25 January 2013

5s with Clipboard

Antara banyak-banyak perkara yang paling payah sekali nak handle bab mengemas rumah adalah semak, susun dan sisih all school papers and bills. hamboi macam projek 5s gitu. Memang payah, hari-hari budak budak akan bawa balik rumah all project papers from school. Itu belum lagi semua bill, surat bank, tak termasuk surat salah alamat lagi. Kalau buat bodo, memang boleh tapi tahanlah sakit mata.



Oleh kerana terlalu lama menahan sakit mata, akhirnya sampai juga hasrat membuat projek yang satu ini. Simple projek but now i am a happy momma!





Went to a local stationary store and get a cheapo clipboard, a nice wrapping paper, double sided tape annddd



Embossing Labelmaker. Oh la! la! Like it very much!


Walaupun sedikit mahal tapi akan menggunakannya sepenuh hati, baru rasa berbaloi. Wah! Wah! Wah!



The tricky part tu bila macam mana nak gunting wrapping paper betul betul ngam dengan kepit clipboard bagi dia nampak kemas. Bahagian tepi dan bawah clipboard takde masalah hanya wrap sahaja macam wrap hadiah dan tampal dengan double sided tape. I know i should take a picture of it tapi semalam bila hubs sound 'semua benda nak ambik gambar', mak terus mati kutu uollsss.


Anyways, this is the end result.





Hung nicely on my wall. Love!


I made two actually. One is for



School Papers

Notice the love shape? Very cute!


And another one is for




All surat hutang & surat ntah-apa-apa-semua-nak-longgok


Memandangkan rumah ai ni sekangkang kera yang hampir roboh, jadinya tempat yang paling sesuai adalah di dinding diantara tepi dapur dan living room. Siapa yang duduk di living room tak akan nampak these two clipboards sebab ai letak room divider to separate the areas.






Wah! Rasa ceria sekejap. Inilah yang saya mahuu! Wah! hover betul!


Sambil tangan mencari cari balang keropok, bolehlah tenung hutang apa tak bayor lagi. Heh!


Kenot tahanlah mahu ambil gambar walaupun tahu apalah sangat ambik gambor guna handhpone - gelap!. Tak berani kak non nak keluor camera, kang kena sound lagi, terus mak mogok.









Happy loongg weekend everyone!


Daaaaa
posted from Bloggeroid

 

23 January 2013

Akibat Jajan



Semalam jam 5.15 petang dapat satu call. Sebelum pickup phone tu dah terus terdetik dalam hati haih ini mesti cikgu sekolah ni.


hah kauuu memang sohih.


Bertuah betul anak dara mak yang seorang ini. Boleh pulak tertinggal van!


Mak bajet lah kann. . . dia ni mesti merayap entah ke mana sampai terleka nak balik. Van tu memang satu hal lah memang takdenya nak cari cari anak orang. Cukup time jalan.


Tanya punya tanya memang sohih dia pi keluar dari gate besor sekolah pi shopping jajan beringgit ringgit. Memang kena tazkirah sekejap la dengan ayah dia. Berani sangat pun memang masalah kak non. Confidence level tu memang tahap seriau. Bukannya dia pikir bas sekolah tak nampak dia ke apa. Sudahlah sekolah ni jenis kereta mak pak keluar masuk tak berhenti ambik anak style macam drive thru. Awak tu sudah lah kecik bukannya orang nampak sangat. hadoii. Tertekan sekejap.


Pagi ni konon konon nak bagi duit belanja ke dia seringgit je sebab tak nak ada duit berlebih buat belanja jajan. Boleh pulak katanya semalam teringin nak beli naget dua tapi Balqis dapat satu je sebab duit Balqis ada seringgit. haih dapat jugaklah dia dua ringgit hari ini. Takpe, kita tengok hari ni dia ikut tak cakap ayah dia jangan keluar sekolah. Kalau tak dengar jugak, tahulah dia.


Akibat dari kes semalam jugak, kami decide untuk hantar DAN ambik dia sendiri balik dari sekolah. NO more van sekolah or what not. Anndddd me myself kena berkorban balik sendiri either naik komuter or bas. eh naik komuter lah. Tak sanggup pulak naik bas - mengada-ngada!.


Harap harap semua ok hari ni. Kita tengok macam mana flow rutin baru ni. Masih belum setel setel lagi. Rasa memang macam kena ada satu kereta lagi la bie! - woh! ini memang mengada ngada.


daaa

posted from Bloggeroid

22 January 2013

2013? -> Buat-buat terkejut.

Wah! 2013 sudahhh!!!


wallaa wallaa buat buat terkejut masuk tahun baru gayanya walaupun dah nak masuk bulan dua o_O.


Anak dara mak dah masuk tahun 1. Omak eh masih tercungap cungap nak biasakan dengan rutin baru. Biasalah mak memang selalu hover, anaknya relax je aku tengok. Sampai rumah dari balik sekolah tetap jugak berlari ke padang depan rumah. Tiap tiap malam masih kena paksa tidor cepat. Selagi tak disuruh tidor selagi tu lah dok melompat lompat tengah rumah. Makan apalah si Balqis ni tak reti penat. Sudahlah pagi bangun 5.30 weh. Mak dia ni kalau makan makjun pun belum tentu lagi ada energy macam tu. Sudah tua barangkali. :-|


So far, gayanya Balqis nampak happy dengan rutin baru dia. Even langsung takde kawan lama dari tabika kemas dulu tapi dia ni dengan semua orang dia nak kawan. Okay lah hari hari excited nak pi sekolah especially kalau hari tu ada swimming class. Lagi sekali mak dia yang naik seriau pikir macam macam boleh ke anak aku ni sarung swimming suit yang ketat tu sorang sorang. Siap pesan, 'pakai seluor dulu Balqis, baru pakai yang atas'. haish! tak habis habis nak hover.





Budak year 1, dah siap dengan meal package for the whole year. Kononnya ooohhh lega tak payahlah mak bagi duit belanja hari hari. Jangan berangan la kak non woiii. . . masuk je week 2 dah pandai mintak duit nak pi canteen. adoi memang susah betul lah nak control bab yang ini. Kang kalau tak bagi, kesian pulak anak dara aku tu tengok je orang lain membeli kat canteen. Bagi pulak nanti, tak tahulah apa yang nak sangat dibeli sebab package dah bagi makan dua kali sehari. Adoii.









Ini masa orientation hari tu. Cikgu ajar kat mana dining hall untuk year 1 sebab depa tak payah pi canteen sekolah. Anak mak bab makan memang bagi kat dia lah. Semua ok.




Apa apa pun memang pesen nak duduk depan. ok, yang ini memang ikut mak dia. heh!


Kelmarin sambung jahit bunga untuk kasut sekolah yang sepasang lagi. Puas pikir apa tanda nak letak kat kasut ni memandangkan kasutnya hitam. Tulis dengan liquid paper bukannya tahan lama. Akhirnya datang idea jahit terus dengan benang cross stitch. Memang gigih, tapi me and Balqis like the end result. Cute jugak! heeee







Tadaaaa!!

posted from Bloggeroid

 

Template by Best Web Hosting