04 November 2011

UTI & Rumah – tahu, memang tiada kaitan..

mode ibu mengandung : blur tapi nak menulis jugak.

 

waduh…waduh.. rindunya nak merepek dalam ni tapi tulah bila nak start je mulalah nak buat benda merepek yang lain. Selepas sebuk bercerita tentang kesakitan mengidap UTI dulu.. ingatkan sekali tu jelah kena. Sekali… bukannya sekali… mengulang sampai 3 kali menelan Munorol lepas tu. Sekarang ni pun di tahap dipaksa-paksa minum air masak banyak-banyak. Entahlah aku ni malas benor nak minum air masak kali ni. Paling rajin mengadap aiskrim. Kesian tengok laki mak kak non tengah malam buta kena pergi seven-e, nak cari aiskrim magnum punya pasal. Alaah bie.. nasib baik magnum je, dibuatnya mak mengidam mcd hari-hari, lagi sakit kannnn. Magnum baru 4 hengget. 

 

Minggu ni masuk 31 minggu, dah masuk 8 bulan dah aku ni. Kalau ikut hati memang nak duduk rumah saja. Tapi itulah kann.. malas nak cakap banyak-banyak kalau dah kerja dengan orang ni.

 

*****

 

Alhamdulillah.. kalau masin mulut aku ni memang betul lahir anak no.4 ni baru nampak jalan lebih cerah ke arah memiliki rumah idaman.. ewah.. rasa gelimat pulak.

 

Bukan apa memang serabut otak masa nak start enjin deal dengan semua orang. Macam-macam pikir sampai rasa dah fed up sangat and at one stage  aku rasa mungkin aku kena duduklah jelah rumah papan ni sampai bila bila-bila.

 

Tapi sekarang slow-slow dah appoint kontraktor & arkitek. Sebelum arkitek buat kerja, kerja surveyor untuk ukur tanah pun nak kena setel. Masuk hari ni alhamdulillah dah 2 hari depa ukur tanah. Next week katanya baru siap. Lepas ni nak finalize plan rumah, harapnya dapatlah siap dalam bulan ni. harap-haraaaap…. iskh! berdebor-debor pulak rasa. Rasa seram pun ada, tak tahulah apa hal aku ni.

 

Lepas surveyor habis kerja next week, kena deal dengan syabas pulak untuk kambus lubang najis rumah aku ni. Once dah kambus bermulalah kehidupan menumpang hidup di rumah mak aku nanti. Setakat hari ini, ini je yang aku boleh konfem insyaallah nampak apa benda nak kena buat dalam masa terdekat. Benda-benda angan-angan lain kena tolak tepi dulu.. hahaha tak nak mengaku tu hari-hari aku belek design rumah segala bana. 

 

Spruce Street modern living room

*

Divine Kitchens LLC traditional kitchen
*
Lagoon Residence @ Belvedere modern bathroom
*
Custom pantry traditional kitchen

Kalau berangan sampai ke langit pun tak habis..

 

Template by Best Web Hosting