..takpa..buleh tumpang peti ais pakcik"
Jadi, kami akan ke sana on Christmas sampai Sabtu
First time pergi bercuti kami berempat sahaja.
Harap-harap berjalan dengan sangat lancar dan gumbira.
Laporan akan disediakan pada minggu hadapan.
Oh tidak!! Saya akan sambung cuti sampai 2 Jan ( cuti sakan!! )
Sekian, terima kasih ;)

22 December 2008

Happy Anniversary!!



Tidak terfikir pula selama ini untuk membuat satu blog untuk diri sendiri. Selalu intai-intai je kat dalam blog orang. Tapi setelah dok merenung beberapa hari, seronok jugak kalau ada satu..( betulkan Ely ;p )
Blog ni tak semenggah lagi..dok terkial-kial macam mana nak post bagai..dan terhegeh-hegeh pula nak tempek cerita ni kan.. :) ye la..kang kalau nak tunggu blog ni ada rupa, cerita pun dah basi..tak syiok laa.. ( ceh..ngengada ni namanya )

So, 1st entry ini khas untuk mama & ayah sempena anniversary yang ke-erk!! Alamak ma..tak ingat la..ampun bebanyak Pn. Zawiyah :) Sepatutnya tarikh 'keramat' tu jatuh pada 31hb Disember. Tapi Dato' Panglima sangatla busy sampai mama nak ajak makan pun kena bagi notis awal. At least 7 hari..kan yah kan..
Setelah mengambil kira tarikh-tarikh yang menariks, akhirnya projek makan-makan telah berlangsung pada hari Sabtu lepas - 20/12/2008. Kiranya ini adalah early celebration la.. ;p
Malam tu mama belanja :) Semua orang pergi. Korum cukup. Sampaikan dengan Hazzim sekali pun join the 'project'. Selalunya Hazzim akan ditinggalkan..kesian Hazzim. Mama bukan tak nak bawak Hazzim jalan-jalan. Tapi ayah kata Hazzim kecik lagi. Hazzim tak dapat lagi menikmati 'kegembiraan sebenar'. ceh..

Paling penting sebenarnya ayah tak nak Hazzim berpanas berhujan. Elokla Hazzim tinggal kat rumah okey...Nanti dah besar macam Kak Balqis bolehla kita jalan-jalan ye *sob sob*. Takpe-takpe kali ni Hazzim ikut *yeay*.

Kitaorang bertolak daripada rumah lebih kurang pukul 6.00 petang. Konon-konon ada hati nak tengok sunset. Mr. By ( pronounce : Bi ) pernah kata, kalau orang tua-tua kampung dulu, waktu ni la depa dok perhambat budak-budak masuk rumah. Dah maghrib, nak buat apa la kat luar rumah. Karang tersampuk nanti....sibuk pulak nak cari air jampi bagai..( air jampi ?? )

Projek makan-makan bertempat di Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor. Kalau dari Rawang, harus ikut jalan dalam Tasik Puteri. Dekat sikit nak banding ikut jalan luar yang kena lalu Bantang Berjuntai tu. Kalau ikut Tasik Puteri ni..dekat pun dekat, dalam 40 minit. Lagi satu, taklah berpinau bijik mata dok jalan bengkak bengkok.

Sampai kat sana..sempatla jugak menikmati sebarang seminit dua..tengok matahari tu jatuh..boleh laa..setakat lepaskan hajat. Lepas cari meja..terus cari ikan. Pilih-pilih..waaahh banyak betul yang dipilih. Betul-betul belanja ni. Tapi yang sedihnya tak sempat nak snap gambar makanan sebelum ditelan sebab macam dah tak ingat apa dah bila nampak makanan sampai...huish..gelojoh betul..
Akhirnya aktiviti makan-makan tersebut berakhir lebih kurang jam 9.30 malam. Sebenarnya ada hati juga nak pergi tengok kelip-kelip kat Kampung Kuantan. Tapi setelah disergah oleh Pn. Zawiyah,
"Ingat kelip-kelip tu suka-suka ke nak berumah kat situ"
Maka hajat ku itu disimpan sahaja di dalam hati..
On the way back to Rawang, Balqis dah tido dalam kereta. Tak sempat pun mintak
"nak susu mama"

Sampai rumah..huhu semua orang tak sedar diri....huh..kenyang + penat = lena

18 December 2008

 

Template by Best Web Hosting