18 May 2009
Teringin Tak Semestinya Nak!!!
Betuul...kadang-kadang fikiran dan perasaan manusia ni terlalu rumit untuk difahami.
Saya tidak pernah salahkan sesiapa bila saya mengetahui rupa-rupanya sahabat-sahabat saya selama ini telah tersalah tafsir dengan keadaan dan fikiran saya.
Saya seorang yang senang meluahkan kehendak saya
Tapi tidak pula suka meminta-minta.
Saya juga bukanlah seorang yang sangat perahsia.
Tapi suka memilih untuk berdiam diri kalau orang tidak bertanya.
Sebenarnya saya sangat sedih bila perkara ini berlaku pada diri saya.
Saya percaya selama ini saya mempunyai sahabat yang tulus hatinya bila berkata-kata.
Tapi sebenarnya apa yang dikata lain di hati.
Ramai manusia, banyak ragam.
Banyak ragam, banyak telahan.
Banyak telahan, binasa perasaan.
Binasa perasaan, hancurlah persahabatan.
************************************************************************
“Bie, teringin la nak makan sate
“Nak singgah makan dulu ke?”
“Ikutlah. Ok je”
“Cepatla cakap, nanti kalau dah terus tak boleh nak pusing balik”
“Teringin jugak nak makan sate”
“Cepatlah cakap, nak makan ke tak?”
“Aik..kan dah cakap macam teringin nak makan sate”
“Teringin tak semestinya nak makan!!!”
“Awak cakap kena terrraang”
Saya kelu, sebenarnya macam nak menangis :)
Allah itu Maha Berkuasa & Maha Mengetahui.
Dia telah menciptakan insan ini untuk diri saya dan memahami jiwa & perasaan saya.
***********************************************************************
“yang…biasalah orang, ada orang memang tak kacau hidup orang tapi asyik selalu menyampah jer dengan hidup orang lain”
“tu bukan dengki ke namanya tu”
“biarlah oraangg”
“okkeeyy”
*********************************************************************
“beb..lantaklah beb…yang penting kita jaga laki & anak-anak kita jer”
“aku sakit hati la”
“alaa orang macam tu jangan layan”
“okkeeyy”
**********************************************************************
sukahati lantak korang la !!!!